"Nak lagi? " udang terakhir disua ke arah Hania. Hania menggeleng.
"Tak nak, dah nak meletup perut ni" jawab Hania. Sumpah dia kenyang. Pinggan Tzusuku tapi rasanya dia yang paling banyak makan. Tzusuki pulak macam takde kerja nak main suap-suap.
"Ye ke nak meletup? " soal Tzusuki kali ini tangganya bergerak menyentuh perut Hania.
Pap!
Tangan Tzusuki ditampar kuat. Hania mencerlung garang.
"Jangan nak gatal eh. Hempuk karang" Tzusuki hanya senyum bak kerang busuk.
"Dah lah! Nak berborak dengan seijun pulak! Tatsuo pon ada dekat meja nenek Halisah tu"
"Nak ikut boleh? " rengek Tzusuki lembut.
Hania memandangnya pelik.
"OMG, please jangan buat gitu lah Tzusuki-sama! Seram lah saya. Shuh! Shuh. Main sana. Pergi la berborak dengan yang lain" halau Hania.
"Alaa, nak pergi dengan kau" Tzusuki buat muka kesian.
Sumpah Hania rasa tak senang dengan Tzusuki yang manja sebegini. Kalau terajang tak berdosa agaknya. Sebab ini bukan suaminya ni!
Pantas dahi Tzusuki disentuh dengan tapak tangan.
"Hmm bukan demam ni" pantas tangan Hania ditarik dan digenggam Tzusuki.
"Mestilah tak! Aku angau lah ni. Sebab kau! " Dia mencium lembut tangan Hania.
Ok Hania masa untuk cabut! Tzusuki dah gila ni! Baik dia lari sebelum ulat bulu naik daun.
"Eh, snow datang lah! " jerit Hania separa kuat. Cukup untuk didengari telinga Tzusuki.
"Mana? " Tzusuki pantas melepaskan tangan Hania dan mencari snow.
Yelah buatnya snow terlepas mampus semua jadi lauk dia.
"Takde pun Nia! Kau nak tipu aku eh? " dia berpaling ke arah Hania namun tempat duduk itu kosong.
Sekarang baru dia tahu Hania dah sah-sah menipunya. Hania sudah elok duduk di meja Nenek Halisah. Ada Seijun dan Tatsuo juga di meja itu mereka nampak rancak berbual. Tzusuki senyum.
Nasib kau malam ni budak!
Dia senyum jahat.
"Cantik baju Nia" puji nenek Halisah.
"Tzusuki yang beli nek. Nia tak tahu pon malam ni kena pakai kimono. Kalau tak memang pakai baju kurung je tadi" jawab Hania tenang. Dia senyum. Nak sambung makan dah kenyang.
Minum air jelah!
"Hmm Nia lama giler kau tidur eh" pangkas Tatsuo. Dia elok duduk di tepi kiri Seijun. Nenek Halisah di tepi kanan Seijun.
"Aku ngantuk lepas berbual dengan Seijun tadi. Eh cakap pasal tadi mana sarah? " tanya Hania. Dia sudah segar ni
"Tu" Sarah menjuihkan bibirnya ke hadapan.
Kelihatan Sarah dan Tzusuki berserta dengan beberapa orang dari syarikat lain sedang rancak berbual. Boleh nampak keserasian mereka.
"Eleh acah sweet lah gitu? Baju pon dah sedondon aku tengok! Kahwin-kahwin jelah dah kalau kempunan sangat" jawab Hania lantang.
Nenek Halisah, Seijun dan Tatsuo sudah ketawa.
"Pandai jealous eh kau? " tanya Tatsuo dia masih menutup mulutnya dari ketawa yang tak berpenghujung.
"Nia-nia.... Konon tanpa cinta eh? Hak tui! Jealous ni bukan tanda cinta ke? " sambung Seijun. Nenek Halisah cuma senyum penuh makna.
"Jangan esok lusa dah ada baby pulak" jawab nenek Halisah.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...