Pukul 9 pagi lagi Hania siap menunggu Seijun mahu pulang ke rumah. Dia rasa tidak berdaya dan tak berguna je sekarang ni. Nak jalan kaki tak boleh. Kena minum susu macam baby apa lagi eh? Hah nak makan pon kena berpantang. Lagi tak best macam mana dia nak mengelak dari Tzusuki kalau nanti mereka balik rumah di Tokyo tu sah-sahlah Tzusuki yang akan jaga dia.
"Eh masalah betullah" keluh Hania. Dia meramas tangannya kasar.
Haih! Seijun mana? Dia tak sabar nak balik dah ni. Paling kurang boleh main game dekat lappy kesayangan ke. Cari kerja online ke?
Pintu dibuka dari luar Hania sudah berdiri perlahan namun dia terlupa kakinya yang sebelah kanan masih lemah. Dia hampir terjatuh namun sempat disambut Tzusuki.
"Nia, hati-hatilah. Kaki kau masih lemah" ujar Tzusuki dia mencempung Hania. Hania kaget!
"Eh taknak dukung lah! Lepas! Kerusi roda ada kan" marah Hania. Dia menampar kasar dada Tzusuki.
Tzusuki seolah tak terkesan. Jauh dalam sudut hati Hania dia rasa bersalah dengan suaminya itu. Perbuatan semalam masih lagi bermain di kepalanya.
Tzusuki yang prihatin mahu menyuapnya makan tapi dia sanggup lemparkan mangkuk berisi bubur di lantai. Tengok muka Tzusuki pon sayu semalam. Jahat betul Hania ni kan?
Namun apa pilihan yang dia ada? Dia nak mengelak dari Tzusuki. Susah sangat ke?
"Tzusuki tak naklah! Mana seijun? Di yang nak hantar saya balik rumah kan" tanya Hania. Tzusuki sudah mencempungnya keluar dari bilik.
"Tatsuo uruskan bil" arahnya kepada Tatsuo yang setia di luar pintu wad.
"Hait" Tatsuo angguk dan berlalu pergi.
"Seijun ada hal. Ingat dia takde kerja ke nak layan kau? Aku ni suami kau jadi aku lagi layak jaga kau" jawab Tzusuki malas.
Hania diam sehingga badannya diletak perlahan di kerusi bahagian penumpang belakang kereta.
"Awak dok dekat depan lah" arah Hania. Dia tak suka berdekatan dengan Tzusuki. Takut dia lemah di hadapan lelaki itu.
"Tak nak" jawabnya pantas dan dia duduk rapat di tepi Hania. Hania mendengus.
Tangan Tzusuki lembur bermain di pipinya memyebabkan Hania berpaling ke arah Tzusuki. Ibu jari Tzusuki diusap lembut ke pipi Hania.
Hania rasa mahu menangis sekarang ni. Tak tahu kenapa? Tapi dia rasa hatinya bengkak mahu meluah sakit di kaki dan hatinya.
Matanya menahan tangis.
"Just cry sayang, i'll be here for you" gemersik suara Tzusuki bagaikan menghapus sempadan air mata Hania yang akhirnya jatuh menodai pipinya sendiri.
Sedetik, dua detik.
Dan dia menangis tersesak-esak. Tzusuki menyalurkan kekuatan dengan memeluk Hania erat. Belakang perempuan itu digosok perlahan.
"Mana awak! Saya cari awak! Snow dah mati... Sa-saya sayang snow" Hania menjerit halus.
"Awak tinggal saya sorang-sorang dekat situ. Saya perlukan awak! Saya takut dengan ular tu" Hania menarik nafas seketika. Tzusuki hanya diam biarlah Hania meluahkan perasaannya.
Walhal dalam hatinga juga mahu menangis dengan Hania. Salah dia sebab semua ni terjadi!
"Mana awak saat saya rasa mungkin ajal saya haritu. Awak jahat! I hate you! I hate Sarah! Saya benci dengan apa yang terjadi. Kalau boleh diundurkan masa. 4 tahun yang lalu saya takkan datang Tokyo dan menang pertandingan tu. Biar kalah asalkan hidup tenang! 4 tahun lalu saya dihantui dengan trauma sehinggakan saya takut nak berdepan dengan lelaki! " tempik Hania dia lolos dari pelukan Tzusuki.
Tzusuki makin tidak mengerti dengan luahan Hania.
"Apa yang aku tak tahu ni Nia? " tanya Tzusuki. Dia memegang kedua belah bahu Hania lembut.
"Saya dah cakap dari dulu kan! Sarah upah Yakuza nak rogol saya! Tapi awak tak pernah nak percaya" tempik Hania.
"Nia bukan aku tak nak percaya tapi Sarah dah cakap bukan salah dia. Ada orang lain yang sabotaj dia" jawab Tzusuki tenang.
Jujur dia sudah tanya Sarah tentang kejadian lalu. Namun gadis itu tegas menyatakan itu bukan rancangannya. Rancangannya mahu menakutkan Hania namun tidak pula dia mengarahkan Yakuza untuk merogol gadis itu.
"Ergh! Look! You tak pernah nak percaya I! " dia memukul kasar dada Tzusuki.
Tzusuki hanya mampu berdiam diri. Biarlah Hania tenang kalau dengan menyakitinya boleh buatkan perempuan itu lega.
Hania berhenti memukul apabila dia tersedar akan Tzusuki yang menahan sakit. Tumbukannya masih berbisa sebagai seorang perempuan yang handal berlawan.
Tzusuki senyum dia tahu Hania berhenti memukul sebab risaukan dia yang sakit. Hania kasar namun tetap terbias perasaan sayang dalam diri perempuan itu untuknya. Dia nampak melalui lirikan mata Hania.
Dia menyapu perlahan air mata di pipi Hania. Hania hanya terkebil-kebil melihat Tzusuki yang nampak tenang. Sungguh lelaki itu tidak memarahinya. Lelaki di hadapannya ini sangat tenang. Dia rela dirinya dipukul semata-mata mahukan Hania lega.
"Please jangan kelip-kelip mata macam tu sayang. Comel giler rasa nak ngap" Hania membulatkan matanya dan terus menampar lembut lengan Tzusuki.
"Pervert " tukas Hania kasar. Tzusuki hanya ketawa halus.
"Eh dah lah tu ketawanya! Manalah si Tatsuo ni! Orang nak balik dah ni" Hania mengalih topik. Matanya masih pedih.
Tzusuki perasan hal itu. Inilah perempuan menangis je kerja. Lepas nangis baru rasa pedih mata tu!
"Mata kau pedih Nia? " Hania hanya agguk perlahan.
"Meh sini aku bagi penawar" Hania hanya blur.
Penawar apa?
Sehinggalah matanya terpejam apabila wajah Tzusuki mendekat ke wajahnya. Dapat dia rasa hangatnya bibir Tzusuki mencium lembut kedua belah matanya. Lama.
Hania membuka kelopak matanya apabila wajah Tzusuki makin menjauh. Mereka sama-sama diam sehingga Tzusuki mendekatkan wajahnya kembali ke arah Hania. Kali ini bukan mata menjadi sasarannya namun bibir isterinya itu.
Namun tindakan mereka terhenti apabila Tatsuo masuk ke bahagian pemandu. Hania menjauhkan badannya dari Tzusuki. Kedua mereka rasa janggal. Sampaikan Tatsuo pon rasa janggal.
"Erm aku ganggu ke ni? " tanya Tatsuo. Dia melihat telinga Tzusuki yang merah.
Dan dia cuma ketawa bebas.
"Geraklah Tatsuo" arah Tzusuki tegas.
Namun itu hanya mengundang ketawa Tatsuo. Dia tahu mesti dia dah potong stim kan tadi.
Hania cuma membatu dan menjenguk ke arah tingkap. Malulah jugak!
Namun dia tetap akan telefon keluarganya selepas sampai di rumah. Dia mahu tahu hal sebenar tentang adiknya. Dia perlukan penjelasan.
"Tzusuki, jangan cakap dekat family saya hal ni" Tzusuki angguk. Dia tahu yang Hania risaukan keluarganya. Takut mereka tak senang duduk bila tahu Hania tercedera.
Hania mahu bertanya kepada Tatsuo satu perkara namun sebab Tzusuki dia terpaksa berdiam diri.
Akhirnya Hania terlelap selepas menangis. Tzusuki menarik kepala Hania di atas bahunya.
My dear wifey I want to know your deepest feeling. But, I know you won't tell me. Let's wait for yourself to reveal it for me.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...