Bab 2: Hutang!

147 9 4
                                    

Hania memarkir keretanya di hadapan rumah.

Lepas tekan punat kunci pintu beg laptop disandang di bahu kiri. Rumahnya malap.

Pelik dah pukul 7 malam ni kenapa rumah dia sunyi semacam? Rumah pon gelap je ni?

Selalunya waktu-waktu macam ni Haura dengan ibu dah siapkan ruang tamu untuk solat jemaah.

Lepas kejadian dihalau kakak sendiri 3 tahun lalu mereka jadi lebih kuat, lebih dekat antara satu sama lain. Hania tak kisah kalau mereka tak semewah dulu sebab dia lagi bahagia dengan keadaan sekarang. Cukup makan, minum pakai pon dah syukur. Ramai lagi yang takde tempat tinggal dan tak cukup makan semua tu. Dan lagi penting mereka ada masa untuk beribadah bersama.

Dulu ayah akan sibuk dengan hal kerja, ibu mula sibuk dengan persatuan apa entah. Haura akan sibuk dengan tusyen yang tak berpenghujung. Dan Hania akan jadi lebih gila tentang kerja.

Tapi pelik harini semua nampak muram.

Hania berjalan mahu menuju ke rumah. Suis lampu luar dibuka.

"Arghh! " tempik Hania. Dia terkejut dengan tulisan merah yang menghiasi dinding rumah mereka.

Apa yang terjadi?

"Ibu! Ayah! Haura! " Hania bergegas masuk ke dalam rumah. Suis lampu ditekan.

Rumahnya yang gelap gelita tadi sudah terang. Apa yang dia tengok sekarang ni bukan benda yang dia suka.

"Ayah! Ibu! " Hania merapati kedua ayah ibunya yang terikat di kerusi.

Muka ayah bengkak. Kesan darah di mulutnya masih baru. Ibunya pula rambut kusut bagai ditarik.

Dan Haura terkoyak bajunya.

Hania menitiskan air matanya.

"Siapa yang buat semua niii! Apa yang dah jadiii! Ibu ayah, Haura!!" Tempik Hania sekuat hati. Dia terus membuang ikatan di tangan ayah dan ibunya. Terketar-ketar tangannya.

Dalam sebak ada marah. Siapa yang berani ganggu keluarga dia? Nak mati ke?

"Haura" Hania merapati adiknya. Terus dipeluk gadis berumur 17 tahun itu seerat mungkin.

Tersesak-esak Haura menangis.

"Kak Nia... Diorang nak bunuh kita"

"Sape diorang tu? " tanya Hania dengan mata yang berubah dingin.

Dia paling pantang kalau ada sesiapa yang sentuh keluarga dia.

Memang nahas!

"Ah long" jawab ibu perlahan.

"Ah long mana? Wait..." Hania cuba mencerna sebentar.

"Ayah ada pinjam duit ke? " ayah hanya menekur lantai.

"Ayah! Jawablah ayah ada pinjam duit ke? " suara marah ditahan dari keluar. Tidak mahu kurang ajar dengan ayahnya.

"Syarikat mana? " semua diam.

"Kak Nia tanya syarikat mana! " dia berdiri.

Kepalanya dipicit. Stress dengan kerja lagi. Ini pulak pasal hutang!

"Syarikat pinjaman Yukio" ujar ibu perlahan.

"Yukio? " macam pernah dengar nama tu.

"Kenapa syarikat Ah long jugak yang ayah pilih hah! " kemarahannya sudah tidak dapat dibendung.

"Sebab syarikat tu dikenali sebagai syarikat yang suka menolong dan tak mengamalkan riba" Haura menjawab.

Terus Hania mengerling ke arah adiknya.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now