Bab 58: Samar-samar

38 4 0
                                    

Tzusuki, Tatsuo dan Haura sudah Selamat sampai ke Malaysia. Kehilangan Hania adalah rahsia bersama andai ibu bapa Hania bertanya akan Hal itu.

"Ingat apa ayat kita?" Tanya Tatsuo, susah payah dia fikir ayat yang sesuai untuk ibu dan ayah Hania.

Haura mengangguk manakala Tzusuki hanya membatu.

"Ulang balik Haura." Arah Tatsuo.

"Hania sedang sambung belajar ke German dia lupa nak bagitahu ibu dan ayah jadi dia minta kami yang sampaikan. Nanti dia balik bila cuti semester." Haura menyampaikan semula ayat Tatsuo.

Tatsuo angguk tanda puas hati.

Tzusuki pula sudah garu kening yang tidak gatal. Haih apalah ayat Tatsuo ni, namun untuk dia sendiri yang mereka penipuan tu baiklah dia terima pakai sahaja ayat tu.

1 jam perjalanan dan akhirnya sampai ke rumah Banglo Dua tingkat milik Encik Hairul yang dihadiahkan Tzusuki.

Padi sudah menghijau terang. Mungkin akan dituai tidak lama lagi.

Mereka masuk ke dalam rumah dengan senyuman Dan disambut dengan Encik Hairul sekelurga termasuk Haziqah sekali.

Haura Diam tak berkutik apabila Haziqah menghulurkan Salam kepadanya.

Dia tak mahu kurang ajar, jadi dia sambut juga Salam kakaknya. Dia Masih marah, akibat kakak banyak yang perlu mereka hadapi. Kak long nya ini langsung tak berfikir untuk orang sekeliling.

Mereka semua sudah duduk di ruang tamu.

"Betul ke ibu dengar kak Nia kamu tu sambung study balik dekat German?" Tanya Puan Farihah.

Mereka bertiga angguk serentak.

"Betul bu, akak dah lama mintak sekarang baru pass. Itu yang tak sempat nak cakap tu sebab busy uruskan segala borang dengan barang yang perlu dibawa." Bohong Haura.

"Laa oklah tu, kalau dah dapat izin Tzu. Ayah gembira je untuk anak ayah." Tambah Encik Hairul.

Gembira yang cita-cita Hania untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana akhirnya tercapai.

"Hm baguslah tu. Dia ambik course apa?" Tanya Haziqah pula. Manalah tahu tiba-tiba Hania beralih arah mahu menceburi bidang yang lain?

"Architecture" jawab Tatsuo

"Master in Planning" jawab Tzusuki pula

Mereka menjawab serentak.

Mampus!

Haura cuma mampu berdoa agar rahsia mereka Selamat.

Tatsuo dan Tzusuki saling memandang antara satu sama lain. Mata Tzusuki menjegil ke arahnya. Marah barangkali.

Tzusuki senyum bersalah.

"Haah mak cik, dia sambung master in Planning lah. Tu kan memang bidang dia." Jawab Tatsuo seolah-olah jawapannya tadi adalah gurauan.

"Oh, oklah tu. Cita-cita Nia dah tercapai dah tu bu..ibu dan boleh bahagia dengan kejayaan Hania nanti." Haziqah mengenggam erat tangan ibunya.

"Eh Mari lah makan sini tengah hari ni. Tidur pun sini lah ye malam ni?" Encik Hairul mempelawa Tatsuo dan Tzusuki.

Mereka hanya mengangguk.

"Boleh ayah, esok pagi-pagi lagi kami dah kena berangkat ke Kuala Lumpur ada meeting yang kena hadir itu yang datang Malaysia ni." Jawab Tzusuki sekadar berbasa-basi.

"Oh ye ke, jadi tak lama lah ni dekat sini." Tambah Encik Hairul.

"Haah, ayah." Tzusuki senyum manis.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now