"Woi bangun subuh! " kejut Tatsuo.
Tzusuki dan Ronin bangun perlahan. Betulkan urat. Semalam mereka berjaga untuk siapkan kertas kerja. Tidur pon atas sofa je.
"Ye nak bangunlah ni" ujar Ronin mamai.
Mereka solat subuh di imamkan oleh Ronin. Mereka selalu solat berjemaah bersama jadi selalu tukar giliran siapa jadi iman.
Lepas solat subuh mereka tak sambung tidur, terus keluar ke kawasan lapang berdekatan untuk beriadah.
Nak rezeki melimpah ruahkan? So amalkan jangan tidur lepas solat subuh.
"Kau tahu kes keluarga yang pinjam 5 juta dengan syarikat kita tu? " tanya Ronin selepas mereka sama-sama duduk di atas bangku.
Hari masih pagi. Baru pukul 8 pagi. Angin sejuk masih membuai.
"Gila banyak? Diorang buat apa weh? " tanya Tatsuo. Air mineral ditelan laju.
"Katanya nak selamatkan syarikat daripada muflis, tapi dah nak muflis pon sekarang ni. So diorang tak mampu nak bayar. Sebab tu geng kita pergi rosakkan rumah dia kelmarin" jawab Ronin serius.
Dah pinjam tu bayar jelah. Banya songeh betul manusia ni.
"Wait, what?! Sejak bila aku suruh serang family orang ni? Aku suruh mintak baik-baik. Lupa ke visi syarikat ni nak bantu orang bukan jadi Ah Long" Tzusuki dingin.
Dia tubuhkan syarikat ni dekat Kedah sebab nak tolong orang yang alami masalah dalam kewangan. Ibunya dulu juga dibantu oleh ayahnya.
Sejak kematian ibunya, dia cuba untuk menolong orang dalam kesusahan. Di sebalik dinginnya Tzusuki ada baiknya yang dia sorokkan.
"I don't know, aku dah bagi tindakan tatatertib dekat sorang-sorang tu. Harap benda ni tak berulang" ujar Ronin.
"Thanks, kalau aku yang bagi hukuman memang mampus aku kerjakan" Ujar Tzusuki di pagi yang sejuk ni tiba rasa panas pulak.
Haih nampaknya kena potong bayaran hutang mereka ni.
Kring! Kring! Kring!
Opps! Ini bukan bunyi loceng ye tapi bunyi telefon si Tatsuo tu. Macam alamr pagi-pagi je. HAHA
"Yes, why? " jawab Tatsuo.
Ronin dan Tzusuki hanya diam tanda hormat.
"Apa mengamuk? Aduh! Kau ugut jelah apa-apa pon" Tatsuo bermuka kelat sambil memandang Tzusuki.
Sekonyong-konyongnya, wajahnya berubah ceria.
"Kalau dia tak boleh bayar, dia kena jadi bini boss. Kira cam settle hutang lah tu. Ok dah aku gerak sekarang" Tatsuo masih lagi menyeringai macam orang gila.
"Kau kenapa macam orang psiko ni? " tanya Ronin.
"Anak kepada orang yang berhutang 5 juta tu datang mengamuk dekat office kita, dia marah sebab dah rosakkan rumah dia. So dia rosakkan pulak barang dekat pejabat" ujar Tatsuo.
"Jadi apa kena mengena dengan Tzusuki?" tanya Ronin.
"Aku suruh diorang jawab, kalau nak selesai hutang boleh kahwin dengan bos. Alang-alang bos nak cari bini kan" terus Tatsuo tergelak.
"Kau gila ke!! " tempik Tzusuki. Merah mukanya saat ini.
Entah marah atau malu. Gila agaknya nak suruh ganti hutang dengan jasad orang lain.
"Dah-dah jom ke office, aku nak tengok perempuan tu. Katanya dah 3 orang jatuh sebab dia mengamuk" Tatsuo gelak lagi.
Kali ini dia menarik tangan Tzusuki dan Ronin berlari ke arah kereta mereka.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...