Hania tersedar bila masuk waktu zohor. Sekarang ni macam mana dia nak ambik air sembahyang? Tongkat pon hilang kemana ni.
Haih jalan jelah lompat sebelah kaki je. Dulu masa kecik suka sangat buat gitu kan? Hania angguk dan terus bangun. Kaki kanannya agak sakit. Dia duduk kembali di atas katil. Telefon di atas katil dicapai. Mahu call seijun atau Tzusuki ye?
Namun dia teringat mahu menelefon keluarganya. Pantas didail nombor Haura mahukan kepastian dari gadia itu. Hari ini dia perlu penjelasan daripada gadis itu. Mujur sahaja hari ni hari sabtu dan perbezaan masa antara Malaysia dengan Jepun sejam je. Jepun lewat sejam dari Malaysia. Contohnya kalau dekat tokyo Jepun pukul 10 maknanya dekat Malaysia baru pukul 9.
Tut tut tut.....
Cukup 3 kali deringan Haura menjawab.
"Hello, Assalamualaikum Kak Nia" riang saje suara itu. Serba salah Hania nak tanya benda yang boleh menyebabkan gadis itu trauma.
"Waalaikumusalam" jawabnya pantas.
"Kak Nia tahu tak, Haura baru je nak call Kak Nia"
"Kenapa? Ada apa-apa jadi ke? " cemas sahaja Hania takut-takut perkara yang tak diingini berlaku pada keluarganya.
"Ada" jawab Haura riang.
"Haura dapat straight A's dalam exam pertengahan tahun ni" sambunya lagi.
Hania lega.
"Alhamdulillah, tahniah Haura. Ok now tell me what do you want? " tanya Haura. Tak jadi dia nak rosakkan mood itu.
"Hmm... Nak akak balik Malaysia boleh? Ajaklah abang Tzu balik sekali. Kita pergi bercuti ke? " Hania terkedu.
Bercuti? Balik Malaysia? Celah mananya kalau kaki dia pon lambat lagi nak pulih. Berat nafas dihela.
"Tak boleh lah Haura, abang Tzu busy sangat. Kak Nia nak bercuti dengan dia dekat Jepun pun susah ni kan pula nak balik Malaysia" jawab Hania sedih.
"Alaa! Rindu Kak Nia" Haura merengek manja.
Hania rasa jiwanya gugur saat ini. Bagaimana Haura gadis yang manja sudah hilang keperawanannya? Tanpa trauma? Tak sedih ke dia? Tak marah ke?
Hania menangis dalam diam. Ditahan suaranya dari menjerit. Dia menggigit bibir kasar.
"Hah ayah pon dah berjaya tau kembalikan syarikat dia. Jadi macam dulu balik. Ibu pula selalu duduk dekat rumah. Masak-masak untuk kitorang berdua. Bila malam ada ustaz yang datang mengajar dekar rumah ni"
"Alhamdulillah" ucap Hania.
"Syukur sebab abang Tzusuki lah yang sediakan semua ni. Tiap minggu mesti dapat duit banyak gila padahal ayah dah ada pendapatan sendiri. Selalu sangat bagi hadiah dari Jepun" ujar Haura riang.
Hania diam. Dia harus berterima kasih kepada Tzusuki. Tanpa lelaki itu kehidupan mereka tidak akan baik seperti dahulu. Hania menyapu air mata dengan tapak tangannya.
"Jadi akak kena layan abang ipar Haura tu baik-baik eh. Jangan sakiti hati dia pulak tau" Hania ketawa.
Sentap jugak kekadang. Macam tak pernah belajar isteri wajib taat kepada suami kecuali si suami beri arahan yang sememangnya mengundang dosa.
"Ye, Ustazah Haura. Kak Nia akan selalu jaga dia baik-baik ye. Ouh Haura akak nak solat dulu ni tadi baru bangun tidur" pamit Hania. Tak betah mahu berlama dengan gadis itu.
Marah, sedih semua bercampur. Marah kerana adiknya berahsia. Sedih sebab nasib adiknya. Ada ke lelaki yang sanggup terima perempuan yang dirogol? Kalau ada pun pasti ke dia takkan ungkit kisah silam?
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...