Hari demi hari berlalu, Tzusuki tak menang tangan mahu mengejar anak tunggalnya itu. Budak dah dapat kaki, semua tempat nak diteroka.Tzusuki lah orang paling gembira bila dapat menyaksikan Reina yang mampu berdiri sendiri Dan perlahan-lahan mengatur langkah pada waktu Reina berumur setahun lebih. Sekarang dia pula yang penat mengejar Reina. Budak itu terlalu buas.
Nak panjat grill lah, nak panjat pokok lah. Nasib ada Sarah, Ronin dan Tatsuo. Mereka pun mangsa yang perlu mengejar Reina, kadangkala macam kerja shift mereka berempat hanya untuk menjaga Reina. Tenaganya banyak sekali, itu nak main ini nak main. Itu nak pegang ini nak pegang.
"Tzu! Aku penat lah kejar Reina. Dari tadi nak main dekat kolam ikan koi. Aku takut budak tu jatuh karang." Tatsuo melaung ke arah Tzusuki yang akhirnya sudah berjaya mendukung Reina.
"Reina nak tengok ikan ke?" Tanya Tzusuki.
Reina hanya mengangguk halus sahaja. Matanya bersinar.
"Koi..koi..nak..nengokk" dia menjerit riang.
Dia suka sangat dengan ikan koi warna emas.
Tzusuki terus mendekatkan diri dengan kolam. Dia pegang kemas Reina. Anaknya terlalu riang sampai riuh mulutnya menyebut ikan koi.
"Eh, pelik uncle. Awak ni minat sangat ikan koi. Waktu pregnant dulu Hania selalu dekat kolam ke Tzusuki?" Tatsuo yang sudah merapati mereka, dia memberi dedak ikan.
Bising kolam itu, ikan-ikan berebut mahu menyedut makanan mereka.
"Mungkin kot." Jawab Tzusuki.
"Tak sangka dah nak dekat Dua tahun kau jadi bapak budak. Boleh lah aku bagi A- untuk prestasi kau. Tzusuki-sama." Tiba-tiba Tatsuo bersuara.
Dia mengangkat ibu jari, tanda berbangga dengan sepupunya.
"Kenapa A- je?" Berkerut dahi Tzusuki. Dia selalu cemerlang dalam pencapaiannya.
Dia menurunkan Reina dari dukungannya sementelah mereka sudah berada di taman yang disediakan khas untuk Reina. Siap ada pagar semata-mata tak mahu anaknya itu menghampiri kolam ikan tanpa pengawasan.
Reina terus menghampiri gelongsor Dan bermain seorang diri. Nasib Reina mampu menyesuaikan diri walaupun sendiri.
"Yelah Reina dah nak masuk 3 tahun, kau dah jadi ayah yang terbaik. Tapi satu je, budak tu dah boleh jawab soalan matematik, lepastu suka lukis bentuk bangunan. Kau memang nak bagi Reina kerja sejak umur 3 tahun ke macam mana? Yelah bila dah cukup 20 tahun dia dah ada 17 tahun pengalaman kerja sebagai arkitek. Ni kalau Hania tahu kau paksa budak tu melukis. Agak-agak dia terajang kau tak eh?" Bebel Tatsuo tanpa henti.
Dia tahulah bapak Reina tu arkitek, maknya pula perancang bandar.
Tzusuki hanya gelak.
Dia memang tak boleh dengan perangai mak jemah Tatsuo yang satu ini. Membebel macam nenek-nenek.
"Aku tak paksa dia Tatsuo, dia yang nak pegang pensil lukis aku bila aku tengah seronok buat kerja. Tak sangka pula dia warisi bakat bapak dia." Bangga Tzusuki dengan anaknya yang sorang itu.
"Yelah tu Tzu, dengan saya dia elok je main macam kanak-kanak lain. Suka benda comel, nak jadi ala-ala princess." Sarah yang baru muncul merapati mereka berdua yang duduk di bangku luar taman.
"Hmm mungkin disebabkan environment. Kau kan serious memanjang buat kerja itu yang budak tu terikut." Tambah Tatsuo.
"Eh mana Ronin Sarah?" Tanya Tatsuo bila tak nampak kelibat Ronin.
"Heish, lupa lah tu. Ronin kan tengah sibuk nak habiskan kerja yang bertimbun sebelum ambik cuti minggu depan." Jawab Sarah. Dia menggeleng kepala. Mudah lupa betul Tatsuo ni.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...