Bab 10

603 64 1
                                    

Di Arline mall

"Akak nak tu. " minta Mimi sebaik saja masuk ke dalam kedai mainan.

"Mimi nak teddy bear yang tu ke?" tanya Elfira sambil menunjuk ke arah patung beruang yang berwarna putih dan memakai reben berwarna pink.

"Haah.. Mimi nak yang tu. Comel sangat. " jawab Mimi.

Elfira tersenyum sebelum memberikan patung beruang itu kepada Mimi. Mimi senyum gembira.

"Mimi nampak tak Akak Ica dengan Akak El? " soal Elfira pelik. Tadi mereka berdua ada dekat belakang ,sekarang hilang.

"Tadi Mimi nampak Akak Ica dengan Akak El ada dekat sana .." Mimi menunjuk ke arah rak yang dipenuhi dengan topi dan cekak rambut.

"Jom pergi sana pulak.. " ajak Elfira. Tangannya memegang tangan Mimi dengan erat supaya Mimi tidak lari ke mana-mana tanpa pengetahuan nya.

"El. Visya. Apa lah yang korang buat ni? " tanya Elfira sebaik saja melihat Elvisya dan Elvira memilih cekak rambut .

"Ira cantik tak? " soal Elvisya yang memakai cekak rambut yang mempunyai telinga arnab berwarna putih.

"El rasa yang ni lebih cantik lah. " bantah Elvira yang memakai cekak rambut yang mempunyai telinga kucing berwarna hitam .

Elvisya memandang Elvira tajam manakala Elvira membalas pandangan itu. Elfira membuat muka tidak percaya. Perangai mereka berdua memang kalah budak-budak. Mimi pun kalah.

"Akak Ica. Akak El. Mimi rasa kan.. Yang Mimi punya lebih cantik.. Hehehe.. " kata Mimi sambil menunjukkan patung beruang itu.

Mereka berdua memandang sama sendiri sebelum tersengih.

"Buat malu je depan Mimi. Jom pergi bayar. Kalau Visya dengan El nak cekak rambut tu, ambik je lah.. " perli Elfira lalu menuju ke kaunter. Mereka berdua terus menyimpan cekak rambut itu sebelum mengikuti Elfira.

Selepas membayar patung Mimi, mereka menuju ke Baskin Robbins untuk membeli aiskrim .

"Mimi ada nak pergi mana-mana lagi tak? " tanya Elvisya.

"Hmm, tak de dah. " balas Mimi sambil tersenyum comel.

"Nak pergi mana pulak ni? " tanya Elfira kepada Elvira dan Elvisya. Elvisya mengangkat bahunya.

"Hmm, Visya ingat nanti nak pergi 'tempat' tu sekejap . " ujar Elvisya merujuk kepada penthouse sambil menjilat aiskrim vanilla nya.

"Ira ikut. " tambah Elfira sebelum menjilat aiskrim coklat nya.

"Kalau macam tu, Visya dengan Ira pergi lah dulu. Esok ingat sekolah . Kalau balik lewat, El kunci pintu. Mimi, El hantar balik. " kata Elvira serius. Aiskrim berperisa coklat chip dijilat nya. Mimi pula membeli aiskrim berperisa strawberi.

"Ok , don't worry. Sebelum tengah malam, kitaorang balik. Mimi,Akak pergi dulu ya. Bye. " ujar Elvisya lalu menuju keluar dari mall bersama Elfira. Mimi melambaikan tangannya ke arah mereka.

"Akak nanti nak balik dah ke? " soal Mimi. Wajahnya yang comot dilap oleh Elvira dengan tisu.

"Hmm, akak nak pergi kedai cermin mata sekejap. Jom. " ajak Elvira. Mimi hanya mengikuti nya.

Setelah membeli cermin mata, mereka berdua terserempak dengan Daniel.

"El? Kau buat apa dekat sini? Budak ni siapa pulak? " soal Daniel sebaik menyedari Elvira dan seorang budak perempuan.

"Aku basuh baju tadi kenapa? Ada masalah? And dia ni Mimi anak jiran aku. " jawab Elvira. Riak wajahnya bertukar dingin.

"Aku tak da masalah. Cuma pelik kau keluar dari kedai cermin mata tapi kau kata basuh baju. Pelik tu. " perli Daniel selamba . Dia bosan, Afiq dengan Aniq pergi kedai game. Alang-alang jumpa mangsa, takpa kan kacau sekejap.

Lu Gangster Gua MAFIAWhere stories live. Discover now