Bab 43

279 42 0
                                    

“Saya lah tu.” ujar Kak Ain dari belakang mereka.

“Apa?!”

Elvisya dan Elfira yang terkejut melihat Kak Ain disitu , tidak terkata.

Kak Ain hanya tersenyum manis.

“Jadi, yang rawat Ira dekat DW.. Kak Ain lah?” tanya Elfira. Kak Ain mengangguk.

“Julie upah Kak Ain untuk rawat luka Ira dekat sini. Katanya risau kalau luka adik angkatnya makin parah.” jawab Kak Ain.

Adik angkat??

Elfira dan Elvisya melihat ke arah Julia dengan tanda tanya. Julia hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Kak Ain berjalan mendekati Elfira lalu meletakkan tangannya ke dahi Elfira .

“Ira rasa macam mana sekarang? Rasa sakit-sakit ke? Atau tak selesa dekat mana-mana?” soal Kak Ain menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

“Hmm, takde cuma ada lah rasa sakit-sakit dekat bahu.” balas Elfira.

Kak Ain hanya mengangguk .

“Ingat , jangan angkat barang-barang yang berat. Ira pun sepatutnya tidak boleh bergerak sangat sebab nanti jahitan akan terbuka , jadi nanti Ira duduk je dekat dalam khemah . Kak Ain akan kata dekat Cikgu Mail yang Ira sakit. Faham?”

Elfira mengangguk dengan patuh. Walaupun dalam hatinya berkata disebaliknya..

“Okay lah . Kalau takde apa-apa, Kak Ain pergi dulu. Bye..” pamit Kak Ain sebelum pergi dari situ.

Mereka bertiga menghantar dengan senyuman. Setelah melihat Kak Ain hilang dari pandangan , Elvisya dan Elfira terus menyerbu Julia.

“Wei, ape yang kakak kau kata dekat Kak Ain eh?”

“Tu lah, aku jadi blur sekejap bila Kak Ain kata pasal adik angkat. ”

Julia hanya memandang mereka berdua .

“Kau tanya aku?”

Mereka berdua mengangguk.

“Aku pun tak tahu.” kata Julia selamba. Dia memang tak tahu apa-apa pun , sebab kakak nya , JJ tidak kata apa-apa pun kepada dia.

Mereka berdua menjeling nya.

“Yang kau tak tanya kenapa?” tanya Elvisya.

“Kenapa aku kena tanya? Not my problem ,okay.” balas Julia , santai.

Mereka berdua berdecit.

“Okay, not your problem right? Gaji kau aku potong separuh. Humph..” kata Elvisya sambil menjeling Julia.

Julia yang mendengar perkataan GAJI terus terkejut.

Potong separuh?!

Mukanya dimaniskan.

“Alahh, tak payah lahhh. Nanti macam mana aku nak beli komputer baru.... Komputer yang lama aku tu dah nak rosak. ” suaranya dilembutkan. Kalau nak pujuk mesti kena lembut lembut kan, takkan nak cakap macam ajak gaduh pulak.

“Ololo.. kesian nya. But... Not my problem. Hahaha..” kata Elvisya lalu pergi dari situ bersama Elfira.

Julia yang ditinggalkan disitu, wajahnya mencuka.

“Gaji aku~ mampus lah... Nasib kau lah dapat ketua macam ni. Haih..” gumam Julia lalu pergi dari situ juga.

************************************

“Okay, petang ini kita akan melakukan aktiviti 'treasure hunt' . Walaupun saya tahu ada antara pelajar yang berasa aktiviti ini awal dilakukan, disebabkan masa kita terlalu pendek. Jadi kita akan melakukan aktiviti ini , petang ini. ”

Lu Gangster Gua MAFIAWhere stories live. Discover now