3 minggu berlalu dengam tenang. Hania banyak meluangkan masa dengan keluarga. Lepas ini akan jarang bersama mereka. 3 minggu tanpa gangguan tart nenas dan Tzusuki. Hari terasa tenang dan juga kosong.
Firash?
Hmm entah apa khabar dia. Harap dia baik-baik sahaja. Semoga hatinya cepat sembuh. Haraplah.
Hania tahu hati seorang lelaki lagi lambat mahu pulih dari hati seorang perempuan. 10 tahun pon belum tentu boleh lupakan cinta diorang. Tapi Hania harap sangat Tak terlalu lama untuk Firash lupakan dia.
Dia tahu hidup Firash hanya ada Hania. Tapi keadaan sekarang bukan seperti dulu.
Dan harini merupakan hari perkahwinanya di Masjid berdekatan kawasan rumahnya. Dia rasa teruja, sedih, gembira, was-was pon ada. Semua bercampur baur.
"Akak, eh tak siap lagi nape? Majlis dah nak start sejam lagi kan. Ni make up tak siap apa lagi ni haih. Cepat tukar baju, jurumekap dah tercegat dekat luar tu" arah Hania tegas. Kakaknya ini bukan boleh kira.
"Akak sedihlah. Akak kena tinggalkan semua. Akak tak bersedia lagi" Hania menangis pilu. Terua batang tubuh Hania dipeluk.
"Kak Nia janganlah sedih macam ni. Nanti Haura.. Waa" sama-sama dia meraung dengan kakaknya itu.
Ayah dan ibu bergegas masuk ke dalam bilik.
"Ya Allah budak bertuah ni tak siap lagi? Ni kenapa nangis-nangis ni? " Tanya Puan Farihah.
"Akak tak nak tinggalka Malaysia" jerit Hania.
"Haura nak kakak selalu ada dekat dengan kita" Jerit Haura pulak.
Puan Haura dan Encik Hairul sama-sama sebak.
"Ayah ibuu.. Nak peluk"
Puan Farihah dan Encik Hairul meluru memeluk dua anak perempuan mereka. Puan Farihah juga sudah banjir dengan air mata. Encik Hairul sebak tapi cuba ditahan air matanya dari jatuh.
"Shuh! Dah nak jadi bini orang dah ni. Kenapa manja sangat eh?" Ejek Encik Hairul.
"Ee ayah ni" marah Hania.
"Dah-dah cepat siap. Lambat karang nak kahwin" Ibu mengelap air mata Hania dan Haura.
Hania juga turut mengelap air mata ibunya.
"Dah jom Haura kita keluar biar kak Hania bersiap dulu" Tangan Haura ditarik keluar dari bilik.
"Bye Kak Nia" Haura melambai ke arah Hania.
Hania cuma senyum. Jurumekap perempuan masuk ke biliknya. Baju Kurung Satin berwarna putih dipakai.
Wajahnya dimekap tipis tidaklah terlalu tebal kerana cuma acara akad nikah diadakan. Tiada kenduri atas permintaannya sendiri.
Tudung bawal putih bertatahka swarovski yang dibeli Tzusuki tampak indah sekali di kepalanya.
"Done" Hania senyum melihat wajahnya di cermin.
Pintu bilik dibuka.
"Ya Allah cantiknya Kak Nia" Haura datang mendekat ke arah Hania.
"MashaAllah cantiknya anak ibu ni" ibu juga mengikut jejak langkah Haura.
"Ish Malulah Nia macam ni. Jangan puji lelebih eh" Hania menutup mukanya separuh.
"Hmm yelah, dah siap kan jom? Harini biar ayah yang drive balik ke masjid. Ayah nak hantat anak Ayah kahwin" Encik Hairul datang ke bilik itu.
Dia juga terpegun dengan wajah Hania. Cantik nye dengan hidung mancung, mata besar, bulu mata yang sudah sedia lentik dan kening yang sedang-sedang. Dioles sedikit make up yang berbeza dengan mekap ringkas Hania ketika kerja memang wow!
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...