Musim luruh 2020.
Bermakna sudah menghampiri bulan 11 Haura akan menduduki peperiksaan SPM. Hania bukan tidak mahu menitipkan kata semangat buat adiknya itu. Namun dia terasa bersalah. Bila terdengar suara Hania kemarahannya akan meluap-luap.
Jadi hanya Tatsuo yang menjadi perantaraan di antara mereka. Hania juga sudah memasuki pejabat di syarikat Yukio. Ada pejabatnya sendiri walaupun tidak sebesar pejabat Tzusuki di rumah namun ini sudah cukup besar berbanding ketika dia bekerja di Malaysia dahulu.
Hania duduk berhadapan dengan tingkap pejabatnya. Daun yang gugur ditambah angin yang sejuk dari luar cukup membuat dirinya galau. Dia makin sibuk menguruskan beberapa projek. Namun kali ini dia mahukan jawatan Sarah.
Untuk berdiri di tepi Tzusuki dia harus mengambil tempat Sarah ataupun tempat Ronin.
Namun untuk mengambil alih jawatan Ronin agak mustahil baginya. Hanya Sarah yang menjadi sasarannya waktu ini. Dia memeluk tubuh menghadap pokok yang semakin botak. Daunya sudah gugur.
Bekerja di pejabat membuat hatinya mengenal erti dengki yang amat. Di sini hnya Sarah yang bercahaya, malahan Tzusuki juga melayan sarah baik sekali. Dia tahu dia perlu bersikap profesional namun perbuatan sarah dahulu hanya meninggalkan dendam dalam hatinya.
Mahu atau tidak letih atau tidak dia cuma mahukan Tzusuki menjadi hak mutlaknya. Salahkah dia mahu bersikap tamak sebegini?
Ketukan pintu menyedarkan dia dari lamunan dendam yang akan terlunaa bila-bila masa bila dia jatuhkan arahan.
Sukar untuknya berhubung dengan para pekerja yang lain. Dia tidak tahu berbahasa Jepun namun untuk mempelajarinya dia tidak mahu. Tidak terbuka hati lagi mahu berbahasa Jepun.
Jadi hanya Tatsuo menjadi penterjemahnya. Kerana perasaan cemburu akan layanan Tzusuki yang lebihkan sarah di syarikat ini. Dia makin bersikap dingin dengan suaminya itu.
Tiada hati dia mahu sweet-sweet bagai! Ergh!
Benci!
Tatsuo muncul dari pintu. Dia senyum.
"Aku dah setkan date dengan syarikat bawah seliaan sarah. Kau nak buat apa sebenarnya ni Nia? " tanya Tatsuo. Dia terus duduk di kerusi di hadapan meja Hania.
"Ambik jawatan Sarah" Hania senyum manis. Dia duduk berhadapan Tatsuo.
Tatsuo hanya mengerutkan dahi.
"By the way kau tahukan malam ni ada pengumuman dari nenek Kirana dekat makan malam syarikat" kata-kata Tatsuo hanya menimbulkan resah di hati Hania.
Dia yang pilih untuk tidak bertanding dengan Sarah. Jadi posisinya sekarang bagai iateri yang tak diiktiraf.
"Tahu, seijun yang inform" Hania hanya merapatkan kedua belah tangannya.
"Tatsuo, macam mana kalau Sarah menang dan bukan Seijun? " tanya Hania.
Dia memandang Tatsuo tepat. Agak serba salah dia mahu memberi jawapan buat Hania.
"Ouh lupa, aku bukan menantu yang diiktiraf secara sah kan? Nak tak nak memang mereka akan ditakdirkan bersama. I guess aku perlu bersiap balik ke Malaysia" ujarnya sedih.
"Nia jangan mudah mengalah macam ni, Tzusuki tetap sayang kau seorang je" jawabnya jujur.
"Ye sayang lah sangat. Tapi aku tak suka berkongsi. What's mine is mine. Kalau dai tak boleh jadi hak aku. Makananya aku akan lepaskan"
Hania menarik nafas.
"Aku bukan perempuan lemah Tatsuo. Ego aku lagi tinggi pada Tzusuki. Aku tak suka merampas dan dirampas" jawabnya tegas.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...