Hania sudah cantik berdress satin warna pink belacan dan kosong tidak bercorak digayakan pula dengan shawl bercorak bunga kecil. Cukup minimalis.
Tak perlu berlebihan pun, hanya orang kenamaan yang hadir ke majlis nenek Kirana dahulu yang kenalnya. Namun ini majlis makan malam khas untuk syarikat Yukio sahaja. Masih menjemput rakan-rakan khas dari syarikat yang lain. Kali ini mereka pergi satu kereta atas arahan Tzusuki.
Nak tolak pun tak boleh. Entahlah Hania tak mampu untuk memandang suaminya saat ini. Terasa janggal sekali. Dulu perkahwinannya bukan atas dasar cinta namun saat ini hatinya hanya menyebut nama Tzusuki Yukio.
Satu-satunya suaminya.
Satu-satunya yang merampas segala jiwa dan raganya.
Hania memakai kasut flat sahaja. Buat apa pakai kasut tinggi. Jatuh sia-sia je. Bukan dia boleh pegang pun lengan Tzusuki sebagai tempat sokongan. Dia bersandar di hadapan kereta. Menunggu yang lain.
Tatsuo keluar dari rumah, dia segak bertuxedo lengkap. Kali ini Hania mengakui yang Tatsuo memang segak. Dia senyum sambil memandang Tatsuo.
Kalini dia pakai tuxedo berwarna koko terang. Sangat pelik yelah jarang sangat pakai tuxedo lengkap berwarna koko. Ataupun pelik untuk Hania jelah. Namun langsung tidak mencacatkan wajah segaknya.
"Haih cepat betul kau siap" tegur Tatsuo.
"Segak giler kau malam ni" Hania senyum.
Dia senyum bangga. Muka yang buatkan Hania terasa menyesal puji dia.
"Segak-segak aku, segak lagi dua ekor tu. Suami kau lagilah. Umph! Gitu" syahdunya reaksi Tatsuo saat ini mengundang gelak dalam diri Hania.
Hania hanya angguk tanda setuju. Memanglah Tzusuki akan lagi segak. Suami dia kan?
Kali ini Ronin dan Sarah juga muncul. Masing-masing segak dan cantik berkot hitam dan berdress hitam dipenuhi kilauan putih.
Sarah mendekati Hania. Wajahnya dimaniskan.
"Cantik kaumalam ni Nia. Nampak simple"
Hania hanya senyum.
"Kau perli ke puji ni Sarah? " tanya Hania.
Wajah Sarah berubah. Nampak suram sedikit. Nampak lagi kasihan di mata Ronin.
"Aku puji lah" jawabnya baik.
"Oh thanks" ucapnya pantas dan pintu dibuka. Dia memilih tempat duduk belakang sekali.
Ronin tidak menunggu lama dia terus masuk ke dalam kereta Alphard hitam dan menghidupkan enjin.
"Nia kau duduk depan jelah tepi Tzusuki" ujar Sarah. Dia mahu beralah kali ini.
Hania tetap isteri Tzusuki.
"Tak perlu sarah. Jangan cuba nak buat baik depan aku Sarah" ujarnya tegas.
Sungguh jangan cuba buat dia rasa serba salah boleh tak!
"Then ok" Sarah diam. Dia duduk di belakng kerusi pemandu.
Tzusuki turun dan terus berjalan ke kereta. Dia yang kelihatam berkarisma bersut hitam dan rambut gaya pomade. Dia tanpa menunggu lama terus masuk ke dalam kereta sedari dari tadi lagi mereka semua sudah selamat berada dalam perut kereta.
"Nia kenapa tak tunggu aku tadi? " Tzusuki berpaling ke belakang.
Hania mahu saja menjawab namun takut ternaik suara. Dia tak mahu berdosa saat ini. Cukup sekadar bersabar dahulu.
"Saje" jawabnya perlahan. Dia hanya membelek telefon. Wajahnya bercahaya dengan sinar telefon.
Akhirnya satu kereta sunyi sepi. Bagaikan ada dua pihak yang saling tidak puas hati.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...