Bab 59: Derita

51 6 2
                                    

Sudah Dua minggu berlalu setelah mereka tiba di Malaysia. Tzusuki Dan Tatsuo merenung sawah padi yang terbentang luas.

Mereka sudah mengetahui cerita pasal keluarga Hania.

"Tak sangkakan kakak sulung dia sanggup buat macam tu dekat family sendiri?" Ujar Tatsuo bersama gelengan kesal.

"Dan tak sangka juga, ibu Dan ayah Maafkan dia macam tu je." Tambah Tzusuki.

Di sini dia dapat rasa Hania lah yang paling menderita. Makin dia rasa serba Salah kerana mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Dia sanggup memaksa Hania untuk mengahwininya sedangkan Hania sudah bertunang waktu itu. Hania pula rela demi melangsaikan hutang keluarga. Makin rasa kasih kepada isterinya.

Air mata yang mengalir di pipi diseka pantas.

Tatsuo menepuk perlahan belakang Tzusuki.

"Apa yang boleh kita buat sekarang ni. Doa, usaha Dan tawakkal je." Ujar Tatsuo.

"Ronin dah ada berita?" Tanya Tzusuki.

Tatsuo geleng kepala.

"Belum lagi, Masih belum ada progress." Jawapan hambar itu hanya membuatkan dirinya makin resah.

"Tzu, kita ke masjid dulu nak? Carilah Allah saat kita rasa seluruh dunia tak bercahaya." Tzusuki hanya mengangguk dengan Tatsuo.

Tatsuo bagaikan sudah matang di sini. Dialah yang menjadi penguat Tzusuki sekarang.

Usai solat asar, Tzusuki duduk bersila menghadap kiblat. Tangannya diangkat tinggi.

"Ya Allah selamatkan isteriku walau di mana dia berada. Ampunkan dosa aku Dan dia. Satukan kami kembali ya Allah. Rasa rindu ini begitu mencengkam di jiwa. Berilah petunjuk kepadaku ya Allah. Hadirkan petunjuk untukku menjejakinya ya Allah." Syahdunya Tzusuki saat ini.

Matanya sudah menitiskan air mata hiba.

"Nak, yakinlah pada ketentuan Allah." Belakang badannya ditepuk halus. Tzusuki segera berpaling ke arah lelaki yang sudah berumur Dan tersenyum ke arahnya.

Tzusuki turut membalas senyum. Jiwanya tenang saat ini. Di dalam masjid ini hanya ada dia Dan pakcik itu.

"Nak, kamu kena yakin dengan Allah. Doa perlulah diiringi dengan rasa yakin yang Allah akan memakbulkannya. Setiap doa yang kita minta akan dimakbulkan Allah apabila masa yang tepat sudah tiba. Mata hati kamu perlulah celik untuk melihat kebenaran daripada Allah." Panjang lebar lelaki itu memberi nasihat.

"Terima kasih pakcik, saya cuma nak dipertemukan semula dengan isteri saya. Itu je yang saya pohon daripada Allah. Semoga dia dijauhkan dari bala bencana." Tzusuki meluahkan rasa.

"InsyaAllah, yakinlah dengan Allah dengan usaha dan tawakkal yang jitu. Allah tidak tidur. Dia maha mendengar, yakinlah pada-Nya walaupun waktu itu Dunia ini tiada cahaya lagi." Tzusuki mengangguk bersetuju.

"Baiklah nak, pakcik beransur dulu. Masih ada banyak Hal yang perlu diselesaikan. Nanti rasa nak meluah lagi carilah pakcik dekat masjid ni." Dia terus bangun Dan beredar.

Tzusuki memandang dengan ekor mata. Dia bangun untuk keluar daripada masjid. Baru sahaja langkah kanan mahu keluar dari masjid.

"Abang! Tolong Nia" sayup-sayup suara Hania terdengar di telinganya.

Dia menoleh kebelakang namun tiada siapa.

'ya Allah, apakah petanda ni?' ujarnga di dalam hati.

"Tzu, jomlah lama benar dekat masjid tu." Suara Tatsuo menghentikan lamunan Tzusuki.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now