Tzusuki tak tahu di mana dia sekarang, cuma ada padi yang menghijau. Hanya kereta dia sahaja di sini. Cukuplah, dia hanya mahukan ketenangan. Langit senja sudah menunjukkan dirinya, dia bagaikan patung yang berdiri di hadapan kereta.
Angin petang memberikan ketenangan kepadanya saat ini. Raut wajah Hania, senyuman Hania, kemarahan Hania, kebencian Hania semuanya berlayar di hadapan matanya.
Tanpa diseka, setitis, Dua titis air mata mengalir laju di pipi. Hidungnya merah, pelupuk matanya merah namun biarlah. Dia lelaki yang ada perasaan, boleh menangis jika disakiti. Boleh juga rapuh bila ditinggalkan.
Cinta yang dia rasakan cukup ikhlas, Tanpa berbelah bagi. Manusia, bila kehilangan baru rasa menyesal. Dia juga sama menyesal kerana sepanjang perkahwinannya lagi banyak salah faham berbanding kenangan yang manis.
Kalau dia tahu dia akan kehilangan Hania, dia akan layan Hania sebaik mungkin, percayakan isterinya tanpa was-was. Malah akan mengiktiraf isterinya itu sebagai isteri Tzusuki Yukio dalam syarikatnya. Sekarang semuanya sudah terlambat! Jangankan Hania, bayangnya juga tidak kelihatan lagi.
Yang tinggal hanya bukti cinta dia dengan Hania. Puterinya, yang Masih tidak bernama. Tersedar akan Hal itu, dia terus mengesat air matanya dengan hujung jari telunjuk.
Dia perlu kuat, dia perlu daftarkan nama anaknya. Kalau ada Hania, dia mesti teruja mahu namakan akan mereka. Terfikir akan Hal itu buatkan Tzusuki senyum sipi. Sesaat kemudian...
"Mungkin takkan teruja, sebab kau sendiri yang buang anak kita." Tzusuki senyum sinis, rasa pedih di hatinya tidak mampu ditutup lagi.
Dia begitu terluka, sehingga tak mampu lagi fikir tentang masa hadapannya dengan Hania. Kalau ada jodoh mereka, pasti akan bertemu kembali. Dia takkan sesekali lepaskan Hania kecuali Hania sendiri yang bertentang mata dengannya dan meminta perpisahan ini.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia memikirkan nama untuk puterinya.
"Reina....bermaksud permata." Tangannya kemas memegang stereng, fikirannya ligat berfikir sambil bibir mengukir senyum manis. Untuk sesaat Inilah kebahagiaannya.
Sejam memandu, akhirnya dia Selamat pulang ke rumah ibu bapa Hania. Sejam memandu dia sudah buat keputusan untuk membawa Reina pulang ke Jepun, dia akan jaga anaknya sendiri.
Keluar sahaja dari kereta, Tatsuo dan Haura sudah berdiri di hadapan pintu utama. Muka yang penuh dengan kerisauan, namun mereka lega dengan senyuman yang menghiasi bibir Tzusuki.
"Tzu, kau ok?" Tanya Tatsuo bila Tzusuki sudah mahu masuk ke rumah. Haura di sebelah juga memandang Tzusuki.
"Ok. Haura lepas isyak nanti boleh suruh ibu bapa kau jumpa aku dekat ruang tamu? Aku nak cakap sesuatu." Ujar Tzusuki sambil memandang Haura lama.
Wajah Haura Dan Hania seolah-olah kembar, ada biasan wajah Hania dalam dirinya.
Haura angguk tanda setuju, dia juga tak mahu berbicara lebih sebab mata Tzusuki sudah kehilangan cahayanya.
*********************
Malamnya lepas isyak, semua berkumpul di ruang tamu rumah. Masing-masing muka Masih tenang sebab baru lepas solat jemaah."Ehem!" Dehem Tatsuo mematikan kesunyian dalam rumah ini. Dari tadi semua menekur lantai habis bila Tzusuki nak bincangnya? Dia bukanlah penyabar sangat, nak kena jadi radio bergerak untuk Ronin Dan Sarah lagi. Haih!
Tzusuki bagaikan tersedar Dari lamunan, wajah Reina yang nyenyak tidur dalam dakapan Haura dipandang.
"Ayah, ibu. Saya dah buat keputusan untuk bawak balik anak saya ke Jepun. Memandangkan saya tak nak susahkan sesiapa Dan Reina adalah tanggungjawab saya jadi biarlah Reina saya bawa pulang." Ujar Tzusuki tenang.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...