Seminggu kemudian, kaki Tzusuki sudah pulih dia pun dah start masuk office. Tinggallah Hania dan Mak Lah sahaja di rumah. Bosan nak mati!
Hania puas tengok drama, puas baca novel online. Semua dia buat. Bosannya takde kerja. Hania rasa nak nangis je sekarang ni sebab takde kerja lansung. Dia rindu nak duduk depan laptop hadap AutoCAD dan pegang pensil untuk buat concept plan. Bertapa dia rindukan kerja.
Jam sudah menginjak ke pukul 3 petang. Hmm lambat lagi Tzusuki nak balik.
"Aduh bosannya, nak buat apa ni" Hania berkira-kira mahu memasak. Tapi bila tengok ayam, ikan yang hendak dipotong dia jadi geli pula! Tak bersedia.
Seketika kemudian bunyi jeritan-jeritan kasar dari pengawal hadapan rumah. Hania panik. Dia bangun dari sofa mahu menjenguk ke arah tingkap namun pintu hadapan terus ditembusi beberapa orang lelaki bersut hitam. Hania yang tidak bertudung hanya mampu menutup rambutnya dengan tangan.
"Korang siapa? Kenapa masuk sini? " tempik Hania.
"Kare o tsumaeru" bunyi bahasa Jepun yang tidak difahami Hania sehingga badannya didukung terbalik ibarat guni.
"Hey! Let me go! What're you trying to do! " Hania menempik sekuat hati. Badan lelaki itu dipukul kuat.
"Tzusuki help me! Aku takut. Ya Allah" Hania dimasukkan ke dalam Jip Range Rovee berwarna hitam. Tangannya diikat dan matanya ditutup.
Sejam kemudian dia dibawa keluar. Bunyi helikopter mendarat dan angin kencang menakutkan Hania.
Seketika kemudian matanya dibuka.
Dia sekarang berada di tempat yang sama 4 tahun lalu! Dia kenal tempat ini. Badannya menggigil takut.
Allah! Allah! Allah! Hanya itu kalimat yang mampu disebutnya. Sungguh dia takut. Bayangan 4 tahun lepas kembali.
Hania jatuh terjelepok di atas lantai dan dirinya dikelilingi lelaki yang bertubuh sasa.
Bunyi tapak kasut tumit tinggi menghampiri Hania.
Ktak! Ktak! Ktak!
Leher Hania dipegang kemas dan Hania terpaksa mendongak ke arah gerangam tersebut.
"Sarah! Apa kau cuba buat ni? " soal Hania dengan bibir yang terketar-ketar namun dia cuba mengawalnya.
Sarah ketawa kuat.
"Pegang dia" kedua bahu Hania ditarik oleh dua orang lelaki. Hania dipaksa bangun.
Tangannya dipegang di belakang badannya. Sarah mendekati Hania.
Pang!
Pipi kanan Hania ditampar. Terasa pijar pipinya saat ini.
Pang!
Tamparan kedua di pipi kanan lagi. Kali ini darah mengalir di tepi bibirnya.
"Kau dah cari pasal dengan aku! " tempik Sarah.
Buk!
Perut Hania ditumbuk kuat. Hania mengerang kesakitan. Sungguh rasa senak di perutnya saat ini.
"Aku akan bagitahu Tzusuki" ugut Hania lemah.
Sarah menarik rambut Hania kasar. Hania tak mampu membalas. Sungguh dia benci dengan keadaan sekarang.
"Let me tell you something dear! Tzusuki kahwin dengan kau sebab dia nak jadi pemilik sah Yukio! Kau sasaran yang mudah untuk dia kahwini. Aku pula akan jadi isteri dia lambat laun. Kau tahu kenapa? " Soal Sarah.
Hania mengalirkan air matanya.
"Mungkin sebab aku dah jatuh cinta pandang pertama" ayat Tzusuki terngiang-ngiang dalam kepalanya.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...