Hania terpisat-pisat bangun. Kepalanya rasa berat sekali, matanya berpinar-pinar. Kabur sahaja pemandangannya, dia terus geser mata dengan belakang jari beberapa kali.
Ya Allah sakit sangat kepalanya saat ini. Tak mampu diungkap dengan kata-kata. Akhirnya hanya suara tangisan yang bergema bersama juraian air mata yang tak henti-henti mengalir. Dia duduk di hujung katil. Diramas kuat dada belah kirinya.
Terasa pedih Dan sebak yang tak berpenghujung. Sakit sekali rasanya!
Dia langsung tak mampu berkata-kata, semua yang terjadi kelmarin Masih berlegar-legar dalam sanubarinya bagaikan kaset yang tak pernah ada habisnya. Selalu diulang tayang.
Wajah hampa Tzusuki saat memandangnya sangat sakit untuk diingati. Selama dia hidup tak pernah dia merasakan sakit sebegini. Andai kata kematian akan menjemput dia sebentar lagi dia reda asalkan tak perlu lagi menahan perit di dada ni.
Beginikah rasa mencintai manusia yang sebenar-benarnya? Kenapa kesannya terlalu kuat Dan sakit untuk dihadapi oleh dia?
Akhirnya yang dia mampu lakukan adalah memeluk lutut dan menghamburkan tangisan pilu. Biarlah dia menangis untuk saat ini. Terlalu banyak benda yang berlaku, dan kebahagiaan tak pernah bertahan lama.
Hampir 20 minit dia menangis, terus Hania menuju ke tandas dan membasuh muka. Tab mandi dipenuhi dengan air suam dan sabun mandian yang harumannya semerbak dengan bau kasturi.
Perlahan-lahab kakinya melangkah ke dalam tab mandi. Akhirnya dia berbaring selesa. Mukanya sembap, matanya bengkak, hidungnya merah. Sudah tak nampak macam orang dah.
Dia perlukan ketenangan saat ini. Hal lain semua dia perlu buang untuk seketika. Akhirnya dia pejam mata dan perlahan-lahan badannya tenggelam dalam tab mandi.
*********************************
Hania perlahan-lahan membuka matanya. Dia dalam keadaan berdiri tegak dan berpakaian serba hitam di dalam dinding-dinding yang serba putih yang tidak mempunyai pintu masuk dan keluar. Hanya dia seorang diri di sini.
"Hania macam aku cakap sebelum ni, semuanya akan bahagia kalau kau tinggalkan mereka semua. Tzusuki takkan disakiti oleh perempuan macam kau lagi dan semua orang akan bahagia!" Ucap seseorang yang berpakaian jubah hitam dari kaki hingga kepalanya.
"Kau siapa?" Tanya Hania yang masih kaku di tempatnya berdiri. Sia-sia dia melarikan diri, takkan pernah ada penghujungnya.
"Kau tak perlu tahu aku siapa, cukup kau tahu ketiadaan kau akan beri kebahagiaan buat semua orang di sekeliling kau." Tambahnya lagi.
Hania geleng kepalanya laju.
"Aku takkan tinggalkan suami aku, adik aku dan keluarga aku. Bunuh saja aku, tapi jangan suruh aku tinggalkan mereka. Aku takkan mampu buat begitu." Hania bagaikan terdesak dan terus melutut di hadapan makhluk itu.
Dia lagi rela dibunuh ketika bersama keluarganya daripada meninggalkan mereka tanpa sebab munasabah.
"Mereka dah tak sayangkan kau! Tak guna lagi kau di sisi mereka. Lari Hania lari! Aku jamin mereka akan Selamat." Dia perlahan-lahan menghampiri Hania.
Ktak!
Ktak!
Ktak!Derapan kakinya terhenti di hadapan Hania, dia menunduk sedikit dan terus mencekik leher Hania sehingga badan Hania terangkat sehinggalah kakinya sudah tidak menjejak lantai. Hania terdesak untuk mencari nafas dia mencakar tangan si Dia. Namun tidak memberi kesan langsung.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...