Bab 9: You're mine only

123 13 0
                                    

"Akak bangun subuh. Ya Allah kenapa tidur dekat kerusi ni" sayup-sayup suara Haura memanggil.

Hania bangun perlahan dan menggeliat.

"Erm akak penat sangat semalam. Balik terus tido sini tak larat lah nak masuk bilik" Hania meraup mukanya.

"Ish keluar dengan tunang pon penat gila macam ni eh. Jomlah kak solat subuh"

"Ok, akak ambik wuduk kejap" Hania pantas bangun mengambil wuduk.

Dia bersama-sama solat jemaah yang diimamkan Encik Hairul. Lepas solat mereka membawa surah al waqiah pula. Rutin harian lepas subuh. InsyaAllah rezeki akan sentiasa melimpah ruah dan cukup sebab tu Hania tak kisah tentang rezeki sebab dia yakin Allah selalu akan membantunya.

"Akak nak sambung tido dulu eh ibu. Mengantuk lagi lah"

"Hmm yelah, ibu faham" Hania pantas mengundurkan diri ke bilik.

Haura sudah bersedia ke sekolah. Ibu dan ayah pon nak keluar berniaga. Tinggallah dia seorang diri di rumah.

Tido jelah, kerja pon dah takde. Tak sakit kepala dah dok depan laptop.

Baru sahaja Hania mahu memejamkan mata dia teringat sesuatu.

"Aku panggil dia abang ke semalam? Tak kot mimpi kot?". Hania menyedapkan hati.

Takkanlah dia nak panggil si Zuki tu abang? Euww.. Eh erghg!

Persetankanlah semua benda tu. Baik dia tidur.

Baru je nak lelap telefonnya berdering.

"Ish kacau betullah. Ni tak lain lah ni sama ada si Zuki atau si Tart"

"Hah hello, nak apa? Cakap cepat aku nak tidur ni"

"It's me, your abang" Tzusuki sengaja mengusik.

Terbeliak biji mata Hania. Betullah bukan mimpi semalam tu. Ibu!! Nia malu!

Hania berdehem. Kantuk tadi hilang begitu saja.

"Let's meet"

"Tak nak! Semalam dah jumpa kan? Kenapa nak jumpa lagi" tanya Hania.

"Buat bekal lah" Hania mengerutkan dahi.

"Bekal apa?"

"Bekal rindu"

Dup! Dap! Dup! Dap!

Jantung Hania mengepam laju.

"Gurau jelah. Aku nak balik Jepun harini. Jumpa hari nikah jelah. So i need to see you. Macam aku cakap tadi bekal takut rindu. That's no kidding" suara garau Tzusuki bersuara.

Lagi kuat jantung Hania mengepam.

Sumpah dia benci dengan dirinya sekarang.

Mudah sangat cair!

"Hmm ok, jumpa kat mana? And no need Tatsuo to pick me up. Aku drive sendiri"

"Ok jumpa dekat tasik first time kita jumpa"

"Alright, eh jap pukul berapa? " tanya Hania. Dia nak tido ni.

"Now" Hania terua bangun dari katil.

"Now! Eh aku nak tidur lagilahh.. Kacau betul. Yelah tunggu jelah dekat situ" Hania segera menamatkan talian dia terus bangun dan bersiap ala kadar.

Berseluar slack putih dan blouse biru muda yang berbunga kecil. Tudung bawal kelabu dipakai.

Eh cantik pula harini. Pergi mall kelmarin macam apa-apa je.

Saje nak melawa. Selalu dekat tempat kerja je melawa. Ni dah berhenti kerja bila lagi nak melawa kan?

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now