"How's she doctor? " tanya Tzusuki. Dia mengerling Hania yang berada di atas katil.
Rasa bersalah yang menggunung. Sebab dia ke semua ni jadi?
Tapi memang sebab dia pon kan. So betullah salah dia. Haih!
Tatsuo pon dah hilang. Biarlah dia, Tzusuki memandang Hania yang terlantar di atas katil.
"Ouh, she's fine but overstress. Tolong jangan bagi dia stress lagi atau tak boleh buatkan keadaan kritikal. Tapi atas pemerhatian saya, dia boleh lawan stress dia. Mungkin jenis yang boleh kawal diri" ujar doktor perempuan itu.
"Lepas dia sedar nanti, boleh ambik ubat ye"
"Dia boleh balik rumah harini ke doktor? " tanya Tzusuki.
"Maaf, saya rasa lebih elok dia ditahan dahulu. Pagi esok dia boleh discharged. Saya nak pantau keadaan dia dulu malam ni"
Tzusuki hanya mengangguk.
"Thanks doc" Doktor itu hanya senyum.
Dia juga terpaku saat pertama kali bertemu Tzusuki, wajah Tzusuki bukan Melayu tapi tetap tampan dilihat. Dengan matanya yang tidak terlalu sepet, hidung mancung, bulu kening yang sudah terbentuk dan iris yang berwarna kelabu gelap. Sekali nampak macam warna koko tapi dua kali pandang baru nampak warna kelabu gelap tu.
"Ok apa-apa boleh panggil saya" Doktor itu terus beredar. Mahu memeriksa pesakit di bawah jagaanya.
Tzusuki juga letih hari ini. Jari manis kirinya berbalut akibat kesan toresan pisau dari Hania tadi. Pada mulanya dia agak terkejut dengan tindakah Hania. Macam mana Hania boleh tahu di belakang tapak kasutnya ada pisau kecil. Dia selalu akan letak di situ untuk kecemasan. Tak sangka dia pula yang tercedera.
Tzusuki melihat jari manis yang berbalut itu sambil mengerling Hania di hadapan sofa yang dia duduk sekarang. Tzusuki senyum.
"You're really something". Dia pejamkan matanya. Dan akhirnya tertidur di atas sofa yang bertentangan dengan katil Hania.
Cuba melepaskan lelah.
**************************
Tepat pukul 8 malam Hania tersedar. Matanya dibuka perlahan-lahan. Jam dinding dilihat. Sekali matanya digosok.Betullah dah pukul 8 malam, tapi persekitaran yang janggal membuatkan dia pelik. Apa yang berlaku?
Dia memerhati segenap ruang bilik itu sehingga matanya tertancap ke arah wajah Tzusuki yang nyenyak tidur di sebelah sofa sebelah kanannya.
Entah mengapa lihat wajah itu dia rasa tenang.
Dup! Dap! Dup! Dap!
Dup! Dap! Dup! Dap!
Hania tersedar dari merenung wajah Tzusuki.
Rasa berdebar ni! Buatkan dia teruja. Hania menggelengkan kepalanya.
Sudah lama dia mahukan rasa berdebar seperti ini. Dia tak sangka akan rasa berdebar indah seperti ini lagi. Dia tak sangka hatinya mampu berlagu indah untuk orang di hadapannya ini. Dia ingatkan kehadiran Firash mampu membuatkan hati dia berdebar.
Ye dia berdebar dengan Firash tapi rasa berdebar dia terhadap Tzusuki memang membuatkan dia walang.
Rasa ini, terakhir kali dia rasakan degupan jantung ini untuk seseorang lelaki yang sudah mati 8 tahun lalu. Maknanya cinta dia di bangku sekolah tu bukan cinta monyet.
Dan hari ini jantung ini berdetak dalam irama yang sama dan sedikit berbeza namun tetap indah daripada yang lalu.
Hania memegang dadanya merasa detak jantung.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...