Hania masih terkaku di atas lantai. Fikirannya kosong saat ini. Sudah tidak tahu dan tidak mengerti apa yang berlaku. Yang pasti ini bukan rancangan Sarah ataupun nenek Kirana.
Takkan gadis itu mahu melukai dirinya sendiri? Tusukan di pahanya dalam, silap hari bulan tak boleh berjalan Selama 3 bulan. Takkan dia sebodoh itu mahu sakiti diri sendiri. Jadi Hania mengerti bukan Sarah yang menjadi dalang dalam semua ini.
Pasti orang lain! Yang kenal dengan semuanya, lebih-lebih lagi tentang dirinya. Tapi siapa? Siapa yang menjadi duri dalam daging?
Macam mana dia mahu mencari?
"Kau kenal aku, itu petunjuknya Hania! Tapi belum tiba masanya kau tahu siapa aku."
Bunyi suara yang datang dari aras atas, bersama speaker yang tersemat kemas di siling.
Suaranya sengaja dikecilkan supaya Hania tidak mengenali siapa pemilik suara itu.
"Kau siapa? Apa yang kau nak Dari aku?" Tempik Hania sekuat hati.
"Kau rampas segalanya yang aku ada, suatu masa aku akan ambil kembali. Itu janji aku" Dan suara itu hilang bagai angin.
Tiada lagi suara, hanya kesunyian yang tinggal.
Hania bingkas bangun Dan terus keluar dari stor, dia mahu pulang ke rumah segera. Mahu selesaikan segala Salah faham yang berlaku.
Juga mahu tahu akan keadaan Sarah, ada perhitungan yang belum tamat antara dia dan Sarah.
Kali ini dia akan dengar semua penjelasan daripada Sarah Dan baru dia dapat menebak siapa dalangnya.
Keluar sahaja dari stor, ada Ronin yang setia menunggu di luar kereta.
Hania bersyukur, ingatkan kena balik jalan kaki seorang diri tadi sebab dia berada di kawasan hutan, kalau terbunuh pun orang takkan cari dah.
"Tzusuki-sama yang suruh aku tunggu. Bahaya tinggalkan kau seorang diri." Ujarnya Tanpa riak.
Hania segera mendekat ke arah kereta Dan terus masuk ke dalam perut kereta. Begitu juga dengan Ronin, buat perkara yang sama. Enjin dihidupkan, namun kereta Masih belum Bergerak.
"Kau percaya kalau aku cakap bukan Aku?" Hania bertanya kepada Ronin.
Ronin hanya Diam membisu.
"Kalau aku percaya pun, kau dah buat Tzusuki hilang kepercayaan kepada kau."
Kata-kata Ronin ibarat pisau yang menikam hebat dadanya.
Hilang kepercayaan Tzusuki?
Hilang kepercayaan dari suami sendiri?
"Dia sayang kau Hania, tapi perbuatan yang Salah tetap akan dihukum. Kau sepatutnya dengar penjelasan Sarah Selama ni. Bukan buat pekak atas sebab benci" bagaikan belati menusuk tajam jiwanya.
"Kalau kau nak cerita tentang perbuatan Sarah, Tzusuki sentiasa mendengar. Dia tolak cerita kau sebab dia tahu perkara sebenar. Kalau kau ingat dia bodoh sebab tak tahu masalah isteri sendiri, kau Salah Hania. Tzusuki lebih bijak dari kita semua. Mungkin dia juga tak tahu dalang di sebalik semua ini." Terang Ronin panjang lebar.
Hania hanya mampu mengalirkan air mata dalam kebisuan. Kalau Tzusuki tahu kenapa dia tak pernah bagitahu Hania?
Satu sebab Je Hania, sebab dendam kau butakan hati untuk mencari kebenaran.
Dan sekarang semuanya ibarat hukuman berat untuk Hania. Dendam hanya akan memakan diri.
Sekarang dia kehilangan orang yang paling dia cintai dalam hidup dia.
Ronin memulakan pemanduan setelah Hania membisu lama. Dia tak mahu ikut campur dalam emosi perempuan itu.
Lebih baik kalau mereka cepat pulang sebelum gelap. Dia pun buntu dengan apa yang berlaku, seolah-olah hilang semua petunjuk.
Sampai sahaja ke rumah, Hania menuju ke bilik Haura Dan terus memeluk Haura.
Dia melepaskan tangisan yang berat.
"Maafkan kak Nia, sebab buta Selama ni. Haura, kak Nia janji akan cari dalang di sebalik semua ni." Haura tak banyak soal dia terus membalas pelukan Dari kakaknya.
Menggosok perlahan-lahan belakang gadis itu, dia tahu cerita daripada Tatsuo. Namun, dia yakin bukan kakaknya yang tega menyakiti Sarah. Dia percayakan kakak kandungnya itu.
Tatsuo juga sependapat dengannya, tak mungkin Hania merancang semua ini sendiri. Selalunya mesti Tatsuo ikut serta, tapi Kes ni dia pun tak tahu apa-apa.
Hania melepaskan pelukan dia usap lembut kepala adiknya.
Dan ucapan terakhir di dalam stor itu terngiang-ngiang di fikirannya.
"Tinggalkan semua, kalau kau sayangkan semua yang berada di sekeliling kau. Kalau adik kau pun aku boleh ranapkan maruah diri dia, inikan pula kau yang tiada apa-apa. Dengar cakap aku, tinggalkan semua dan mereka akan bahagia. Kau juga akan dapat jumpa aku. Win-win situasi Hania. HAHAHA!"
"Tinggalkan Tzusuki, atau keluarga kau di Malaysia aku bunuh!!!" Tempikkannya membuatkan bulu Roma Hania meremang.
"Kak Nia, kenapa ni?" Tanya Haura, pelik Hania mengelamun ketika mengusap kepalanya.
Hania tersentak dan sedar ke alam realiti. Dia cuma senyum Manis.
"Hari ni akak tidur sini jelah ye, penat nak ambil tahu Hal orang."
Haura cuma angguk. Dia tak bertanya lebih.
"Haura keluar dulu ye, nak makan buah dekat bawah. Tatsuo ada beli tadi, akak nak jugak ke?" Hania hanya geleng sipi.
Haura terus keluar dari bilik Dan menuju ke ruang tamu bawah.
Dia menghampiri Tatsuo dan Tzusuki....
Wajah Tzusuki tampak kosong, tiada perasaan terbias di wajahnya. Hanya mampu memandang kosong.
"Hania macam mana?" Tanya Tatsuo kepada Haura sementelah gadis itu duduk di sofa bertentangan dengannya.
"Erm, macam tu lah. Sarah macam mana?" Tanya Haura kepada Tzusuki.
Tzusuki bagaikan tersentak Dari lamunan.
"Dr cakap Luka agak dalam, takut terkena jangkitan kuman sebab tusukan besi buruk tu." Jelas Tzusuki.
Haura Dan Tatsuo angguk dan tumpang simpati. Kesian Sarah!
"Hania...." Tzusuki tak mampu memyambung kata-katanya dan terus berdiri meninggalkan mereka.
Dia mahu berehat untuk harini, penat.
Penat dengan semua benda yang terjadi.
Aku harap sangat Hania, bukan kau yang lakukan semua ni. Aku tak sanggup nak hukum jiwa aku sendiri.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...