Bab 46

163 9 3
                                    

Hari keesokannya, hari yang sangat tenang dan bahagia untuk Tzusuki dan Hania. Akhirnya cinta mereka sudah mekar.

Hania mengemaskan katil manakala Tzusuki pula hilang di bilik pakaian. Mahu bersiap pergi kerja. Hania mengeluh sedikit.

Yelah menyesal pula dia berhenti kerja dulu, ni tangan dah gian nak buka AutoCAD. Jangan sampai dia buka sketch up bina bangunan cam budak archi ehh. Bosan sangat dah ni.

Sedang elok betulkan bantal pinggangnya dipeluk dari belakang dan sebuah ciuman di bahu kiri dilabuhkan Tzusuki.

"Morning Nia" ucap Tzusuki.

Hania cuma senyum.

"Morning juga" kepalanya sudah dilabuhkan ke dada Tzusuki. Indah sekali rentak jantung itu berdetak bagaikan irama lagu yang indah.

"Kau tak bosan ke ni tinggal dekat rumah sorang-sorang hmm? " tanyanya perlahan di telinga Hania seolah-olah menggoda.

Telinga Hania ditiup perlahan dan isterinya itu mengelak sebab geli.

Pelukan dilepaskan dan Hania memandang Tzusuki manja. Senyuman menawan ditayang. Jari telunjuk sudah menyentuh-nyentuh dada Tzusuki tanda mahukan sesuatu sehingga mata sepet suaminya itu memandangnya pelik. Jarang sangat si isteri ni nampak manja kalau tanpa sebab.

"Nak kerja bolehh? " matanya terkerdip-kerdip manja.

Tzusuki senyum lagi dan memaut pinggang isterinya rapat.

"Kerja apa Nia? Kerja dekat rumah ke pejabat? " soal Tzusuki nakal. Namun Hania masih tak mengerti.

"Ish dia ni kerja dekat pejabatlahh, dekat rumah boleh buat apa je? " soal Hania geram dengan senyuman Tzusuki.

"Buat anaklah! "

Pak! 

Lengan Tzusuki dipukul sekuat hati.

"Eeee! Tak nak lahh! Orang nak kerja betul-betul. Boleh tak boss? " kali ini masih mencuba untuk meminta pekerjaan dari si suami.

"Hmm yelah boleh, tapi pergi mandi dulu. Takkan nak pergi macam ni? " Hania senyum suka. Lantas memeluk erat Tzusuki.

"Yeay akhirnya kerja lagi. Jap dapat jawatan sama tak? " soal Hania.

"Of course lah" Hania memandang Tzusuki manis.

"Tak! " sambung Tzusuki terus muka Hania berubah masam. Namun Tzusuki bertindak pantas dengan memberikn ciuman di pipi isterinya itu.

"Dah pergi mandi sekarang nanti kau tahu juga dapat jawatan apa. Yang paling penting kau dengan aku kena jadi belangkas. Di mana ada Hania di situ ada Tzusuki" Tzusuki ketawa halus.

Hania segera melepaskan pelukan, apa-apa sajalah. Asal dia dapat kerja je, now masa untuk mandi air panas!

30 minit bersiap akhirnya Hania sudah lengkap berpakaian kerja hanya berseluar slack dan baju panas turtle neck. Sekarang dah nak masuk musim sejuk. Dia turun ke bawah pantas, mesti si suami dah panas punggung dekat bawah tu, yelah budaya Jepun kan.. Mana boleh lambat-lambat. Kita ni dok on the way oh tunggu weh sampai abang jamil hidup balik agaknya.

"Dah siap dah? " Hania angguk pantas.

"Ok jom" Tzusuki menghulurkan tangannya dan terus disambut lembut oleh Hania.

Hari ni Tzusuki sendiri yang memandu, bolehlah rasa bercinta berdua-duaan bersama yang halal. Ahaks.

Hania dari tadi memandang Tzusuki, terasa kacak maut si suami pagi ni.

"Kenapa pandang aku macam tu? " Tzusuki nak memandu pun tak senang bila terpandangkan Hania yang menopang dagu memandangnya.

"Awak handsome sangat" dan jawapan itu mengundang ketawa Tzusuki.

"Amboi obses dengan suami eh? "

"Eh mestilahh, laki sendiri tak berdosa pun nak obses, nak pegang nak cium.. Nak"

"Dah Nia dah, kita dah sampai ni. Jom turun" Hania geram tak habis cakap lagi. Kenapa cepat benor sampai depan pejabat ni.

Selalunya lambattt. Sakit hati betul. Terus dia keluar dari kereta dan menonong masuk ke dalam syarikat. Sampai sahaja di hadapan lif dia menghentikan langkah menunggu Tzusuki. Yelah kan dah dapat jawatan baru.

Jangan tea lady sudah, orang gian nak buka pc bukan gian nk buat project memikat perut suami!

Pintu lif ditekan Tzusuki. Dan mereka sama-sama masuk dalam lif.

Tiba-tiba tangan Hania ditarik dan dahinya dicium sesaat.

"Ye mohon obses dengan aku, sebab aku pun makin obses dengan kau"

Ting!

Pintu lif terbuka dan serentak itu juga Tzusuki kenyit mata kanannya.

"Jom puan Hania" Hania pantas menyambut lengan Tzusuki dengan senyuman yang lebar. Kedua-dua mempelai masuk ke pejabat dengan mood yang ceria sekali.

"TZUSUKI-SAMA, aku dah aturkan semua" sambut Tatsuo sebelum Hania dan Tzusuki masuk ke pejabat.

"Tahniah Nia, kau dah berjaya ambik alih jawatan aku yang agung"

"Hah?" Hania diam.

Kerja Tatsuo? Sebagai akauntan ke?

Dia memandang Tzusuki. Tzusuki buat muka takde perasaan.

"Bukan akauntan Nia, aku tahulah kau tu reka apa takkan nak suruh kau kira-kira pulak. Jom" terus tangan Nia ditarik masuk ke pejabatnya.

Dalam pejabatnya ada lagi tambahan satu meja di tepi mejanya.

Erk?

"Mulai hari ni kau jadi pembantu Arkitek untuk aku dan juga jadi setiausaha menggantikan Tatsuo" terus Hania menolak Tzusuki jauh darinya.

"Hah! Apa! Alaaa mana boleh kerja bawah arkitek. Jatuh maruah town planner tahu takkk! " Hania cuba protes.

Mana mungkin arkitek dan town planner sehati sejiwa. Sudah dijelaskan oleh para pensyarahnya dulu bahawa arkitek dan town planner tak mungkin dapat kata sepakat yang sama.

"Nak kerja ke tak nak? "

Ugut Tzusuki. Dia menaikkan keningnya.

"Eee! Boleh lah asal gaji 10k boleh tak? " Tanya Hania nakal. Masa ni boleh paw kaw kaw si suami kaya ni.

Yelah kaya-kaya kan kena gunakan, tak guna rugiii.

"Boleh, Nia boleh. Bagi kau anak pun boleh! "

"Tzusukiiii! "

Dan hanya ketawa Tzusuki sahaja yang kedengaran bebas di udara.










#just a short chapter
#tanda masih hidup.. Haha
#doakan sem ni habis dengan lancar
#hampir terjun tasik uni hahaha

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now