Bab 4: Broken

134 11 0
                                    

Seminggu lepas kejadian dia mengamuk di syarikat Yukio, semingu jugak dia diam dengan ibu dan ayahnya.

Ting!

Ini kali ketiga dia dapat mesej dari nombor yang sama.

Kau ada seminggu lagi sebelum tuan datang rumah kau untuk masuk meminang~Unknown

Huh!

Hania mengeluh ketika mesyuarat. Matanya masih bengkak. Pipinya masih kebas bila ditampar ayahnya tadi. Dia tiada tenaga dan tak boleh fokus dalam mesyuarat kali ini. Dia tak boleh! Puas dipaksa.

2 jam kemudian mesyuarat bersurai. Dia lega untuk itu. Dia perlu mencari nafas, sungguh di lelah saat ini. Kepalanya berdenyut.

5 juta bukan sikit! Terlalu banyak, dia tak mampu untuk bayar semua tu. Dan dia taknak keluarganya dalam bahaya untuk Haziqah.

Betul-betul menyusahkanlah Haziqah ni!

"Kau kenapa Nia?" tanya Safar, kawan sekerjanya lepas mereka keluar dari bilik meeting.

"Hah kenapa? "

Berkerut sedikit dah Hania.

"Mata kau bengkak, pipi kiri merah. Kau kena tampar dengan siapa? "

"Mengarut lah kau, aku terkena hujung pinth kereta jelah. Lepastu nangis lah sebab sakit" Hania ketawa hambar.

"Hmm patutlah, pergi lah letak minyak angin sikit. Takut makin bengkak"

"Ye baik, ni dah siap belum proposal yang haritu? " tanya Hania mengalih topik.

Nasib si Safar ni mudah percaya. Lagipun takkanlah dia nak cakap kena tampar dengan ayah sebab kutuk anak sulung dia tu!

"Eh, dah siap, cuma nak double check taknak ada kesalahan lagi. Kau tahulah kan kadang mata aku ni kabur" sengih safar sambil garu kening.

"Hmm faham sangat, dah lah aku nak siapkan sikit lagi lukisan plan bandar Jitra" pamit Hania.

"Ok beres, pape roger na"

"Baik" Hania ketawa.

Hania segera masuk ke dalam pejabatnya.

Telefon diambil, nombor yang mesej dia tadi di dail.

"Hello, aku nak jumpa tuan kau petang ni" dan talian diputuskan.

Hania nak jumpa bos syarikat tu di tasik dia menangis tadi.

Tiba-tiba dia teringat pasal lelaki berbaju hitam tadi.

Oh! Sapu tangan dia!

Hania mengeluarkan sapu tangan yang lelaki tadi beri padanya.

Harum! Bau maskulin lelaki. Entah jenama apa dia guna. Dan nam pon dia tak tahu. Berterima kasih pon tak. Biadap betul!

Dan sesekali fikirannya terbayang wajah Firash.

Allahu dia lupa!

Seminggu dia bagaikan hilang dari hidup Firash tentu Firash risau.

Tapi mengingatkan hal perkahwinan yang langsung dia harap tak menjadi juga makin mengaburkan fikirannya.

Firash tunangnya!

Macam mana dia hendak putuskan hubungan cinta mereka yang berlangsung selama 7 tahun?

Tegakah dia?

Walaupun hatinya tidak terlalu diisi dengan nama Firash tapi dia sayang akan perhubungan ini.

Bukan sebentar angka 7 tahun tu. Lama!

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now