Bab 57: Kebenaran

40 5 4
                                    

Shirakawa-Go, Wilayah Gifu sudah diselaputi selimut putih. Sejuknya sehingg ke tulang. Tzuski, Ronin Dan Tatsuo selamat sampai ke kampung halaman mereka.

Pintu gelangsar kayu ditolak perlahan, wajah nenek Kirana, Nenek Halisah Dan Seijun yang menyambut kepulangan keluarga mereka.

Tzusuki menghulur Salam Dan mencium tangan kedua-dua neneknya. Dia tunduk untuk menyapa Seijun.

Ronin dan Tatsuo juga lakukan Hal yang sama seperti Tzusuki.

"Tzu, balik tak cakap pun." Ujar nenek Kirana riang. Dia menarik tangan Tzusuki untuk duduk di sofa ruang tamu.

Yang lain hanya mengikut rentak mereka.

Tzusuki hanya Diam Dan senyum.

"Nek, Sarah mana?" Soalan Tzusuki Tanpa sempat berbasa basi. Hatinya sudah meronta mahu mencari Hania.

"Sarah ada je dekat atas. Nanti nenek panggilkan." Ujar nenek Kirana.

"Tak perlu nek, biar saya yang naik." Tzusuki terus berdiri Dan memanjat tangga ke tingkat atas.

"Nenek berdua sihat?" Tanya Ronin mahu menghilangkan canggung selepas ditinggalkan Tzusuki.

"Alhamdulillah sihat" jawab Kirana Dan Halisah serentak.

"Seijun pula?" Tambah Tatsuo.

Seijun yang sedang elok minum air teh hijau hampir tersembur sahaja air dari dalam mulutnya.

Dia pandang Tatsuo yang senyum bak kerang busuk itu. Dia pantas mengangguk Dan memandang ke arah luar tingkap. Tersergah gunung ganang yang memutih di puncak.

Nenek Halisah Dan Kirana sudah senyum sesama sendiri. Mengertilah mereka bahawa perasaan Tatsuo kepada Seijun tak pernah padam.

"Kenapa korang datang sini mengejut?" Tanya Seijun setelah masing-masing sudah menghirup teh hijau.

Ronin garu kening Dan memandang Tatsuo.

"Tzu nak jumpa Sarah." Jawab Tatsuo.

"Yelah untuk apa?" Tanya nenek Kirana.

"Hmm entahlah nek, tanya pasal Hania lah kot." Jawab Tatsuo lagi.

"Kenapa Masih dicari perempuan tu? Dia juga yang tinggalkan Tzu kan? Kenapa Masih nak cari perempuan tu?" Wajah nenek Kirana bertukar bengis.

Dia sudah menerima Hania di dalam keluarganya namun berita kehilangan Hania pula yang dibalas. Kata-kata kejam di dalam surat yang menyebabkan Tzusuki hilang jiwanya beberapa bulan lalu Masih terpatri dalam ingatannya.

"Nek, mungkin ada sebab kenapa Hania buat macam tu." Pangkas Seijun.

"Betul tu Kirana, kita tak tahu apa yang dia hadap." Tambah nenek Halisah pula.

Nenek Kirana hanya mengeluh. Sudahlah, malas dia ambil tahu tentang Hania lagi. Dia berdiri dengan tongkat Dan terus berjalan perlahan menuju ke kamar.

Ronin terus berdiri Dan memapah Nenek Kirana dengan penuh hormat.

"Terima kasih, sebab sudi percayakan Hania. Jujurnya saya pasti Hania buat semua ni bersebab." Tatsuo memandang nenek Halisah dan Seijun.

"Aku tahu dia takkan buat macam tu Tanpa sebab." Tegas jawapan yang Seijun keluarkan.

Nenek Halisah cuma Diam Dan mengangguk sipi.

********************************************
Tok! Tok! Tok!

Pintu diketuk perlahan.

"Masuklah." Suara Sarah memberi kebenaran.

Tzusuki pantas membuka pintu kamar Sarah. Dia hanya masuk separa badan sahaja ke bilik garis itu. Tak elok rasanya untuk dia masuk sedangkan hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di tingkat atas.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now