Bab 11

138 9 2
                                    

Tzusuki bangun apabila sayup-sayup kedengaran azan subuh, tetapi beban di badannya menyebabkan dia terbantut untuk bangun. Rupanya Hania yang memeluknya.

Patutlah lengan dia terasa lenguh rupanya ada kepala Hania. Pelik! Buas sangat ke Hania tidur sampai habis hilang bantal dekat tengah mereka. Namun Tzusuki membiarkan sahaja. Diusap muka itu perlahan. Rambut Hania dikuak ke belakang.

Sungguh menggetarkan hatinya.

"Nia bangun, subuh" kejut Tzusuki perlahan.

"Ermm kejap lagi lah" Hania makin mengeratkan pelukannya. Terasa sedap dipeluk pula bantalnya hari ini. Rasa kenyal-kenyal gitu.

Tzusuki hanya membiarkan sahaja. Dia senyum manis. Tak sangka dia dah jadi suami orang. Dan tak sangka gadis ini menjadi isterinya.

Sungguh dia akan menjaga isterinya ini. Dan belajar mencintai isterinya ini.

Atau dia sudah mula jatuh cinta tanpa mencuba?

Hania membuka mata perlahan, dia menggenyeh mata perlahan.

"Aku mimpi ke ni? " ujar Hania perlahan.

Tzusuki ketawa dan mengetatkan pelukan di pinggang Hania.

"Tak, tak mimpi. Realiti lah ni. Kenapa tak percaya ada suami kacak macam aku? " jawab Tzusuki tenang dia cuma senyum sipi.

Dua saat kemudian Hania terus bangun dan melepaskan pelukan Tzusuki.

"Eh kenapa tak peluk lagi? Best apa? " usik Tzusuki dia sambung ketawa halus.

Hania bangun duduk bersila, dia jeling tajam Tzusuki. Tzusuki juga turut bangun dari tidur.

Bunyi ketukan di pintu menghentikan ketawa Tzusuki.

"Akak, abang solat subuh" ketuk Haura.

"Ye, akak dah bangun nak ambik wuduk jap" jawab Hania pantas. Dia segera bangun dari katil.

Dan kali ini lengannya direntap sehingga jatuh ke dalam pelukan Tzusuki.

"Stay for 10 seconds" arah Tzusuki.

Hania akur.

1!

10!

"Dah habis 10 saat. Jom ambil wuduk" Hania menolak tubuh Tzusuki dia langsung tak memandang Tzusuki. Malu!

Tzusuki hanya mengikut langkah Hania keluar dari bilik.

Hari ni solat subuh macam biasa. Tzusuki jadi imam.

Sejuk hati Hania di pagi-pagi subuh ni.

Mereka meneruskan rutin harian dengan bacaan al Waqiah dan Ayah juga memberi sedikit peringatan yang selalu dia dengar ketika Khutbah solat Jumaat.

Tepat pukul 8.30 pagi mereka solat Dhuha pula. Saje buat benda sunat hari ni. Mana tahu rezeki datang bergolek.

Habis sahaja solat Hania, Haura dan ibu bergegas ke dapur untuk memasak. Tzusuki dan ayah pula rancak berbual di ruang tamu.

***************************
Selepas makan dan menyimpan pinggan mangkuk mereka semua berkumpul di ruang tamu atas arahan Tzusuki.

"Ayah, ibu saya nak bagi hadiah ni" Tzusuki senyum manis. Hania di tepi nya di kerling.

Namun Hania hanya memberi reaksi biasa. Tidak terkesan dengan apa-apa.

"2 minggu lepas, ada satu syarikat yang hampir muflis tapi saya dengan sepupu saya usahakan untuk beli semua saham dekat syarikat kecil tu dan Alhamdulillah kami berjaya beli semua saham dan pelabur di syarikat tu sedia memberi peluang untuk naikkan balik nama syarikat ni. Hania ada cakap ayah pernah uruskan syarikat dulu. Jadi, memandangkan saya dengan sepupu saya akan balik ke Jepun jadi saya serahkan dekat ayah untuk naikkan balik nama syarikat ni" fail putih di tangan diserahkan kepada Encik Hairul.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now