Hania menolak alat kawalan kerusi roda elektronik. Mahal tak mahal adalah dalam 10 ribu. Haih! Guna yang biasa pon ok dah macam atlet apa! Dia betul-betul berada di hadapan dengan bilik Tzusuki. Pintu ditolak perlahan.
"Wow! " hanya itu yang terluah dari bibirnya.
Bilik Tzusuki nampak eksklusif sangat, kerusi dan meja berwarna hitam dan berkilat. Dekorasi dalam bilik ini hitam dan putih. Lelaki kan? Jarang nak bilik warna pink.
Ada beberapa lukisan di situ. Terua sahaja Hania masuk dan meneliti lukisan tersebut. Ada tandatangan berhuruf T. Y.
Tzusuki Yukio?
Agaklah, lukisan berbentuk bangunan. Yelah dah arkitek kan bukannya artis nak lukis macam-macam. Hania senyum.
Cantik bangunan yang direka, tapi rasa kasihan pula kalau lukisan tu dijadikan pelan bangunan. Yelah, kesian dekat geng enggineer bangunan dan yang ada kaitan dengan pembuatan bangunan. Arkitek lukis2 siap! Yang kena bina sampai botak kepala nak fikir geng enggineer jugaklah.
Nasib Hania bukan geng arkitek, yelah nak lukis pun tak pandai. Setakat lukis pelan rumah tu bolehlah! Nak buat rekaan rumah semua tu bukan bidang dia.
Ada meja condong dan ada satu pelan di situ. Banyak sangat bahan melukis dalam ni, pembaris macam-macam jenis, pen berlainan mata.
Hania mendekati lukisan-lukisan Tzusuki dan ada satu lukisan yang membuat pandangannya pegun.
Ada lukisan seorang gadis, bertudung bawal warna salmon pink. Baju kurung cotton bunga kecil yang nampak bagai di tiup angin. Wajahnya hanya nampak dari tepi. Dan tangan kanan gadis itu diangkat tinggi mahu mencapai bungan Sakura yang luruh ke arahnya. Kakinya yang ditutup dengan sneaker warna pastel nampak sedikit terangkat. Senyumannya terserlah.
Ada satu coretan kecil di bawah tandatangan Tzusuki.
The one who make me smile unconsciously
Hania senyum.
"Seriuslah Tzusuki lukis aku? " Hania senyum sehingga ke telinga.
"Bila masa dia skodeng aku ni? Tak perasan pun? " Hania geleng kepala.
"Memang lah tak sebab masa tu kau ingat Firash je. Haih Nia... Nia"
"Cantik! " sekali lagi dia puji lukisan Tzusuki, fuh nampak ayu sangat Tzusuki lukis dia padahal realitinya bukanlah ayu tapi kayu. Haha!
Ini kejadian 4 tahun lepas, musim bunga sakura luruh, buatkan Hania terpegun dengan ciptaan Allah yang maha cantik. Lagipula masa tu hampir senja, tapi tiada orang di situ. Sebab itu dia menikmati pemandangan dengan bahagia sekali. Sehinggakan tak sedar Tzusuki juga turut hadir di situ.
Hania beralih arah pula, dia mendekati meja melukis plan yang agak besaf dari biasa. Berwarna hitam dan bau kayunya mencucuk hidung. Mungkin Tzusuki yang tempah sendiri.
Di situ terdapat satu kertas A1 yang lengkap dengan key plan, location plan dan yang paling besar ialah site plan. Sebuah kawasan di Kyoto. Namun kawasan ini jauh sedikit daripada bandar.
Hania macam gian nak lukis concept plan. Buat bubble je.
Kertas A1 baru diambil dan diletakkan ke atas meja tersebut. Pensil HB diambil dan dia mula mengambil pembaris panjang untuk lukis border di sekitar kertas. Jangan lupa bahagian legend sekali!
Sebab nak buat layout plan kang manalah dia tahu manual pembandaran Jepun. Masa belajar dulu pun guna negeri Selangor punya.
Sebab itu dia mampu buat concept plan je, boleh color dengan watercolour. Site yang berukuran lebih daripada 50 ekar.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...