Bab 8: Humble date

128 11 0
                                    

Hari ini hari terakhir Hania berkerja di syarikat ini. 2 tahun yang bermakna untuknya, 2 tahun yang penuh pengalaman. Dia bersyukur diberikan rezeki sebagai salah seorang yang penting di syarikat ini. Dalam masa 2 tahun dia telah capai banyak benda untuk syarikat ini. Sehingga digelar clients Attention.

Pelanggan selalunya mudah untuk berurusan dengan Hania. Watak Hania yang ramah selalu boleh bertoleransi mengikut kehendak pelanggan.

Tapi hari ni dia bakal meninggalkan ini semua. Sumpah dia sedih. Dah sejam berlalu lepas dia hantar notis berhenti 24 jam kepada Dato' Lee.

Pada mulanya Dato' Lee agak terkilan, namun siapa dia hendak menghalang hidup pekerjanya. Dia agak sukar untuk melepaskan Hania, Hania ibarat aset syarikatnya. Tapi dia akur dengan keputusan Hania.

Hania mengemaskan mejanya, dimasukkan barang-barang kerja ke dalam kotak.

"Weh, tak cakap pon dekat aku. Tiba-tiba berhenti kau ada masalah ke? " Khai tiba-tiba masuk sambil berpeluk tubuh.

Dia sebagai salah seorang rakan sekerja yang agak rapat sedikit terkilan. Tiada angin tiada ribut tup-tup nak berhenti.

"Haih, sorrylah Khai. Aku terpaksa, ikut suami kan" Senyum Hania.

"Yelah orang lain kahwin juga tapi tak payah lah berhenti. Kau tahu kan kau tu orang terkuat dalam syarikat" Khai menghulur tangan mahu membantu Hania menyimpan barang.

"Aku pergi Jepun, takkan nak LDR kot. Lagipun boleh cuba nasib cari kerja dekat sana. Cabar diri orang kata" ucap Hania riang. Cuba tidak mengeruhkan suasana.

"Hmm ada-adalah kau ni. Apa pon jangan lupakan aku dengan pekerja dekat sini eh. Balik Malaysia tu singgahlah sini jugak" Kotak diangkat ke atas meja. Mereka telah siap mengemas.

"Ye takkan lupa, tempat aku bangkit kot ni. HAHA" Hania ketawa hambar. Nak menangis sebenarnya tapi jatuh ego pulak.

"Oklah Khai, thank sebab selalu ambik berat pasal aku. Nanti kalau balik Malaysia nanti waktu raya aku pergilah beraya rumah kau. Hah jangan lupa bagi duit raya sekali" Khairul hanya menjeling.

"Apa kau ingat kau budak? " Hania ketawa lagi.

"Agaklah" Khai hanya senyum. Hari ini dia hilang seorang rakannya dan syarikat ini hilang orang kuat.

"Oklah Khai, need to do a lot of work"Hania mengangkat kotak.

Takde banyak barang pon sebenarnya.

"Bye Hania, ada jodoh jumpa lagi"

"Ye bye"

"Eh taknak ucap selamat tinggal dekat geng Alam bina kau ke? " jerit Khairul.

"Dah-dah cakap dah. Aku taknak jamuan. Benda sini habis sini je. Luar waktu kerja aku taknak diganggu" jawab Hania tegas. Dia berjalan pantas meninggalkan Khairul.

Khairul hanya mengeluh.

"Itulah Hania, tak pernah nak berkawan dengan orang baru. Kawan kerja pun atas dasar profesional. Harap kau berubah lah Nia. Cari kawan jangan terlalu takut untuk dijadikan sebagai kawan baik. Kau berhak ada kawan baik yang selalu ada untuk kau" Khairul tahu apa yang buatkan Hania takut untuk berkawan.

Khairul merupakan sahabat satu universiti Hania. Dia tahu apa yang jadi 4 tahun lepas hingga Hania tak na berkawan dengan orang baru. Dia tahu pon sebab Kasha, merangkap kekasihnya itu sahabat sejati Hania.

Sedih juga dengan Hania tiada kawan. Karina di England ada jugak suruh dia tengokkan Hania. Tapi dia bukan rapat sangat dengan Hania setakat rakan sekerja perhati dari jauh bolehlah.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now