Bab 12

130 9 0
                                    

"Nia, bangun kita dah sampai ni" pipi Hania ditepuk perlahan.

Hania bangun dan menggenyehkan matanya.

Tzusuki hanya pandang wajah Hania. Nampak comel betul macam kanak-kanak baru bangun tidur.

Hania baru perasan dia peluk kemas lengan Tzusuki. Hmm sekali tengok macam tak kena kahwin paksa pon.

"Jom turun" Tzusuki bangun namun tangan Hania digenggam kemas.

Hania mengikut sahaja.

"Hah dan boleh balik ke ni wahai pasangan sejoli" usik Tatsuo dengan muka ketat.

"Ye, balik lah ni" Hania masih mamai. Tak mahu dengar apa-apa.

Berjam-jam tidur dalam kapal terbang tadi. Fuh selesa betul. Haha!

"Kita dah sampai Jepun ke ni? " soal Hania polos.

Tatsuo memandang Hania tajam.

"Eh taklah baru sampai Brazil ni" sinis Tatsuo.

"Eh buat apa dekat Brazil? Nak tengok bola ke apa? " tanya Hania.

Pak!

Tangan Tzusuki pantas mengetuk kepala Hania.

"Aduh! Kenapa pukul saya? " marah Hania.

"Tu tak nampak signboard dalam bahasa apa? Brazil ke gitu? " Hania memandang sekeliling dan sengih.

"Jepun" jawab Hania sekilas.

"Eh dah-dah jom balik, Sarah dah tunggu kita balik dah ni" ajak Ronin.

Mereka semua akur dan terus menaiki kereta yang disediakan. Macam biasa hanya Tzusuki dan Hania duduk di belakang, dua ekor lagi tu duduk depanlah.

Hania apa lagi? Sambung tidurlah beb!

Setengah jam kemudia, dia sedar. Hanya Tzusuki dan dia berada dalam kereta ini. Tzusuki ralit membaca tab di tangganya.

"Dah sampai ke? " tanya Hania. Aih tido seharian je kerja kau.

"Yes, we're reached the destination dear. About 10 minutes ago" jawab Tzusuki matanya masih di tab tetapi dia kelihatan berbeza dengan kaca mata anti silau.

"Laa kenapa tak kejut? Jomlah masuk" ajak Hania.

"Alright, jom! Sarah dah tunggu dekat dalam" jawab Tzusuki.

Hania hanya diam, macamlah dia kenal nama sarah tu tapi dia anti dengan nama tu. Harap bukan orang sama dalam fikirannya.

Tzusuki dan Hania sama-sama turun masuk ke rumah agam 2 tingkat yang sememangnya besar gila.

Tingkat bawah lebih kepada tradisional, tingkat atas pula kelihatan moden macam dua fasa berbeza digabungkan menjadi satu.  Ada satu kolam di hadapan rumah itu. Hmm mesti dipenuhi ikan koi kan?

Jepun kan? Dalam longkang pon ada ikan koi.

"Hmm lambat eh nak turun tahulah baru kahwin. Jomlah makan cepat, Ronin dengan Tatsuo dah ada dekat meja makan" ujar seorang wanita.

Kedengaran biasa sahaja ayat itu di telinga Tzusuki tapi kedengaran sinis di telinga Hania sehinggalah Hania memandang gadis yang bernama Sarah di hadapannya.

Automatik pembuluh darahnya hampir pecah. Bulu romanya menegak. Dia marah! Wajah dingin ditunjuk.

"Sorrylah Sarah, saya tak sampai hati nak kejut dia tadi" jawab Tzusuki.

Eh elok pula dengan perempuan ni berawak-saya.

Sarah juga tergemap memandang Hania. Matanya meluas seperti Hania.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now