"Sorry sayang, tadi meeting habis lewat" Hania hanya buat muka comel.
Hah sudah! Muka tunangnya itu sudah berkerut seribu tanda merajuk.
Macam pompuan betullah laki ni!
"You selalu lambat, meeting tak habis-habis. Kenapa busy sangat eh? I pon kerja juga tapi you busy kemain" datar suara Firash.
Huh soalan sama je tiap kali jumpa.. Booosaaan!
"Dah kita kerja bidang lain memanglah berbeza! Awak tu cikgu saya ni pulak perancang bandar. Apa yang sama? Cer cakap. Saya kena pulun buat design macam-macam lagilah takkan nak buat sambil lewa. Awak ajar murid je pon" bukan mahu perlekeh tapi acap kali kena banding busy tak busy.
Dah sah-sahlah dia busy, ingat senang ke nak rancang bandar. Walaupun Hania bukanlah rancang bandar besar, rancang kawasan perumahan pon kena teliti jugak. Tak nak lah pulak hasil kerja dia akan membahaya orang lain.
Dan kenapa manusia di depannya ini susah untuk faham perbezaan mereka?
Hania kena reka design macam-macam tu tak kira lagi kalau clients suruh re-design balik. Satu design kawasan perumahan pon dia ambik masa hampir 2 minggu untuk siapkan.
"Apa yang susah lukis je pon" Firash sengaja menambah api dalam hati Hania.
'Eh mamat ni sat gi aku tibai sia-sia je hidup'
"Lukis kepala hotak dia! Hello i kena ambik kira semua jenis aspect, drainage system, alam sekitar, climate change, topografi, demografi, geografi.. Huh! Banyak lagi lah" dekat kafe pon boleh gaduh diorang ni.
"Huh whatever, dah order makanan yang you nak makan. I takde mood nak layan you hari ni" Firash menghirup kopi perlahan. Laptop yang masih terbuka sebentar tadi ditutup.
Hampir sejam dia tunggu Hania.
"Huh boleh tak jangan nak merajuk macam budak kecik. Tak matang betul" Hania terus memesan makanan. Dia mengerling Firash di hadapan.
Muka masih masam mencuka je. Parah betul laki macam ni. Ingat dia ada masa nak layan?
Hampir 10 minit menunggu akhirnya makanan mereka sampai.
Mereka menjamu selera dalam senyap. Dua-dua main phone. Takde mood nak layan orang lain. Buat sakit hati je.
"Kalau kita kahwin, i nak you berhenti kerja. Duduk je kat rumah jadi suri rumah. I mampu nak tanggung you" Firash memulakan perbualan lepas makanan mereka sudah habis dimakan.
Hania yang sedang minum air tersedak.
"Uhuk! Uhuk" merah matanya saat ini.
Terkejut bukan kepalang.
"Pardon me? " Hania bagaikan mahu meletup saat ini.
Hatinya membahang. Haih dia memang sakit hati kalau orang kawal dia. Kerja je pun.
"I tahu you dengar, keputusan i muktamad. I taknak you kerja sampai 3-4 pagi tiap hari. Mana ada life kalau macam tu. You kenalah layan i jadi isteri mithali pahala berganda" ujar Firash serius.
Pap! Meja makan diketuk Hania dengan tapak tangannya.
"For your information cikgu Firash, benda tu takkan terjadi. I love my work, it's my passion. And who are you to control my life?" Kali ini Firash sudah melampau.
Belum jadi bini dah kawal macam ni.
"But you have to. You nak kahwin dengan i. I bakal suami you. So you kena ikut" Firash duduk tegak .
Entah apa yang Hania sayang dengan kerja dia. Jadi jelah suri rumah pon, bukannya tak elok.
"Habistu buat apa i belajar tinggi-tinggi kalau i tak boleh gunakan ilmu i untuk orang lain? " bahu Hania sudah tegang.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...