Bab 31: Let's go home,my Lady

136 9 5
                                    

Pagi-pagi lagi Tzusuki mengangkat Hania ke bilik Air. Dia mandikan Hania dan dirinya sekali. Senang tak payah masuk bilik air dua kali. Pantas jugaklah masa mereka mandi. Hania pasrah je kena sabun dan syampu dengan Tzusuki. Dia malas nak cakap lebih-lebih waktu subuh ni. Tapi best jugak, boleh dia tidur, lagipun Tzusuki yang mandikan dia. Dia apa lagi? Tidurlah weh! Dalam bilik air tu. Air panas pulak! Fuh.

Hangat dan selesa sangat.

Baju pun nak Tzusuki tolong pakaikan. Namun cepat-cepat ditegah Hania.

"No tak nak! Saya boleh pakai sendiri lah. Keluar lah dulu"

"Aku nak tolong kau je Nia" Tzusuki buat muka serius padahal dalam hati nak je dia ketawa kuat-kuat bila tengok muka isterinya.

"Tak payah, gatal eh. Shuh! Shuh sana" Hania menghalau Tzusuki.

"Hmm yelah, jangan lambat" Hania angguk. Terus Tzusuki keluar dari bilik. Pasrah sahaja dihalau dari bilik sendiri.

Hania lega. Fuh! Rasa tak cukup nafas je ni. Dari pagi tadi Tzusuki uruskan dia. Dah macam cacat kekal lah pulak! Adeh!

Tak boleh bernafas Hania jadinya. Tzusuki dekat dengannya 24 jam tahu. Tidur pun dalam pelukan dia. Memang seksa lah Hania!

Walaupun dia suka, nak jugalah ruang bernafas. Dah macam baby je rasa. Mana-mana ada yang pantau. Wahai kaki cepatlah baik.

Dia cepat-cepat pakai baju. Baju T-shirt yang sama macam Tzusuki warna hitam. Heh sweet ke apa macam ni? Baju couple kau!

Seluar pulak haduh ni yang susah ni. Simen punya tebal kalau nak pakai seluar pun kena pakai palazzo or kain je. Nasib Tzusuki ni bijak suruh Tatsuo beli kain dress. Senang nak pakai.

Tudung pun sudah siap digosok oleh Tzusuki. Yang tak tahannya, tudung putih bhai! Ingat nak ootd ke mana ni? Balik rumah sendiri je pun. Haih! Ni rasa nak nangis ni. Rindu gila nikmat nak berjalan secara normal.

"Nia dah siap? " Tzusuki pantas masuk ke bilik. Hania masih memakai tudung.

Dia mendekati Hania di meja solek.

"Yang awak ni kenapa pergi gosok tudung putih? " mata Hania tajam menikam di hadapan cermin. Matanya memandang tepat figura Tzusuki di dalam cermin.

Lelaki itu boleh pula senyum sipi. Ingat macho ke? Memanglah macho! Ini yang bikin lagi geram. Tak boleh ke tak nampak kacak untuk sehari hah?

Tzusuki memakai baju t-shirt yang mengikut tubuhnya. Boleh nampak tubuh kekarnya dari dekat. Hania memalingkan wajah ke arah Tzusuki.

Tzusuki hanya diam, dan turut serta memandang Hania. Keduanya saling memandang. Namun pandangan Hania bukan pandangan jatuh cinta.

"Awak ni pakai ketat macam ni tak tunjuk dekat sapa hah? Dasar tahulah body kacak" bebel Hania.

Dan...

Tzusuki ketawa.

"Laa marah sebab baju je ke sayang? " Dia melutut di hadapan Hania. Tangan Hania ditarik dekat dadanya.

Sengaja mahu Hania tahu detak jantungnya yang laju berdegup bila di hadapan Hania.

"Awak ni sakit jantung ke? Laju kemain jantung berdegup" Tzusuki angguk.

Hania diam, wajahnya serius.

"Tak sakit jantung, cuma jantung ni kenal siapa pemilik hati tuan dia" mata Hania makin bundar memandang suaminya.

"Kau lah tu! "

Dup dap dup dap...

Hania kalah dengan degupan jantungnya sendiri.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now