Bab 15

527 50 2
                                    

Kring!

“Finally, balik pun. ” ujar Elfira sambil mengeliat sedikit.

“Ira tu memang. Tadi masa sejarah Ira tidur je. ” kata Elvira.

Elfira tersengih.

“Sengih, sengih. Nak El cabut ke gigi tu?” soal Elvira. Elfira terus menutup mulut dengan tangannya.

Elvira senyum tipis.

“El. Ira.  Jom lah. ” ajak Elvisya yang baru tiba di kelas 4SN1.

Elvira dan Elfira mengangguk lalu mengikuti Elvisya ke tempat motorbike mereka .

Tetapi apabila mereka sampai , motorbike mereka telah dipenuhi dengan cat merah.

Elvira yang melihat motorbike nya terdapat sepucuk surat yang tertulis ‘Jangan dekat dengan The Prince kalau tak nak hidup korang merana. ’

“Visya, Ira.  Tengok ni. ” Elvira memberi kertas itu kepada Elfira dan Elvisya.

“Ni mesti ulah Diva's . ” kata Elfira yakin.

“Tak, El pernah tengok tulisan diaorang macam mana. Tulisan ni dengan diaorang langsung tak sama. ” kata Elvira pula.

“Maybe dia suruh orang lain atau Tasya. ” kata Elvisya.

Elfira mengangguk setelah ingat tentang kakak Shasha, iaitu Tasya.

“Maybe.. ” balas Elvira.

“Sekarang nak balik cam mana? ”
soal Elfira. 

“Nak kitaorang tolong? ” tanya Afiq . Aniq dan Daniel juga berada di situ.

Mereka bertiga melihat The Prince curiga.

“Macam mana korang boleh tahu yang kitaorang ada masalah? ” soal Elfira pelik.

“Kitaorang balik lewat. Tak sangka pulak nampak korang . Motorbike korang yang kena cat tu serahkan kepada kitaorang. Kitaorang hantar dekat bengkel.” jelas Aniq .

“Habis tu kitaorang balik dengan siapa? ” tanya Elvisya pula.

“Korang balik dengan aku. Anggap je lah aku tolong kau sebab tolong jauhkan Diva's dari kitaorang. ” jawab Daniel selamba. Aniq dan Afiq mengangguk.

“Kau naik kereta ke? ” soal Elvira. Daniel mengangguk.

Mereka saling melihat sebelum mengangguk.

Daniel terus membuat panggilan lalu menjarakkan dirinya dengan yang lain apabila panggilan disambungkan.

“Korang naik kereta Daniel. Afiq pun ikut sekali. Aku tinggal sini tunggu orang ambik motorbike korang. ” kata Aniq.

“Aku dah call orang ambik motorbike kau nanti. Esok kau nak pergi sekolah dengan siapa?”
tanya Daniel pula.

“Esok kitaorang naik kereta. ” jawab Elvira pantas sebelum Elfira menjawabnya . Elfira melihat Elvira sebelum mengangguk.

“Ok, jom lah cepat. ” ajak Daniel. Mereka berjalan menuju ke arah kereta Daniel yang berwarna hitam merah kecuali Aniq .

Daniel memandu kereta itu membelah jalan raya dan menuju ke rumah mereka bertiga . Daniel hanya mengikuti arah yang dikatakan oleh Elvisya.

*********************
“ Ni ke rumah korang? ” tanya Afiq . Dihadapannya sekarang sebuah rumah dua tingkat yang cantik, dan moden.

Mereka bertiga mengangguk.

“By the way, thanks tolong hantar kitaorang. ” ucap Elvira.

“Welcome... Korang pun tolong kitaorang jugak tadi. ” balas Daniel.

Lu Gangster Gua MAFIAWhere stories live. Discover now