Bab 36: Dendam

131 15 6
                                    

Hania melangkah perlahan-lahan selepas simen di betisnya dibuang. Alhamdulillah sudah boleh berjalan secara perlahan-lahan. Berkat kena minum air susu yang dipaksa Tzusuki tiap hari.

Di hospital hari ini ditemani Tatsuo, suaminya tak dapat hadir kerana ada meeting penting di office. Hania tak terasa sedih pun sementelah dalam kepalanya muncul seribu satu rancangan yang dirangka semasa dia berdiam diri selama ini.

Diam bukan bermakna dia mahu melupakan segala yang terjadi.

Bangkitnya dia hari ini tanpa apa-apa alat bantuan, membuktikan dendamnya juga bangkit. Rasa yang satu itu tak pernah terkubur sementelah adiknya, Haura juga menjadi mangsa.

Rela atau paksa, dia harus memberi hukuman kepada sesiapa yang menyakiti keluarganya. Mungkin kalau hanya dia yang menderita dia akan maafkan Sarah. Namun adiknya turut terkena.

Sakit sangat bila tahu orang yang tersayang jadi mangsa keadaan. Jadi dia bukan mahu menjadi Tuhan, ini adalah hukuman daripadanya. Namun dia bukan mahu membunuh. Cukup sekadar buatkan Sarah insaf.

Insaf akan kejahatan yang telah dia lakukan. Bukan senang untuk dia melihat kebahagiaan sarah selama ini.

"Nia jom kita balik" ajakan Tatsuo hanya dipandang sepi.

Ada sesuatu yang harus dia katakan pada Tatsuo.

"Tatsuo, kita cakap sekejap" mukanya serius sahaja saat ini.

Tatsuo tak pernah tengok Hania seserius ini. Bagai mahu memecahkan 1001 rahsia.

Kali ini dia juga nampak serius. Ada masa dia macam budak ribena dan ada masa dia perlu menjadi serius.

"Dekat sini ke? " tanya Tatsuo. Mereka sudah menghampiri kereta di seberang jalan.

"No dalam kereta je" jawab Hania, Tatsuo angguk.

Mereka berdua terus berjalan memasuki kereta Alphard hitam. Enjin kereta dihidupkan termasuk aircond sekali. Hari masih panas. Belum masuk lagi waktu musim luruh bulan 10 nanti.

Mereka sama-sama jeda di dalam kereta. Hania mengumpulkan kekuatan. Sebelum dia bersuara.

"Kau suka Haura? " pertanyaannya hanya mengundang rasa resah di hati Tatsuo.

"Kenapa kau tanya? "

"Bukan kau minat dia ke? " tanya Hania kembali.

Tatsuo angguk seketika.

"Ye memang aku suka dia"

"Jadi kau sanggup tak nak jadikan dia isteri kau? "

"What? Nia kenapa tanya macam ni? Adik kau muda lagi kut. Aku pun muda lagi ni. Chill lah" Tatsuo ketawa.

"Aku serius ni"

"Then, me too" ketawanya masih tersisa.

"Dia kena rogol" ayat itu menghentikan ketawa Tatsuo.

"Huh? " perlahan suaranya berbunyi.

"Dia kena rogol dengan Bob"

"Apa! Nia apa kau cakap ni! Bob tu orang bawahan aku. Kenapa kau tuduh dia macam tu? " nada suaranya keras sahaja.

Hania menuduh orang bawahannya bermakna maruahnya dipijak sekali. Seolah-olah menuduh dia.

"Aku cakap perkara yang betul. 4 tahun lalu pun bob yang cuba rogol aku. Tzusuki tak pernah percaya, aku harapkan kau percaya aku Tatsuo"

"No Nia benda ni macam.... How? I'm speechless" tukas Tatsuo.

Hania memusing badannya menghadap Tatsuo.

"Look, 4 tahun lalu aku pernah datang sini. Aku pernah jadi kawan sarah. Aku kenal Ronin aku kenal Tzusuki. Sarah yang dah hancurkan persahabatan kami"

Tatsuo diam, dia cuba mencari gali ingatannya. Hania yang mula-mula datang Jepun dan mengamuk depan Sarah. Sarah yang dingin dan Ronin yang seolah-olah tidak tahu apa yang terjadi.

"Apa yang terjadi sebenarnya ni? Aku tak faham Hania" ujarnya jujur.

Sangat sukar untuk dia fikirkan dalam benaknya saat ini.

Hania tarik nafas dalam-dalam.

"Aku tak tahu kenapa Sarah benci aku, tapi lepas aku menang pertandingan tu dulu dia upah orang untuk culik aku dan rogol aku. Tapi nasib aku baik sebab seijun ada waktu tu. Dia hero aku. Tanpa dia mungkin aku bunuh diri sebab jijik dengan diri sendiri. Untuk kejadian 4 tahun ni sampai sekarang trauma tu tetap ada. Aku boleh maafkan Sarah kalau dia minta maaf. Tapi dia dah sakiti adik aku. Bob yang dah rogol Haura! Jadi macam mana aku boleh gembira dekat sini kalau aku tak boleh hancurkan Sarah! " tempik Hania.

"Sebab tu aku tanya kau, sudi tak kahwin dengan Haura? "

"Look Nia, bukan salah Haura kalau dia dirogol" jawab Tatsuo.

"Jadi kau sudi ke terima dia?" mereka berdua diam. Hania mengelap air matanya.

Tatsuo diam seketika. Badannya disandarkan di kerusi pemandu. Matanya terpejam seketika. Hania di sebelah hanya memerhati. Dia juga penat ketika ini.

"Aku sudi" jawabnya bila dia buka mata.

Kali ini tekadnya berubah, dia betul-betul boleh terima Haura dan akan bersama Hania dengan rancangan balas dendamnya.

"Aku juga sudi bantu kau hukum Sarah" kali ini dia serius.

Hania senyum dalam sebak. Akhirnya!

Akhirnya ada orang yang mengerti akan kesakitannya dan rela membantunya. Tiada siapa yang akan bantu dia kalau Tatsuo tiada.

Tidak sia-sia dia selalu bergaduh dengan Tatsuo. Akhirnya musuh manja yang inilah yang sudi membantunya.

"Thanks Tart nenas"

"Hey aku dah kata kan jangan panggil aku macam tu. Bencilahhh! " tempik Tatsuo hanya mengundang ketawa Hania.

"Sorry, sorry dahlah jom balik. Nanti Zuki kau tu tercari-cari aku" Tatsuo menjegilkan matanya.

Hania ketawa lagi sebelum Tatsuo akhirnya sama-sama ketawa dengannya.

"So apa plan pertama kau? " tanya Tatsuo. Dia terus memulakan pemanduannya.

"Tak tahu, nantilah aku cakap. Buat masa ni aku nak rehatkan mata aku. Nanti Tzusuki tanya kenapa mata merah aku nak jawab apa" ujar Hania.

"Ye tak ye jugak eh" Tatsuo senyum.

Fikirannya menerawang ke Malaysia. Haura gadis ayu yang sangat-sangat sopan. Namun tidak dia menyangka gadis itu ada kisah hitam yang sangat perit.

Bob! Dia harus ajar lelaki itu cukup cukup!

Dengan racun yang paling perlahan kesannya, namun akan membawa azab yang sangat hebat buat mangsanya.

Oh jangan risau, dia bukan pembunuh!

Hanya mahu menuntut bela atas kesakitan gadis muda itu. Haura yang kadang-kadang menjadi igauannya dan sampaikan tangannya yang sudah lama berhenti dari melukis juga sudah mula bertindak seperti dulu. Akhirnya wajah Haura yang dilukisnya di dalam bilik ketika dia bosan.

Walaupun Ronin selalu kata dia playboy, namun dia tahu akan dirinya. Hanya Haura yang berjaya membuatnya terpegun dan selalu mimpikan wajah manis itu dalam lenanya.

Berkali-kali dia menidakkan rasa yang satu ini. Namun makin dihalang makin kuat rasa ini meluap-luap. Bagai api yang membara ditiupkan lagi bersama angin. Terus menjulang marak ke arah langit yang tinggi.





#Siapa yang patut jadi hero buat Haura? Who.. Bolehlah vote. 😂..yang silent reader pun votelah skali 😚

#Ronin or #Tatsuo???

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now