Harini Hania dan Tzusuki yang memasak di dapur. Mak Lah diberi rehat setelah seharian berkampung di rumah Ronin. Malam ni Ronin, Tatsuo dan Sarah akan turut serta menjamu selera di sini.
Hania hanya setuju, tapi bukan bermakna dia boleh berbaik dengan Sarah. Hanya sekadar beralah saat ini. Demi Tzusuki!
"Eh awak potong bahan mentah jelah! Saya tolong masakkan lauk" ditolaknya badan Tzusuki jauh darinya. Tzusuki hanya menunjukkan wajah masam. Tidak suka ditolak Hania.
"Alaa, nak duduk dekat dengan kau"
"Eh-eh nak kena senduk ni? Cepat potong ayam tu! Nia nak masak tom yam ala-ala thai ni"
Akhirnya Tzusuki beralah.
"Aye-aye madam, untunglah Tatsuo dapat makan makanan kesukaan dia" seloroh Tzusuki. Hania pura-pura tidak mendengar bebelan suaminya itu.
Hari ni takde lagi masakan Jepun. Yeay! Masakan Thai.. Urmphh gitu! Lazat tak terkata. Sudah Hania katakan sejak dulu dia tak suka makanan Jepun, Korea dan seangkatan dengannya. Entahlah memang tak boleh diterima tekaknya. Makanan Malaysia dan Thailand je yang memang dia suka sangat-sangat. Rasanya umphh sekali!
Selepas sejam setengah bertukang di dapur akhirnya makanan sudah siap terhidang di meja makan. Jam sudah menginjak ke pukul 7.00 petang.
"Nia, jom mandi dulu" Hania hanya angguk.
"Ye awak mandi dulu jap lagi saya naik dekat bilik"
"Eh lambatlah nanti nak bersiap apa semua" tukas Tzuzuki.
Hania hanya buat muka toya.
"Bilik air banyak kan. Apa susah saya guna yang Tatsuo punya" balasnya pantas. Namun gelengan Tzusuki tidak membenarkan Hania berbuat demikian.
"La, habistu? Cepatlah mandi nanti saya bersiap cepat-cepat punya. Janji lahh" rengek Hania. Tzusuki buat muka dingin dan menghampiri isterinya.
Hania dah rasa seram semacam ni. Apa lagi lah suami dia mahukan ni? Dah pukul 7 dah ni. Kalau lambat dia mandi jelah bilik lain. Tak susah pun rumah besar kot!
Terus badan Hania dicempung Tsuzuki. Terjerit halus Hania. Aduhlah!
"Terkejut lah Tzusukiii! " Hania sengaja bersuara lantang di telinga lelaki itu.
"Nia sakit lah telinga aku! "
"Padan muka! " Hania menjeling tajam.
Cup!
Dahinya dicium lembut. Terus dia pandang muka Tzusuki yang agak gatal di matanya.
"Kalau nak jimat masa, Kita mandi sekali lah. Kan orang kata masa itu emas" Tzusuki senyum gatal.
Terus kepala Tzusuki diketuk dengan buku lima Hania.
"Tengkorak dia! Ni dah miang keladi! Dah turunkan saya cepat! Nanti kang lambat"
"Tak nak! Kita mandi sekali lagi cepat. Mandi je Nia bukan buat apa pun" terus dia menyeringai halus.
"Whatever lah Tzusuki"
Akhirnya dia hanya mampu pasrah. Takpelah sekurang-kurangnya ada orang nk syampukan kepala dia. HAHA.
************************
Usai solat, Hania sudah bersiap untuk memakai tudung. Baju dia dan Tzusuki sepadan dek lelaki itu yang paksa. Entah sejak bila beli baju panas turtleneck warna sama pulak tu. Warna hitam. Ergh Tzusuki sangat.
Baru sahaja mahu bergegas ke dapur, makanan sudah terhidang. Aik! Rasanya diorang naik tadi pinggan dan gelas masih belum tersusun.
"Eh Mak Lah, Tatsuo" ujar Hania apabila nampak kelibat dua manusia itu.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...