Hania bangun dari tidur waktu subuh sudah menjelang. Tzusuki di tepi dikerling.
"Awak! Bangunlah solat subuh" Hania kejut perlahan Tzusuki.
Tzusuki bangun dan menggeliat besar. Membetulkan urat-urat.
"Saya nak solat dulu" Hania turun daripada katil.
"Nia kita solat sekali lah"
"No, tak payah. Kaki you tu sakit lagi. Solat je atas kerusi. Tunggu sembuh dulu lah" jawab Hania dingin.
Tzusuki mengeluh perlahan. Semalam bukan main baik je Hania. Pagi ni dingin balik. Nak je dia nyanyi lagu entah apa yang merasuki mu.. Wuhu!
Mereka solat subuh asing-asing dan mahu ke meja makan di bawah. Lapar weh! Hania lapar gila dah ni. Dari semalam tak makan.
Tzusuki berjalan terjengket-jengket. Tak kuat tapi tetap Hania rasa bersalah. Dia terus menyusup masuk di bawah lengan Tzusuki dan memapah lelaki itu.
"Nia, I can handle this" Tzusuki menolak lembut.
"Jangan banyak cakap jalan je. I dah lapar" Hania sudah tidak membahasakan awak-saya.
Lalu Tzusuki akur dan tangan kanannya sudah berlabuh di atas bahu Hania. Tapak kakinya masih ngilu. Dia ok je jalan terjengket.
Setibanya di meja makan, semua sudah lengkap di situ, ada Sarah, Tatsuo dan Ronin. Namun Hania hanya menganggap Sarah tidak wujud.
"Kita gerak rumah nenek lepas makan" ucap Sarah ketika semua sedang menjamu makan.
"No duduk dekat rumah je harini. Kaki Tzusuki sakit lagi kan. So tak payah jalan banyak sangat. Pergi kerja pun tak payah harini" Hania memberi arahan sebelum Tzusuki menjawab kepada Sarah.
Tatsuo makan sambil memerhatikan dua gadis itu. Ronin pula menguis-nguis makanan.
"Wei, aku rasa sejuk betul kat sini walaupun sekarang musim panas" bisik Tatsuo ke telinga Ronin.
Ronin berasa geli.
"Manalah aku tahu giler. Dah makan jelah. Atmosfera dekat sini macam nak beku je rasa" bisik Ronin pula. Tatsuo mengangguk.
Adalah lebih baik kalau mulut murainya itu diam harini.
"But, Nia aku banyak lagi kerja kena siapkan and nenek pon dah seru kita ke rumah dia harini" jawab Tzusuki berhati-hati.
Ting!
Sudu dilempar Hania. Dia bangun dan memandang Tzusuki dekat. Matanya membulat garang.
"I isteri you, so dengar arahan I. Just work from home dan jangan pergi mana-mana. Duduk rumah je" arahan Hania lagi tegas.
"Ok-ok aku duduk rumah je harini. Puas hati? Sarah bagitahu nenek saya pergi rumah dia lusa ok" arah Tzusuki.
Dan Hania senyum kemenangan. Mesti Sarah rasa tergugat kan dengan dia. Hati Hania gembira saat ini.
Hania mengambil sudu baru dan terus makan sarapan. Lapar gila dah ni.
Mereka semua menyambung makan. Namun Hania memuntahkan semula makanan di dalam mulutnya.
Hania berang dan terus mencampakkan pinggan ke lantai hingga pecah. Merah matanya saat ini.
"Hania! Kenapa lagi ni? Gila ke? " Tzusuki bangun dan menengking Hania.
"Ada pakulah dalam tu! " tempik Hania.
Dia tahu kerja siapa. Mestilah kerja Sarah di hadapannya ini.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...