Bab 27

119 11 2
                                    

Hania hanya diam di atas katil pesakit. Jasadnya di situ namun rohnya sudah hilang ke mana-mana. Dia sudah buntu dengan perkara yang menimpanya. Dia tidak terlalu yakin yang Sarah sabotaj dia kali ini. Namun siapa lagi yang membencinya?

Sesekali fikirannya menerawang memikirkan Tzusuki. Ini satu hal! Bagaimana dia mahu beri reaksi nanti sedangkan sah-sah Sarah yang upah Bob di syarikat Tzusuku supaya merogol adiknya.

Sungguh Sarah manusia yang tiada hati perut! Kejam! Syaitan bertopengkan manusia! Dulu dia juga hampir sahaja dirogol oleh Bob namun sekarang adiknya yang terseksa. Haura spm tahun ni! Dia masih muda, perjalanan hidupnya masih panjang. Andai dia tahu begini jadinya, dia rela dirogol Bob asalkan adiknya tidak diapa-apakan.

Bagaimana keluarganya boleh berahsia tentang itu? Air mata Hania keluar lagi dari tubir matanya. Dia tetap tak dapat terima nasib Haura. Kasihan gadis itu diperlakukan sebegini sebab hutang?

Huh! Bukan Sarah saja yang salah dalam hal ni, Tzusuki juga mesti terlibat. Bob orang suruhan dia kot.

"Jangan-jangan kejadian 4 tahun lepas pon diorang rancang? " Hania menjadi curiga tika ini kepercayaannya terhadap Tzusuki sudah hilang.

Masuk akal kalau mereka yang merancang kejadian dahulu, namun Hania tetap menafikan perkara itu. Jika betul Tzusuki terlibat takkanlah Tzusuki tak kenal dia masa mula-mula mereka bertemu dulu.

Hania menggelengkan kepalanya.

"Sarah, kau akan menyesal sebab cari pasal dengan Hania" tangannya dikepal kemas. Urat-urat hijau di sebalik epidermis semakin menyerlah.

Mukanya juga sudah lencun dengan air mata. Dia sedar macam mana nak balas dendam kalau dia juga separa cacat? Jalan pon bertongkat atau berkerusi roda nanti. Sungguh dia benci posisi begini. Yang hanya mampu melihat namun tak bisa melawan.

Sakit yang dipendam bagai pisau yang ditusuk perlahan ke arah hati. Hania bersandar di kepala katil. Entah mahu buat apa lagi sakit-sakit begini. Dia rasa sunyi sekali.

Pintu wad Hania ditolak kuat.

"Seijun, aku dah cakap kan.... " kata-katanya terhenti bila Tzusuki meluru masuk dan terus memeluknya erat.

Hania hilang oksigen seketika. Ditolak badan Tzusuki kuat!

Tzusuki pula bagaikan tersedar terus meleraikan pelukannya. Dia pegang pipi Hania dan menyapu air mata perlahan.

"Maaf sebab lambat. Maaf sebab tak mampu lindungi kau" boleh nampak muka sayu Tzusuki. Dan ini kali pertama Hania tengok lelaki di hadapannya ini merah mukanya menahan tangis.

Tangan Hania gatal untuk menarik Tzusuki dalam pelukannya namun akalnya sedar bahawa hubungan Tzusuki dengannya tak akan manis lagi. Dia perlu balas kejahatan Sarah. Hania juga seolah salahkan Tzusuki. Kalaulah diorang tak kahwin dulu mesti dia boleh berjalan sehingga sekarang.

Namun takdir sudah tertulis untuknya dan Tzusuki namun apakah pengakhirannya?

"Nia kau ok? " Tatsuo meluru masuk selepas bercakap dengan seijun di luar tadi.

Hania cuma diam tanpa riak wajah. Dia menjauhkan mukanya dari sentuhan Tzusuki.

"Nia" Tzusuki mahu bersuara namun dicantas oleh Hania keras.

"Keluar" nada suaranya dingin sekali.

"Nia ok i'm sorry sebab tinggalkan kau, sepatutnya aku ada dengan kau" Tzusuki cuba memujuk sekali lagi tangannya mahu meraih tangan Hania namun cepat sahaja Hania menjauhkan dirinya daripada Tzusuki.

"Tolong keluar, I want to be alone"

"Without you! " Tzusuki sentap. Wajahnya berkerut. Dia tidak mengerti.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now