Bab 17

492 50 7
                                    

Setelah menangkap semua ahli kumpulan lelaki itu, mereka berkumpul di bilik kerja JJ.

Kumpulan lelaki itu diikat dengan ketat oleh anak buah Black Devil.

“JJ, boleh kitaorang nak kumpulan diaorang? ” minta Daniel . Ahli kumpulan itu dipandang nya tajam.

“Boleh tapi bukan semua. Jantan ni aku nak. ” jawab JJ sambil menunjuk ke arah lelaki tadi yang sepertinya ketua kumpulan itu.

Lelaki itu terus menundukkan kepalanya.

“Deal. And senjata yang aku nak aku dah kata dekat anak buah kau. Pasal bayaran, kita akan bincang nanti. ” kata Daniel lagi.

“Perfect . Korang ikut aku pergi gudang senjata nanti. ” kata JJ pula. Daniel mengangguk.

“JJ, kau nampak tak mana Ju? ” soal Elina aka Elvisya apabila menyedari Julia tiada bersama mereka .

JJ mengeleng tanda tidak tahu.

“Aku ada je sini. ” ujar Julia yang baru saja masuk ke bilik itu.

“Kau pergi mana tadi? ” soal Elly aka Elvira pelik.

“Ouh, aku pergi masuk dalam bilik aku tadi. Ada hal nak settle.”
balas Julia lalu menuju ke arah kumpulan lelaki tadi.

“So ni ke yang nak bunuh kakak aku tadi? ” tanya Julia lalu duduk berhadapan lelaki itu.

Elfira mengangguk. Julia tersenyum sinis.

“Kesian kau. Sebelum kau mati, aku nak kata tahniah. Hahaha” Julia terus ketawa . Mereka yang memahami kata-kata Julia tadi tersenyum kecuali Black Devil yang memikirkan tentang kata-kata Julia tadi.

Lelaki tadi mendengus kerana menganggap kata-kata perempuan tadi sebagai ejekan.

“Ehem, by the way. Korang okay tak? ” soal Daniel kepada Elly, Ellin dan Elina.

“Kitaorang okay je. Lagi pun kitaorang tak buat apa-apa pun.”
tipu Elvira . Daniel mengangguk.

“Tadi korang sedar tak ,ada sesiapa yang guna pisau tolong aku tadi? ” tanya Afiq. Hati dia sangat ingin tahu siapa yang tolong dia.

Elfira tidak menjawabnya malah dia mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Afiq mengeluh.

“JJ, boleh pergi gudang senjata sekarang ? Anak buah kitaorang akan settlekan kumpulan ni. Jantan ni kitaorang tinggal untuk kau. ” kata Aniq lalu memandang ahli kumpulan lelaki itu.

JJ mengangguk.

“Follow me. ” ujar JJ lalu berjalan menuju ke gudang senjata diikuti oleh Black Devil. JJ sempat memberi isyarat kepada Elvira, Elfira dan Elvisya supaya mereka pulang dulu.

Anak buah Black Devil membawa ahli kumpulan lelaki itu keluar dari bilik itu. Hanya lelaki itu yang tinggal di situ.

“Korang bawak ‘mangsa’ kitaorang ni ke penthouse. Jantan ni kau letak dalam bilik dia. ” arah Elvisya kepada anak buahnya. Mata nya melirik ke arah Elfira. Mereka mengangguk lalu membawa lelaki itu jeluar.

“So, kau ada something yang nak kata? ” soal Elvira kepada Julia.

“Aku memang betul-betul tak boleh nak sorok apa-apa dari kau. ” balas Julia.

“Semasa korang pergi tadi, aku memang pergi bilik aku pun. Aku pergi situ sebab ada yang tak kena. Then, aku betul. Ada orang cuba hack komputer aku. ”
terang Julia.

“Tapi dia gagal . Aku sempat halang dia.” sambung Julia.

“So, kumpulan tadi tu. Diaorang saja nak ambik perhatian kita supaya kita fokus kepada diaorang je. ” kata Elfira.

Julia mengangguk.

“Kau tahu apa yang dia nak? ” tanya Elvisya.

“Fail tentang korang. ” jawab Julia serius.

Mereka bertiga terkejut.

“Tentang kitaorang? ”

“Yup, aku yang simpan dokumen dan fail tentang Black Angelz dan Dark World. ” balas Julia.

“Aku rasa semua ni angkara ‘dia’.” kata Elvira.

Elvisya dan Elfira mengangguk.

“Takkan keberadaan korang ‘dia’
tahu dah? ” soal Julia.

“Tak, aku tak rasa yang ‘dia’ tahu. Sebab sasaran ‘dia’ ,JJ. ” jawab Elfira. Elvira mengangguk.

“Jadi ada sebab lain ke? ” soal Julia.

Mereka bertiga terdiam. Julia mengeluh.

“Takpelah. Korang balik dulu esok korang sekolah kan? ” tanya Julia.

“Ok lah. Pasal tadi kau kata dekat JJ. Kitaorang pergi dulu. ” pamit Elvisya, Elvira dan Elfira. Julia hanya menghantar mereka sehingga di depan bilik itu sahaja. Mereka berpisah di situ.

Mereka bertiga berjalan melalui lorong kanan manakala Julia berjalan melalui lorong kiri.

************************
Di sesuatu tempat

Seorang yang memakai hoodie kelabu berjalan memasuki ke dalam sebuah bangunan.

Sebaik saja berhenti di hadapan sebuah bilik, dia mengeluh sebelum memasuki bilik itu.

‘Dia’ yang duduk di atas kerusi itu melihat orang yang ditunggunya tiba terus menyapa.

“So, Zizi. Macam mana? ” soal ‘dia’.

Orang itu atau nama samarannya
Zizi menunduk.

“Aku gagal. Komputer aku hampir kena virus. ” jawab Zizi.

‘Dia ’ ketawa.

“Tak, kau dah berjaya. Andaian aku betul. Ada something yang aku tak tahu dan ia penting. ” kata ‘dia’.

Zizi yang tidak memahami kata-kata ‘dia’ hanya senyap.

“Dah kau pergi. Nanti kau ada kerja lain pulak. ” suruh ‘dia’.

Zizi terus keluar dari bilik itu.

‘Dia’ tersenyum sinis.




Tbc

:)

Lu Gangster Gua MAFIAWhere stories live. Discover now