Bab 43 : Cinta Hati Abang

178 11 2
                                    

Pukul 8 pagi semua dah berkumpul di meja. Haih! Bukan semua hanya Tzusuki dan Tatsuo. Itu pun dua-dua mengunci mulut untuk berbicara antara satu sama lain.

Tatsuo tak berani pandang Tzusuki saat ini setelah dia sedar apa yang Hania buat membelakangkan fungsi Tzusuki sebagai CEO. Nasib Hania call dia semalam dan minta semuanya ditamatkan.

Hania tak mahu ada kena mengena lagi dengan syarikat Yukio. Dengar suara menangis Hania hanya membuatkan jiwa lelaki Tatsuo turut tersentuh. Apa yang dia tak tahu pasal wanita itu sebenarnya?

Bahkan Tzusuki juga tidak tahu apa yang dihadapi Hania. Hania pula hanya anggap Tzusuki tu buta hati sebab tu dia diamkan diri. Lelaki itu hanya percayakan Sarah yang sama-sama membesar dengannya.

Sesekali kopi latte caramel di atas meja diangkat tinggi dan cawan digoyang-goyangkan sehingga air kopi keluar daripada cawannya. Di meja ada beberapa titisan air kopi Tzusuki jatuh. Wajah lelaki itu dingin.

Ye itulah wajah Tzusuki yang lama dia tinggalkan semenjak dia kahwin. Tatsuo menelan air liur kesat. Makanan di meja juga terasa pahit saat ini. Teh hijau asli dia minum perlahan.

Erk! Rasa manis!

Ok ni petanda tak baik! Selalunya dia minun teh ini dengan rasa pahit. Kali ini sarapan yang ditelannya tadi terasa pahit dan teh pahit terasa manis. Aneh sekali!

"Anything you want to say? " Tzusuki menaikkan hujung kening kanannya.

"Er-er takde Tzusuki-sama" Tatsuo terus meletakkan air di dalam piring. Dia memandang wajah Tzusuki, gentar di dalam hati ditutup sedikit.

"Jadi best tak rasa teh tu? " soalnya dengan pandangan tenang ke arah Tatsuo.

"Erm rasa macam biasa lah, pahit sikit" jawapan Tatsuo hanya mengundang tawa sinis.

"Aku sengaja letak gula dalam tu. Best ke menipu ni? " soal Tzusuki dingin. Dia perlahan-lahan menghabiskan kopi. Sesekali matanya terpejam menikmati rasa pahit dan manis yang menyapa lidahnya.

Mampus! Tatsuo cuma sengih dan garu kening. Tak faham apa yang Tzusuki nak sampaikan.

"Apa yang kau tahu dari Hania sampai kau sanggup belakangkan aku dan abang kau? "

Ting!

Gelas kaca diletak di atas meja. Matanya tertancap ke arah Tatsuo.

"Erm, kalau kau tanya aku. Manalah aku tahu tapi jawapan aku hanya satu. Kalau Ronin boleh lindungi Sarah kenapa aku tak boleh lindungi Hania kan? " matanya takut-takut memandang wajah suami kepada seorang Hania.

"Kadang aku rasa kesian dekat Hania" tokoknya lagi. Tzusuki pasang telinga. Dia memanah tepat ke arah anak mata Tatsuo yang langsung sudah hilang gentarnya.

"Kau percayakan Sarah, sampai kau pekak nak dengar luahan hati dia. Malah aku pun tak tahu apa yang dia pendam. Sikap kau yang tak percayakan dia sebabkan dia jadi macam tu. Satu lagi... Maybe... " Tatsuo diam. Dia hanya senyum polos seperti biasa.

Tzusuki angkat kening. Dia bangun perlahan dan terus berdiri, berjalan perlahan menuju ke pintu gelangsar berhampiran dapur. Terus dia pandang Tatsuo yang masih tekun di meja makan.

"Walau apa pun yang dia buat, benda yang salah aku takkan sokong" dia memandang pokok di luar rumah. Nampak kekuningan dan daunya perlahan-lahan gugur.

Tatsuo geleng kepala. Degil betul Tzusuki-sama ni! Dia pula sakit jiwa bagi pihak Hania. Dia turut bangun dan menghampiri sepupunya itu.

Laki bini degil! Eloklah dua-dua kahwin!

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now