Bab 17

111 10 1
                                    

Hania menunggu kepulangan Tatsuo dia nak makan macaron warna warni tu. Uyeah! Rasa macam cocopie ke eh? Ni mengidam sebab tengok orang makan dekat IG lah ni kan. Bahaya betul pengaruh media sosial ni, nasib si Hania ni tak main twitter. Haih.

Jam sudah menginjak ke pukul 5.30 petang, lepas solat Asar Hania terus ke ruang ramu utama di bawah. Sambil menunggu sambil dia membuka laptop kesayangannya yang berjenama Acer Nitro 5. Laptop gaming, beli bukan sebab nak main game tapi sebab nak storage besar je. Walaweh!

Dan kali ini dia akan cuba main games dulu. Hania cari games yang free dulu. Tapi dia ni bodoh IT jugak. Jahil tak tahu macam mana nak install. Install game dekat phone boleh lah! Hmm mintak tolong Tatsuo jelah.

Keyboard yang berwarna-warni itu dipandang.

"Aku nak buat apa eh? " tanya Hania.

"Ouh bukak youtube tengok orang main games jelah"

Hania melihat akaun Youtube Pok Ro Channel. Huih! Orang Terengganu boh! Kadang dia ketawa lucu melihat telatah Pok Ro kemudian dia terjebak dengan seorang gamers lagi dari Indonesia yang bernama MiawAug. Entah pelik namanya tapi dia layan eh malah faham bahasa Indonesia lagi guys. Takyah subtitle dah.

Residents Evil 2 remake, Hania seorang yang penakut. Bukan setakat MiawAug yang takut ketika bermain game itu Hania yang tengok pon seram.

"Wuish handsome giler hero dia weh! " Hania suka melihat hero game itu yang bernama Leon Kennedy dan heroin pula bernama Claire, tapi Hania tak suka heroin dia.

"Eleh baiklah si Leon tu bercinta dengan Ada Wong. Ada waktu susah senang. Ni jumpa si Claire tu sekejap-sekejap je tapi boleh pulak berbual panjang time zombie banyak" Hania membebel. Dah macam tengok drama.

"Argh! " Hania terkejut dengan jumpscare di game itu. Banyak gila jumpscare. Sapa main game ni memang hati kental lah.

Hania main game granny waktu dalam pejabat dulu pon orang dah serbu bilik dia sebab menjerit macam orang kena histeria.

Bunyi kuakan pintu menyebabkan Hania terkejut.

"Huh si Tart nenas rupanya" Hania pantas menutup youtube dan laptopnya ditekan sleep.

"Kenapa kau? Macam nampak hantu je? " tanya Tatsuo dia. Namun Hania memandang Tatsuo mencari sesuatu.

"Mana macaron? " tanya Hania. Si Tatsuo sengih je sambil duduk di sofa di sebelah Hania.

"Si Tzusuki yang beli. Aku awal-awal pagi lagi kena halau dari kereta dia" Tatsuo mulakan cerita sedih.

"Kenapa? " tanya Hania.

"Sebab aku cakap aku tahu apa korang buat dekat sini pagi tadi" Tatsuo terua ketawa.

Membulat mata Hania. Terkejut satu malu satu.

"Argh! " Hania menutup mukanya. Malu beb!

"Memang patut pon kena buang" Hania mengambil kusyen dan terus memukul si Tatsuo.

Tatsuo mengelak, Hania pula mengejarnya.

"Kau sini tart nenas, malu gila aku" Hania mengejar Tatsuo.

"Ok-ok Sorry, janji tak intai dah" Si Tatsuo berlutut di hadapn Hania kedua tangannya diangkat tinggi.

Hania mengecilkan bebola matanya. Boleh percaya ke?

"Hmm sebagai denda boleh tak kau main game Resident Evil 2 remake? " nak juga Hania tengok live orang main game Zombie

Tatsuo memandang Hania pelik dan berdiri tegak.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now