Makan malam harini Hania turut serta, kena paksa dengan Tzusuki. Haih! Akhirnya dia turutkan jugalah permintaan suaminya itu.
Macam biasa, kedudukan sama macam haritu. Kadang bosan pula Hania rasa, tak boleh ke ubah-ubah? Asyik dok sebelah tart nenas je mana syiokk!
Makanan pun sama, sup! Sup! Sup! Hania lapar tom yam tahu tak! Som tam ke, jeruk betik ke.. Jeruk mangga ke.
Tapi jangan salah sangka pula, dia memang dari dulu minat makanan masam manis macam tu. Memang dah suka sejak dulu. Petang-petang duduk kerusi luar, berhadapan sawah padi dan makan jeruk. Nikmat sangat!
Susu pun dipaksa minum. Tzusuki pandang tajam kepada Hania, mahu isterinya itu minum sampai habis. Naik loya dah rasa! Terpaksa jelah Hania minum sampai habis. Lepas makan kali ni Hania dibawa ke ruang tamu. Tzusuki, Sarah dan Ronin juga ada di situ. Oh! Jangan lupa Tatsuo sekali yang tengah bertungkus lumus main ML dengan Hania.
3 orang tu macam biasalah bincang hal syarikat. Haih! Tak letih ke? Balik rumah pun cakap hal kerja. Apada!
Hania dan Tatsuo? Diorang yang bising. Marah dekat kumpulan sendiri.
"Nia aku kata tengok peta kan! Tak payahlah solo guna pula tigreal" marah Tatsuo.
Hania sengih. Dia memang noob.
"Eh jangan buat main eh, kau tak tahu haritu satu group tank hah menang jgk woi! " sambung Hania.
"Habistu sekarang ni kau sorang je tank. Duduk depan aku! " arahnya.
"Hmm yelah jap" Hania mengalah.
Sikit lagi nak sampai ke arah Tatsuo terus wataknya mati.
"Eh kenapa pulak boleh matiiii"
"Sorrylah! Aku tak perasan ada enemy dekat semak tu" Hania letak ke bawah telefonnya.
"Nia jangan bising sangat boleh? " pinta Tzusuki. Hania hanya sengih.
Lama punya main sampai mati kalini pun ambil masa seminit untuk hidup.
"Back to our topic, Sarah I suka dengan concept plan atas meja i tadi. Care to explain? Sebab I ada hantar cadangan dekat clien kita tadi. Thankfully dia suka sangat" ujar Tzusuki sambil senyum sipi.
Hania hanya pandang Tzusuki. Wataknya masih ada 30 saat sebelum hidup.
"Hah? Sarah takde buat concept plan baru lagi. Masih dalam process baik pulih" Sarah hanya bingung.
Ronin hanya diam sebelum dia bersuara.
"Wait, meja office mana ni Tzu? " tanya Ronin.
"Office dekat rumah ni lah" jawabnya acuh tak acuh.
"Sarah tak masuk office Tzu sesuka hati lah" ujarnya laju.
Tak pernah sekalipun dia masuk bilik lelaki itu tanpa pengetahuan.
"Nia kau dah hidup tu" jeritan Tatsuo menyedarkan Hania. Dia terus sambung bermain.
Syok betul permainan kali ni lepas dia dan Tatsuo sama-sama tak tinggal member.
Tzusuki terus pandang Hania selepas Sarah menafikan katanya tadi.
"Jadi... " ujar Tzusuki.
"Bini kau lah tu. Lupa dia pun terror bab ni? " sambung Ronin. Sarah hanya diam.
Ternyata saat ini dia akan kalah dengan Hania!
Sejak dari dulu dia tak suka kalau Hania lebih pada dia. Entahlah dia pun bingung. Dia bukan jenis pembenci orang lain. Namun entah mengapa bila dengan Hania semuanya luntur.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...