Bab 60: Hancur

47 6 1
                                    

Tatsuo dan Tzusuki berlari turun dari kereta. Pintu utama rumah disasar, pintu sudah terbuka luas.

"Haura!" Jerit Tatsuo memanggil Haura yang duduk di ruang tamu rumah dengan ibu bapa dengan Haziqah.

Tzusuki hanya berada di belakang Tatsuo. Mereka berdua sama-sama memandang Haura yang duduk di atas sofa sedang mendukung seorang bayi perempuan. Masih merah, kecil sekali. Dia tidak menangis, hanya memandang wajah Haura tanpa berkelip.

Mata Encik Hairul Dan Puan Farihah sudah merah. Hanya Haziqah yang menenangkan mereka setelah Haura juga berkeadaan begitu.

Tzusuki berdiri di hadapan Haura. Dia pandang Tatsuo.

"Kenapa? Apa yang dah berlaku? Anak siapa ni?" Tanya Tzusuki bagaikan sudah tidak terkeluar suaranya.

Haura memandang Tzusuki, matanya kembali bergenang dengan air mata. Bayi dalam dakapannya dihulur kepada Tzusuki setelah dia berdiri tegak.

Tzusuki hanya mengerutkan dahinya, dia tak pernah mendukung bayi Selama ni. 

"Abang Tzu! Dukung bayi ni" Haura menghulur.

Kali ini Tzusuki menyambut perlahan. Bayi itu sudah beralih arah memandang wajahnya. Serentak dengan itu bayi dalam dakapannya menangis.

Uwek! Uwek!

Suara bayi menghiasi kediaman ibu bapa mertuanya.

"Shuh! shuh!" perlahan-lahan Tzusuki Cuba menghentikan tangisan bayi itu.

"Abang Tzu, iqamahkan dia." Ucap Haura menyentakkan perasaan hari biru dalam diri Tzusuki.

Tatsuo makin keliru dengan apa yang terjadi sementelah semua diam. Dia memandang Tzusuki yang bergetar badannya melaungkan iqamah. Maka sedarlah dia bahawa itu anak Tzusuki.

Tatsuo terus  duduk di kerusi sebelah Haura. Kakinya turut longlai untuk Tzusuki. Makin rumit kisah sepupunya itu. 

Semasa mengalunkan Iqamah, tangisan bayi itu sudah terhenti. Malah dia senyum, suara Tzusuki bagaikan penenang buatnya.

"Assalamualaikum puteri ayah!" Ucapnya beserta air mata yang sudah mengalir di pipi. Perasaan di hatinya pedih, ngilu terasa.

Dia mencium lembut pipi anaknya itu. Haura kembali mengambil bayi dalam dukungan Tzusuki setelah bayi itu Lena Dan diberikan kepada Puan Farihah.

Puan Farihah pula menyambut Dan terus masuk ke bilik untuk tempatkan cucu sulungnya itu di atas katil.

Tzusuki baru merasakan lututnya longlai, Tatsuo yang sudah perasan akan Hal itu terus memegang erat kedua belah bahu Tzusuki. Dia bawa Tzusuki duduk di atas sofa.

Tzusuki bagaikan hilang kata, hanya air mata yang menjadi kata-katanya saat ini.

"Haura apa yang terjadi?" Tanya Tatsuo. Dia sudah tidak sabar mahu tahu semuanya.

Haura bangun untuk ke meja bulat di tengah ruang tamu, satu kertas dari bakul diambil dan dihulur kepada Tatsuo.

"Surat cerai dari Kakak Hania, dia dah tandatangan." Suara Haura saat ini bagaikan halilintar yang menyambar.

Pantas surat itu dirampas Tzusuki dari pegangan Tatsuo. Dia menggelengkan kepalanya.

Kenapa isterinya bertindak begitu? Malah bayi pun dihantar ke sini seolah-olah dia tak mahu berurusan lagi dengan semua orang yang dikenalinya.

Dia terus mengoyak kertas itu. Mimpi! Dia takkan lepaskan isterinya. Mati atau hidup Hania tetap akan jadi isterinya.

"Kak Nia dah tinggalkan kita abang Tzu, tanpa sepatah kata langsung. Dia tinggalkan bayi yang tak bersalah. Kenapa kak Nia buat kita macam ni?" Makin galak Haura menangis.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now