Bab 41: Tekad

125 9 3
                                    

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Segala ilmu yang dicurahkan lelaki itu digunakan sebaik mungkin. Niatnya tidak mahu menghampakan lelaki itu walau dia terguris sebentar tadi.

Telefonnya dibuka, ada satu mesej dari lelaki itu.

Maaf sebab sakitkan hati kau. Aku ada masalah tadi. Don't worry nama kau selalu ada dalam doa aku. Goodluck my dear Haura.

Mesej itu sahaja mampu membuatkan hati Haura yang walang sebentar tadi lega. Dia ingatkan Ronin langsung takkan ingat hari ini.

Dia mahu membuat panggilan telefon, walau dia tahu sukar untuk lelaki itu jawab sekarang ni.

Balik sahaja ke rumah dan lepas solat asar dia terus memanjat katil. Kala ini dia hanya rindu akan Ronin yang setia melayan malam heningnya. Di saat-saat hitam menggamit memorinya hanya lelaki itu yang bisa memberi penawar. Dalam doanya selepas solat fardhu nama Ronin akan selalu muncul di bibirnya selepas keluarganya.

Dia mahukan lelaki itu sebagai jodohnya, walaupun dia masih muda namun dia mahu Ronin yang menjadi satu-satunya lelaki yang dia rela cintakan hingga akhir hayat.

Dan satu-satunya yang bisa membuatkan dia tidak jijik terhadap dirinya sendiri. Tipulah kalau tidak terdetik untuk membunuh diri selepas kejadian itu. Namun Ronin yang sedar akan sesuatu terus menerus memberi harapan untuknya terus hidup. Malah ibu dan ayah juga tahu akan hubungannya dengan Ronin.

Namun tidak pula mereka memberitahu Hania, biarlah masa yang menentukan segalanya. Dan untuk itu dia akan berusaha sungguh-sungguh untuk kembalikan masa hadapannya. Dalam perancangan masa hadapannya, akan ada Ronin sebagai orang kuat dalam hidupnya.

Sungguh dia cintakan lelaki itu dan kepada Allah dia meluahkan segalanya. Untuk meluahkan di hadapan Ronin dia tak mampu. Antara dia dengan Ronin sekali pun tidak pernah terkeluar ayat 'cinta' sementelah Ronin masih merasakan Haura itu kanak-kanak. Walhal sudah habis SPM.

Haura menarik nafas perlahan dan mendail nombor Ronin. Dan panggilan itu terbalas.

"Awak"

"Haura"

Dua-dua berkata serentak. Dan mereka diam seketika hanya desah nafas yang berlagu di corong telefon. Mengambil nafas mengumpul kekuatan.

"Maaf, sebab tengking kau tadi" ujarnya lembut. Kala ini dia duduk di beranda rumahnnya. Ya Rumah di tepi Rumah Tzusuki.

Entahlah dia tiada hati mahu bertembung dengan Hania dan Tatsuo.

Namun Haura diam sehingga tangisannya yang bergema. Ronin ramas rambutnya. Gadis itu jauh dengannya. Kalau dekat pasti sudah dipujuk rayu gadis itu.

"Haura, I'm sorry" ujarnya lembut. Mahu memujuk gadis itu. Dan ini pertama kali dalam hidupnya untuk memujuk seorang gadis.

"Awak gaduh dengan kak Nia ke? " tanya Haura dalam esakkan halusnya. Dia mahu tahu apa yang terjadi di bumi jepun sana.

Andai dia bisa terbang, saat ini juga dia mahu berhadapan dengan Ronin.

"Hal orang dewasa lah, Haura. Kau tak perlu tahu" dalam lembut ada nada tegas seorang Ronin.

"Habis tu saya tak dewasa lagi ke? Hello orang baru habis Spm tadi ok. So technically orang pun dah besar tahu" esakkan Haura makin menjadi-jadi.

"Kau period ke Haura? " soalan Ronin serta merta mematikan esakkan Haura.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now