Hari berikutnya, macam biasa semua sibuk untuk bersiap ke pejabat. Cuma tinggal Haura sahaja yang tinggal di rumah namun terasa berat sekali bagi Hania untuk meninggalkan Haura keseorangan di rumah jadi idea bernasnya menyuruh Ronin supaya bekerja separuh hari sahaja mulai hari ini hinggalah Haura pulang ke Malaysia.
Nasib Tzusuki membenarkan kalau tidak memang dia suruh orang lain jadi bodyguard untuk adiknya yang seorang itu. Selepas tahu tentang peristiwa gelap tu dia makin melindungi Haura.
Yang paling tak disangkanya Tatsuo pun bersetuju dengan cadangan dia, kata Tatsuo dia tak pernah nampak abangnya menjaga seorang gadis dengan penuh perhatian. Dulu waktu abangnya suka dekat Sarah pun dia tidak manjakan Sarah, namun dengan Haura apa sahaja kehendak Haura pasti sahaja Ronin akan tunaikan.
Dan Tatsuo juga reda kalau dia kena berhenti daripada menyukai Haura, kerana kasihnya kepada abangnya itu dia sanggup untuk korbankan perasaan yang tak begitu mendalam. Dia juga tahu Haura sudah jatuh cinta dengan abangnya, Kalau tak masakan gadis itu malu-malu bila berhadapan Ronin Dan bila berhadapan dengannya Haura hanya beri reaksi biasa. Maka sudah terang lagi bersuluh tentang perasaan Haura.
Hania rasa bersyukur dikelilingi oleh orang yang baik dan mudah memahami situasi seperti sekarang. Cuma seorang sahaja yang sampai sekarang mampu membuatkan dia bukan dirinya. Hanya perempuan itu, Sarah namanya.
"Lah, termenung apa lagi? Cepatlah minah hoi! Tzusuki daripada tadi lagi tunggu dalam kereta" Jerit Tatsuo Dari jauh.
Hania terus memandang ke arah kereta Dan pantas berlari masuk ke tempat duduk penumpang di belakang, sama seperti Tzusuki. Tanpa membuang masa Tatsuo terus pecut kereta, maklumlah tak boleh lambat sampai ke pejabat nanti kan buat Malu darah Jepun yang mengalir dalam badannya. Tzusuki tak banyak bunyi, reda je kalau lambat seminit sebab dia tahu semuanya gara-gara si isterinya juga.
Kalau dimarah bakal dibalas balik bertubi-tubi oleh Hania. Haih apalah nasib, kalau gaduh dengan perempuan auto kena mengalah. Dia malas nak gaduh sebab tu lelaki cuba tak ambik endah dengan kemarahan seorang perempuan sebab dia tahu sia-sia je nak gaduh dengan perempuan tak kiralah perempuan asal dari ceruk mana sekalipun, tetap lelaki yang kena mengalah.
Haih boleh tak sekali perempuan mengalah? Boleh je kan? Turunkan ego sikit je. Tak Salah pun perempuan mengalah. Haha.
Sampai je ke pejabat terus Hania dan Tzusuki turun Dari kereta Tanpa perlu dibuka pintu. Yelah ingat Tatsuo nak layan ke buka pintu orang ni? Jadi pemandu dahlah. Dia bukan setakat pemandu, banyak kepentingan dia untuk syarikat ni.
Mereka sama-sama menaiki lif dan Selamat masuk ke pejabat masing-masing. Macam biasa Tatsuo kalau masuk pejabat, dia main game dulu sebab dia punya kerja banyak waktu akhir-akhir je. Namun ketiadaan Ronin harini dia pula kena turun site untuk lawatan jadi lepas main game seround dua dia pergilah. Itu katanya kepada Tzusuki.
Tzusuki setuju saja, tak pula marah kalau si Tatsuo nak main game dulu. Biarlah asal kerja tip top jadi belakang kiralah Hal main game tu.
Hania pula macam biasa lah duduk dalam pejabat Tzusuki. Haih rumah pun hadap suami, duduk pejabat pun hadap suami. Nasib Tzusuki handsome je kalau tak naik biru muka dia nak kena tengok muka suami 24 jam per tujuh hari macam 7E.
"Boss, hari ni kena buat apa je?" Tanya Hania. Dia bersandar di kerusi empuk miliknya.
Tzusuki hanya senyum dan terus tengok jadualnya untuk hari ini.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...