1 tahun kemudian"Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Reina! Happy birthday to you!"
Reina yang berada di dalam dukungan Tzusuki turut menepuk tangannya dan gelak sehingga nampak beberapa batang Gigi.
Hari ini cukup 1 tahun Reina hadir dalam kehidupan Tzusuki. Dia menyambut hari lahir anaknya di Gifu, rumah neneknya. Di sini lagi meriah berbanding di Tokyo yang hanya ada dia, Sarah, Ronin dan Tatsuo.
Ibu bapa Sarah pun ada sekali, cuma sayangnya ayah dia tak balik sekali. Dah lama ayahnya tak menjejakkan kaki ke Jepun. Entah bila lah pula ayahnya mahu balik ke Jepun.
Sambutan hari lahir untuk Reina diadakan tertutup hanya untuk keluarganya sahaja. Kek Princess Arial dan tema Mermaid ini dipilih khas oleh Tzusuki sendiri.
Seharian dia habiskan masa untuk merancang majlis hari jadi Reina.
Reina yang bergaun merah jambu dan rambutnya yang diikat dengan reben. Sarah yang mendandan Reina hari ni. Puas hatinya dapat merias anak sepupunya Dan dia berbangga akan hasilnya.
"Alolo, comelnya cucu Tokma ni..meh Tokma dukung pula." Puan Qismina menghulur Dua tangan ke arah Tzusuki, nasib Reina ni jenis peramah.
Dia menyambut baik huluran puan Qismina.
"Cantik nya Reina harini. Mama Sarah eh yang make up?" Soal Puan Qismina.
Reina hanya ketawa kecik sahaja, dia tidak mengerti namun melihatkan semuanya senyum kepadanya dia rasa suka.
"Yah...yah." Suara Reina kedengaran kuat.
"Aiyy." Tzusuki menyambut. Dia hanya melambai ke arah Reina.
"Wah dah pandai panggil ayah dia ye, cer panggil mama pula." Nenek Kirana yang berada di sebelah Kirana turut gembira.
Sarah hanya menepuk tangan beberapa kali ibarat memberi motivasi kepada Reina untuk memanggilnya pula.
"Hah cepatlah Reina ikut uncle...ma..ma..ma..ma." Tatsuo sudah macam mengajar Reina mengaji. Mulutnya dikemam kuat untuk ejaan ma.
"Heh, buruklah Tatsuo muka kau tu." Ronin membidas. Dah macam cicak nak mati dah, rasa nak pukul.
"Eh kau ni, biarlah aku nak ajar anak sepupu aku ni sebutan mama pulak. Sebab kalau aku tak ajar siapa nak ajar? Bapak dia? Hmm kau lupa ke bapak dia nak ajar Reina pasal perniagaan 3 bulan lepas?" Tatsuo mengeluh.
Ada ke patut, Tzusuki ajar Reina macam mana nak jadi ketua yang berjaya? Bukan nak ajar ABC ke 123.
"Ok apa?" Bidas Tzusuki.
"Ish Tzu, apa kamu ni? Ajar lah ABC ke apa. Boleh juga guna flash card lagipun umur macam ni dah boleh ingat dah." Sampuk puan Qismina.
Tatsuo apa lagi, mestilah gembira mak saudaranya itu bagai membelanya.
"Takpelah ma, Sarah dah ajar Reina guna flash card. Seronok dia bila tengok pasal haiwan lagi-lagi ikan. Entah apa yang seronok sangat dengan ikan." Balas Sarah.
"Nasiblah ada Sarah yang boleh jadi mama buat Reina." Nenek Kirana pula bersuara.
Dia memandang Tzusuki penuh makna, namun Tzusuki hanya buat muka toya, pura-pura tidak mengerti akan renungan nenek Kirana.
"Tzu, mungkin kamu boleh pertimbangkan Sarah sebagai..."
"Ni..niaaa." Suara Reina menyentakkan semua.
Semua mata tertumpu kepada anak kecil itu.
"Wahh! Sekali lagi Reina." Tatsuo mengagah Reina. Menepuk-nepuk kedua belah tapak tanggannya.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...