Hania turun perlahan dari tangga untuk ke meja makan. Walau apapun dia perlu kuatkan diri. Jangan lrmah di hadapan musuh.
Macam biasa ada Tzusuki, Sarah, Tatsuo dan Ronin. Semua mata memandang ke arah Hania yang berjalan terjengket-jengket. Naik malu Hania jadinya.
Hania memandang Sarah, namun apa dia boleh buat selain pendam? Hania tak duduk di meja makan dia mengambil makanan dan segera berlalu ke ruang tamu.
"Woi, Nia kenapa tak makan dekat sini? " tanya Tatsuo.
"Aku takut tuan kau jijik nak makan dengan perempuan sundal. So korang makan jelah. Ada aku ke takde ke sama je" Hania terus ke ruang tamu.
"Laa dah kenapa tu? Tzusuki-sama? " tanya Tatsuo. Kadang dia kasihan juga dengan Hania.
"Biarlah dia, suka hati lah nak buat apa pun. Macamlah aku kisah" jawab Tzusuki penuh ego.
"Aku tak paham lah kau ni kan. Haish ingat jangan aniaya si Hania tu. Dia sorang je ada dekat Jepun ni. Kawan takde kerja takde jangan sampai dia lari dari rumah ajelah" Tatsuo bangkit bersama mangkuk makanannya dan menghampiri Hania.
Kata-kata Tatsuo ada benarnya. Namun Tzusuki tak kisah. Dia sudah menjadi dingin seperti asal.
Tatsuo duduk di tepi Hania yang sedang ralit memandang tv. Hania mengerling Tatsuo.
"Kau dah kenapa? " tanya Hania.
"Nak jadi kawan kaulah. Lagipun manalah tahu bakal jadi adik ipar kau. Si Haura comel gila" Hania senyum.
"Kau suka adik aku eh? " duga Hania.
Tatsuo terus mengangguk.
Hania ketawa lepas hingga orang berada di meja makan pon boleh dengar.
"Tapi sekarang ni dia budak bawah umur. Kau tu pun sama tua je dengan Tzusuki" Hania sambung ketawa bila melihat wajah cemberut Tatsuo.
"Hey I'm 23 ok! Muda lagi" Hania meletakkan mangkuk di ataa meja.
"Eh siyeslah muda daripada aku"
"Eh of course lah" Tatsuo mendebik dada.
"Patutlah kau nampak macam kanak-kanak ribena"
Tatsuo mengecilkan mata dia yang sepet itu.
"Haniaa!! " tempik Tatsuo.
Hania cuma ketawa. Dengan Tatsuo je dia boleh suka macam ni. Kemudian Tzusuki, Sarah dan Ronin menghampiri ruang tamu. Mereka mahu berangkat ke tempat kerja. Sarah dan Ronin sudah keluar dari pintu utama.
"Tatsuo, tak nak pergi kerja ke? " tanya Tzusuki garang.
"Tak nak! Aku nak teman Hania dekat sini" jawab Tatsuo pantas.
"No! Tak boleh! Jom ikut aku pergi site" arah Tzusuki tegas.
"Eh sejak bila aku kena turun site jugak ni? " tanya Tatsuo aneh.
"Now! Tatsuo" jerit Tzusuki garang.
"Hmm oklah kak ipar aku pergi dulu, jangan lupa simpan mangkuk aku tu. Bye Nia" pamit Tatsuo.
"Erm Tatsuo, tolong beli macaron boleh? Aku teringin lah nak makan" Hania buat muka cute.
Tatsuo yang berdiri sebelah Tzusuki hanya angguk.
"Ok" Hania senyum dan melambai ke arah Tatsuo.
Tatsuo dan Tzusuki sudah keluar dari pintu utama. Hania berura-ura mahu menyimpan mangkuk makanan dia dan Tatsuo sehingga satu tangan melingkari pinggangnya. Hania tergemap.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...