Hania yang sedang tidur diletakkan perlahan atas katil. Tzusuki melabuhkan bibirnya ke atas ubun-ubun Hania. Tudung Hania dibuka mahu isterinya rasa bebas.
Selepas menyelimuti isterinya, Tzusuki turun ke bawah. Dia duduk di sofa berhadapan Nenek Kirana, Halisah, dan Sarah. Tatsuo dan Ronin di kiri sofanya.
"Macam mana boleh jadi macam ni? Nenek? Mind to share? " tanya Tzusuki dingin. Auranya yang dingin ini membuatkan mereka semua diam. Sejak Tzusuki berkahwin dengan Hania perangainya sudah santai.
Kecederaan Hania kali ini mengembalikan dingin Tzusuki yang dulu.
"Nenek mintak maaf Tzu"
"Nek bukan susah pun nak jaga Nia tu, kenapa sampai macam ni? Snow mati, ular sawa lagi? Sejak bila kita ada bela ular sawa" tanyanya lagi.
"Tzu, nenek tak tahu apa-apalah" bantah Sarah. Kasihan Nenek Kirana hanya mampu menekur lantai.
"Diam Sarah, aku tak tanya kau pun" dan inilah kali pertama Tzusuki bahasakan dirinya aku dengan Sarah.
Tatsuo juga agak terkejut. Dia memandang Ronin dan menarik Ronin keluar dari kawasan yang agak dingin itu.
Selepas jarak mereka agak jauh Tatsuo melepaskan tangan Ronin.
"Dah macam gay pulak pegang tangan kau macam tu" ujar Tatsuo.
Ronin hanya memeluk tubuh.
"Diam bongok! Jangan sampai aku sepak kau dekat gunung Fuji"
"Uwu takutnya" Tatsuo sengih. Namun dia seriuskan kembali mukanya.
"Aku tak pernah nampak Tzusuki sekasar tu"
"Aku pun" balas Ronin
"Habistu kita nak buat apa? " tanya Ronin kembali. Tatsuo mendekati Ronin.
"Kita kena cari info siapa pelakunya, aku takut Sarah dengan nenek Kirana kena hukum je dengan Tzusuki tu. Kau macam tak tahu kalau orang sentuh barang kepunyaan dia" jelas Tatsuo. Ronin angguk setuju.
Nampaknya Tzusuki makin dingin dan garang lepas kedatangan Hania. Mungkin dia terlalu sayang dekat Hania sampaikan sanggup menyakiti hati nenek sendiri?
"Maknanya, kita kena cari musuh Hania"
"Ye aku tahulah, yang pastinya bukan Sarah" Seijun yang entah dari mana menghampiri mereka.
"Mak kau hijau! Terkejut aku setan" tempik Tatsuo. Patutlah dengar suara perempuan tadi.
"Diam sudah, ingat mudah ke aku nak lari dari sofa tu" Seijun peluk bahu Ronin dan Ronin menolaknya jauh.
"Ish sentuh sikit pon lari" keluh Seijun.
"Kau kenapa datang sini? " bisik Tatsuo.
"Saja lah nak datang, nak tolong korang selesaikan puzzle ni" jawab Seijun tenang.
"Dan aku rasa kita kena sediakan popcorn nanti"
"Kenapa? " tanya Ronin dan Tatsuo serentak.
Seijun senyum sinis.
"Hania akan mulakan serangan balas dia. Korang tahukan Sarah dengan Hania tu ada sejarah hitam" Ronin angguk. Tatsuo saja yang blur.
"Jap mereka pernah jumpa ke sebelum ni? Kenapa aku tak tahu? " marah Tatsuo.
"Buat apa kau tahu? Kau tu tahu memekak je. Bukannya ada function" jawab Ronin kasar.
Dia terkekeh-kekeh ketawa dengan Seijun. Padan muka Tatsuo, sekali-sekala pedajal Tatsuo. Mereka mengangkat tangan dan menepuk tanda high five.
Namun sesaat kemudian mereka dalam mood serius balik.
"Seijun, kau tak nak cerita ke kejadian sebenar? " soal Ronin kembali. Dia pun kurang pasti apa yang berlaku di antara Sarah dan Hania.
"Aku tahu mereka kawan baik je 4 tahun lalu"
Seijun mengeluh seketika.
"Aku pun tak tahu jalan cerita dia tapi aku ada masa kejadian hitam tu" matanya mencerlung garang ke arah Sarah di dalam rumah.
"Maksud kau? " Ronin sudah mengerutkan dahinya.
"Korang kenal Bob kan? " Tatsuo angguk.
"Dia dengan geng dia hampir rogol Hania beramai-ramai. Nasib ada aku je haritu. Aku tak tahu kenapa tapi Sarah gunakan nama Yukio untuk hukum Hania" jawabnya panjang lebar.
"Dah kenapa minah tu gila ke? Kalau aku jadi Hania pun aku balas balik perbuatan minah tu" Tatsuo naik angin. Marah betul dengan perempuan macam ni!
Ronin diam, rasanya dia tahu sebab apa. Namun dia pilih untuk mendiamkan diri.
Mereka bertiga saling memandang antara satu sama lain.
"Korang pergi mana tadi? " suara seseorang membuatkan mereka terkaku.
Suara siapa lagi kalau bukan Tzusuki.
"Korang borak apa? " tanya Tzusuki lagi. Auranya yang membuak-buak membuatkan mereka semua seram untuk bersuara.
'Nia we need you' hanya itu yang mampu mereka katakan dalam hati. Masing-masing telan air liur.
"Tak ni, tadi Nia chat aku katanya lapar sebab tu kitorang bincang nak masak apa" jawab Seijun pantas.
Tipu sunatlah bangg! Tak sempat nak fikir alasan lain.
"Ah betul tu. Oklah kau fikirlah ye Seijun aku masuk dulu" pamit Tatsuo
"Wait! " semua tak jadi meneruskan perjalanan.
"Tatsuo kau ada tugasan"
"Ye tahu-tahu, cari info pasal kejadian ni. Ok aku pergi dulu" terus Tatsuo berlari.
"Ah, aku nak masak untuk Nia" Seijun dah terlepas tinggal Ronin je.
Tzusuki mendekati Ronin.
"Mind to tell me what happened 4 years before? "
Ronin hanya mampu mengerdipkan matanya.
"Tzu, Nia panggil dekat atas" Tatsuo kembali menghampiri mereka.
Tzusuki terus beredar ke bilik atas.
"Fuh selamat. Kus semangat weh" lega Ronin.
"Thanks selamatkan aku, by the way memang Nia panggil ke tadi? " Tatsuo cuma ketawa lepas. Dia menunjuk kepalanya dengan jari telunjuk.
"Orang bijak bro" Ronin mengerti. Dia senyum.
Tatsuo menipu rupanya. Habislah nanti kalau Tzusuki tahu.
"Jom lah kita keluar, balik malam ni je" ajak Tatsuo.
"Kenapa? " pelik Ronin jadinya. Namun dia tetap menurut jejak langkah adiknya.
"Aku nak cari info lah" Ronin angguk dan mereka akhirnya selamat keluar dari rumah.
Sebenarnya suka sebab dapat lari dari Tzusuki kan?
HAHA. PENAKUT!
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...