Bab 53: Tenang

73 7 1
                                    

Sob sob.....

Teresak-esak tangisan yang dibuat-buat oleh Tatsuo.

Dia yang santai memakai pijama Hello Kitty milik Tzusuki yang dibelinya dulu ketika dia disuruh beli. Dia lap air mata tipu-tipu. Di sebelahnya ada Ronin yang memandangnya jengkel.

Dan di tepi kanannya ada Haura yang masih terbias risau namun melihat gelagat Tatsuo terus dirinya terasa mahu bantai gelak.

Mereka bertiga Masih utuh berdiri di hadapan katil yang menempatkan Hania dan Tzusuki yang diburu Lena panjang. Tangan mereka Masih utuh bertaut memberikan rasa sebal buat para-para single yang memerhati.

"Alhamdulillah arwah berdua baik hati. Tak sia-sia dia meninggalkan kita semua, aku pasti merindui mereka. Tengoklah dalam keadaan mati macam tu pun tangan Tzusuki kemas pegang tangan Hania." Esakkannya dikuatkan lagi.

Haura bantai gelak. Dia dah tak tahan tengok telatah Tart Nenas tu. Perangai jauh beza dengan abangnya yang dingin.

Pak!

Kepalanya dipukul dari belakang.

"Aduh sakitlah Ronin" dia hanya mengerutkan wajahnya Dan menggosok-gosok kepala yang dinodai abang sendiri itu.

"Padan muka, nasib doktor cakap diorang okay. Yang kau pakai macam ni dah kenapa? Buang tabiat?" Jengkel suara Ronin bersuara.

Tatsuo hanya sengih.

"Sajelah, nak ambik feel ni kan baju Hello Kitty yang aku belikan dekat Tzusuki haritu." Jawabnya sambil memintal-mintal kemeja hitam Ronin.

"Dahlah jom keluar, bagi diorang rehat. Nasib kak Nia dengan Abang Tzu tak apa-apa. Buat risau jelah Dua ekor ni" jeling Haura kepada Dua manusia yang masih tidur di atas katil.

Doktor cakap nasib Tzusuki bertindak pantas untuk selamatkan Hania kalau tidak belum tentu Haura akan setenang ini. Lepas satu perkara, perkara lain pula berlaku. Entah bila mereka nak dapat ketenangan yang sebenar?

Ronin angguk sahaja dengan cadangan Haura. Mereka pun dari hospital tadi terus bergegas pulang ke rumah. Sarah pun sudah sedar sepenuhnya cuma lukanya masih dalam dan perlu dirawat sebaiknya untuk elakkan jangkitan kuman yang serius.

Sedari dengan suasana yang agak bising, Hania tersedar dan buka matanya perlahan-lahan. Dia mahu bangun tapi badannya terasa lemah. Akhirnya dia dapat bangun dan bersandar di katil atas pertolongan seseorang.

"Haura" panggilnya.

Haura duduk di birai katil dan menyentuh pipi Hania. Dia gembira melihat kakaknya sedar.

Mahu saja dia menangis andai Ronin tak berikan dia jelingan yang tajam.

"Apa yang jadi?" Hania bersuara apabila melihat Tzusuki yang Lena di tepi. Tangannya yang berada dalam genggaman Tzusuki ditarik perlahan.

"Kak Nia lemas dalam tab mandi. Kenapa jadi macam ni? Akak stress sangat ke?" Tanya Haura.

Hania hanya geleng perlahan.

"Tak, akak tertidur tadi penat sangat. Lepastu akak mimpi, akak kenal siapa dia." Jawabnya menyebabkan Ronin, Tatsuo dan Haura terpinga-pinga.

Hania geleng kembali. Lagipun dia tak ingat wajah siapa yang pasti dia kenal sangat dengan orang yang merancang semua ini. Tak pasti jika mimpi ini mainan tidur atau pun itu adalah tanda yang dia perlu cari siapa dalang di sebalik semua ini.

"Habis kenapa Tzusuki ada sama?" Soalnya lagi. Masih bingung dengan situasi sekarang.

Dia memandang pula kepada Ronin dan Tatsuo. Namun, matanya lebih tertarik kepada Tatsuo. Dia menguntum senyum lemah.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now