Jam sudah berganjak ke pukul 5 petang. Hania tak tahu bagasi dia si Tzusuki letak mana. And dekat mana dia nak tidur malam ni? Tzusuki masih berada di ruang tamu sedang berbual dengan nenek dan Sarah. Wajah Sarah manis sekali hari ini. Tak henti-henti dia senyum. Nenek tu lagilah ketawa-ketawa. Tzusuki pula? Hmm kadang senyum je. Tak pun ketawa macam nenek dia tu. Nyampah je Hania tengok.
Hania nak mandi. Mandi air panas ke sejuk ke ikutlah asalkan dapat mandi. Namun dia tak mahu menganggu Tzusuki di ruang tamu. Dia keluar dari rumah dan berdiri di hadapan rumah.
"Ah tenangnya! " jerit Hania sedikit kuat.
Indah betul pemandangan dekat sini. Namun dia terasa sunyi. Sunyi entah kenapa. Matanya berair. Sedikit demi sedikit hingga matanya kabur untuk melihat pemandangan. Akhirnya air matanya tumpah.
Kerjanya sudah tiada, Firash sudah bahagia bersama orang lain, kawan-kawannya sibuk dan keluarganya juga sudah bahagia sekarang. Berpindah ke rumah lama, dan nampaknya ayahnya makin sibuk mengendalikan hal syarikat. Salah ke untuk dia berasa sunyi saat ni?
Tiada siapa yang membela nasibnya, tiada siapa yang sudi berkawan dengannya saat ini. Suami yang tidak dicintai. Haih!
Dia mengelap pantas air mata di pipinya. Kedengaran tapak kasut menghampirinya.
Ada 3 gadis. Semuanya macam tak cukup kain. Baju ketat, sendat dan seksi ya ampun. Ketiga-tiganya memandang Hania sinis.
Dah kenapa?
"Nani? " tanya Hania.
Ketiga gadis itu adalah sepupu Tzusuki dan merupakan kipas-susah-mati si Sarah.
"Kau tak nampak macam Melayu sangat pon? " tanya gadis di tengah.
Hania menarik nafas.
"Haah, aku ada keturunan arab Yaman, Thailand and Indian" jawab Hania. Entah apa dia sebut. Sengaja je dia jawab. Nasib tak tambah keturunan cina semua tu.
Gadis di tengah itu terdiam.
"Kau tahu ke nanti Tzusuki akan kahwin dengan Sarah juga" Gadis di kanan pula bersuara.
"Dan Sarah lagi layak bergandingan dengan Tzusuki" gadis di kiri pula bersuara.
"Korang ni jenis takde adab eh? " sinis Hania.
"Nama tak cakap tiba nak serbu aku dah kenapa? Gila agaknya"
"Nama aku Ayuli, yang kanan ni nama Hunny, kiri pulak nama Yenie" gadis di tengah memperkenalkan diri.
"Kitorang pihak nenek Kirana" Hania mengangguk-angguk.
"Jadi kau dah tahu ke kau tu sekarang bini tak sah taraf Tzusuki? " sinis Yenie.
Hania terasa perit hatinya saat ini.
Tak boleh! Tak boleh! Dia harus kuat.
"Ye kahwin jelah dua ekor tu. Macamlah aku kisah! " jawab Hania lantang.
"Huh kau ni memang pelik betul! Sepatutnya marah bukan cool macam ni" ujar Hunny.
"Ala, korang nampak Tzusuki tu suka ke dekat aku? " tanya Hania.
Ketiga gadis itu saling berpandangan. Dan mereka semua menggeleng. Hania senyum perit. Nampak tak? Orang luar pon dapat agak hubungan mereka.
"So kau ingat aku kisah kalau dia nak kahwin dengan orang lain? I don't even care" jawab Hania penuh dingin.
"Jadi sebab apa korang kahwin"
"Manalah aku tahu! Aku kena paksa putuskan pertunangan aku sebab perkahwinan sementara ni! Jadi boleh tak jangan anggap aku musuh kau! Letih tahu tak! Di negeri asing ni aku sorang je yang ada untuk diri aku sendiri. Aku takde kawan! Tak perlulah target aku" tempik Hania. Dia terasa maruahnya dipijak-pijak saat ini.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomansaHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...