10 minit perjalanan akhirnya Ronin memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia pasti mereka sudah tidak dikesan bila sejauh ini. Hania yang berada di tepi dipandang sekilas.
Dia pun tak pasti kenapa wanita itu mahu bertemu dengannya pada waktj begini. Janganlah si Tzusuki tu ingat dia bawak lari bini kesayangan dia pulak. Mati dia!
"Kenapa nak jumpa aku tanpa pengetahuan orang lain? " tanya Ronin mendatar. Beku tanpa riak.
Hania tarik nafas dalam-dalam. Rasa sebaknya masih terbuku.
"Sejak bila... " persoalannya tidak lengkap. Air liurnya ditelan kesat. Dia tak mampu untuk bersuara kala ini.
Lantas cuba dikumpulkan kembali aura garangnya yang sudah lama dia buang semenjak dia berbaik dengan Tzusuki.
"Huh? " Ronin tidak mengerti sama sekali. Dia lihat Hania yang agak dirasakan tidak terurus.
Dah kenapa dengan isteri Tzusuki ni? Sakit ke? Kut ye pun nak suruh drive bawak klinik suruhlah Tatsuo bukannya dia.
"Kau kenapa Nia? " terus soalan diajukan bila Hania sudah melepaskan tangisan lemahnya. Dan ini pertama kali dia nampak Hania sebegini lemah.
Wanita yang suatu ketika dahulu pernah mencabar Tzusuki, Nenek Kirana, dan Sarah bagaikan berbeza dengan wanita yang berada di tepinya sekarang. Lemah wanita itu nampak lemah!
"Apa yang dah jadi! Kenapa Haura kena aniaya macam tu? Dan kenapa aku tak tahu?" jeritnya lantang. Dia salah, aura garangnya takkan pernah muncul saat ini kerana perasaan lukanya untuk Haura lagi parah.
Ronin melepaskan keluhan berat. Dia menyandar ke belakang kerusi.
"Jadi kau dah tahu? " soalan Hania dibalas dengan soalan juga.
"Ye aku dah tahu bila Haura mengigau tadi. Tapi bila dia sebut nama kau dia jadi tenang, maknanya kau juga penyelamat dia betul tak? " tanya Hania.
Ronin angguk sekilas.
"Dia dah lama tak mimpi macam tu, kenapa hari ni?" soalan Ronin itu untuk dirinya sendiri bukan Hania. Setahunya Haura sudah lama tak bermimpi macam tu.
"Siapa lagi yang tahu? "
"Aku, ibu bapa kau dan suami kau sendiri. Kau pun tahu aku setia dengan Tzusuki jadi di antara kami takkan pernah ada rahsia" jawapan Ronin sudah dapat diagak oleh Hania.
Hania angguk kepalanya macam burung belatuk. Maknanya dia orang yang terakhir tahu hal ini selain Tatsuo?
Apa makna dia untuk keluarganya?! Kenapa mereka berahsia dengannya?
"Kenapa dia kena macam tu? Bob?"
"Aku dah sumbat dia dalam penjara, dan aku akan pastikan kehidupan 15 tahun dia di penjara sangat terseksa hingga dia rasakan mati lagi baik! " suaranya keras menjawab.
Sekali lagi Hania berpuas hati dengan jawapan Ronin. Dia patut berterima kasih kepada Ronin sebab balas dendam untuk dia dan Haura.
"Jadi dah tiba masanya untuk aku buka kisah lalu yang korang semua tak percaya dulu termasuk suami aku sendiri! " hari ini. Dia akan luahkan semuanya kepada Ronin.
Biarlah ini caranya, tiada guna dia bercerita kepada Tzusuki sementelah dulu sudah beberapa kali dia bercerita akan hal sama namun sesiapa pun tak percaya kecuali Seijun dan Tatsuo. Kali ini dia mahukan pengertian Ronin
"Sebelum tu aku ucapkan terima kasih sebab balas dendam bagi pihak aku dan Haura. Terima kasih juga jadi penyelamat dan pembangkit semangat Haura. Aku tahu kau yang buatkan dia gembira macam sekarang. Mata korang takkan pernah menipu kan? " Hania senyum sinis.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...