Selepas mandi dan solat maghrib berjemaah dengan Tzusuki mereka dikehendaki turun ke meja makan untuk makan malam.
Hania dan Tzusuki sama-sama pakai t-shirt putih malam ni. Macam berjanji je. Ehek!
Hania duduk di birai katil menunggu rambutnya kering dulu. Tzusuki sudah siap. Pergh harum betul! Walhal nak makan malam je pun. Ek eleh!
"Laa, ni kenapa tak siap lagi ni? " tanya Tzusuki dia mendekat ke arah Hania.
"Jap rambut dah kering dah ni. Nak sikat jap" jawab Hania.
Tzusuki menggeleng perlahan dan mendekati meja solek, dia mengambil sikat rambut dan getah rambut Hania. Dia mendekati Hania dan duduk elok di hadapan Hania.
"Pusing" arah Tzusuki.
Hania hanya mengerutkan dahi. Namun diikuti juga arahan suaminya itu. Dia segera berpusing dan dirasakan rambutnya disikat lembut oleh Tzusuki.
Rambutnya ditocang satu dan Tzusuki sempat meberi ciuman di leher kiri Hania.
"Ok done, jom turun" lengan Hania ditarik.
"Eh-eh kejap, belum pakai tudung lagi ni. Awak nak tanggung dosa free ke? " tangan Hania ditarik kembali dari pegangan Tzusuki. Dia menyanggul rambutnya dan terus memakai tudung bawal yang dia pakai tadi.
"Ok done" Hania mendekati Tzusuki dan mereka terus turun ke bawah. Tangan kanan Tzusuki melingkar di pinggang Hania. Hania membiarkan sahaja. Tak kisah! Pelik betul hubungan diorang. Kata tak nak tapi nampak saling suka je!
Setibanya di meja makan. Wow! Ramai weh! Ada Tatsuo, Ronin, Sarah, Ayuni, Yenie, Hunny, nenek Halisah dan Kirana serta Seijun.
"Tzu, mari duduk dekat nenek ni" arah nenek Kirana. Dia mahu Tzusuki duduk di meja makan yang paling hujung yang menampakkan dia adalah raja dalam hierarki tersebut.
Tzusuki di tengah dan diapit Sarah serta Nenek Kirana. Habistu Hania nak duduk mana?
"Nia, meh duduk tepi nenek ni" Hania senyum dan terus mendekati nenek Halisah. Suka betul dia duduk di sini. Dahlah di hadapan ada Tatsuo. Jodoh betul!
"Nia lovey dovey betul pakai baju sama" usik Tatsuo perlahan.
"Diamlah kau! " Hania membidas. Mereka semua bersedia untuk makan dan Tzusuki menadah doa selaku ketua untuk berdoa.
Mereka semua menjamu selera. Hania banyak makan, yelah tadi berlari berkejaran seindah bunga di taman. Eh jangan nyanyi!
Selepas selesei menjamu selera meja dikemaskan namun tiada siapa yang berganjak dari kerusi sedari tadi.
Dah kenapa?
Ting!
Telefon Hania berdering tanda mesej masuk.
Daripada Tatsuo.
Diorang buat meeting kat sini malam ni~ Tart Nenas
Hah mting apa malam2 gini? ~ Hania
Pasal pertandingan cari bini Tzusuki lah~Tart Nenas.
Hania lantas mengangkat muka memandang Tatsuo di hadapan. Seketika kemudia muka Tatsuo serba salah.
Sorry Nia~ Tart Nenas
No need aku dah tahulah pasal pertandingan ni. Seijun yg ckp~Hania
Habis kau tak mahu join ke? ~Tart Nenas
Malas aku, ingt ni apa? Sukan tahunan sekolah ke. Idc lah~ Hania
Tatsuo mencebik sahaja. Yelah tu padahal dalam jati jealous nak yakmat!
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...