Elvisya, Elfira, Aniq dan Afiq dengan santai nya berjalan ke arah Daniel dan 'Elvira'. Mereka berdua hanya melihat ke arah mereka.
"Relax nampak. Dapat dah ke semua kunci?" Afiq terus tersenyum sinis mendengar pertanyaan Daniel.
Dia dengan muka bangganya mengeleng.
"Kau fikir senang? Kitaorang cari merata sekumpulan ni.. Susah okay." kata Aniq.
"Jadi dalam tangan korang ada 3 kunci lah ni?" tanya Daniel lagi.
Mereka mengangguk.
'Elvira' menyandarkan dirinya pada batang pokok lalu memandang ke arah mereka. Pandangannya terhenti pada Daniel lalu mengukir senyuman yang penuh makna.
Seperti yang dirancang
"Korang dah jumpa ke harta karun tu?" soal Elvisya.
Daniel menunjuk ke arah harta karun yang berada di tengah hutan itu. Walaupun berada di tengah hutan, kawasan itu sedikit luas serta lapang.
Mereka terus tersenyum kerana merasakan kemenangan berada dihadapan mereka tetapi senyuman mereka hilang ketika Daniel menyuruh mereka menundukkan kepala mereka.
"Aku.Dengar.Suara.Orang." Daniel menggerakkan bibirnya. Masing-masing cuba mendengar suara itu.
"Aku kata dah an. Diaorang takkan jumpa punya tempat ni.."
"Pala lu. Aku dengar ada orang dekat sini tadi."
"Kau buta eh? Mana ada orangnya- ahhh!"
"Ahh!"
Mendengar jeritan mereka berdua , mereka semua terus mengintai disebalik semak.
Elfira dengan santainya berdiri disitu manakala dua orang lelaki itu terbaring dia atas tanah dengan keadaan tidak sedarkan diri.
Wait a minute...
Mereka terus melihat ke arah Elvisya. Elvisya yang turut tidak menyedari Elfira pergi ke situ juga terkejut. Dia ada teleportasi ke macam mana tu?
Elfira tidak menghiraukan pandangan mereka malah berjalan menuju ke arah harta karun.
Hehehe.. harap harap lah kunci tu ada salah satu daripada kunci ni.. kalau ada emas dalam tu ni huhuhh.. Kaya aku kayaaaaaaa...
Disebabkan kunci berada dalam tangannya jadi dia terus membuka kunci peti . Dia ternganga apabila melihat isi peti itu. Perlahan-lahan dia mengukir senyuman.
Mereka yang lain juga berlari ke arahnya dan melihat ia.
"Wah, bapak ah . Banyak tul makanan." ujar Aniq.
"Pergh, siap ada Cadbury dengan KitKat lagi. Daim takde ke?" seloroh Afiq.
"Beli sendiri lah kalau kau nak sangat" balas Daniel. Afiq mencebik.
Sedang mereka kusyuk melihat makanan-makanan itu, 'Elvira' perlahan-lahan mengeluarkan sesuatu dari baju hoodie nya.
Pistol.
Dengan senyuman sinis , dia mengacukan pistol itu kepada mereka.
Ktak.
1
2
3"Kau nak buat apa dengan pistol tu? Aku nak main sekali boleh? Hehehe.." bisik Elvira perlahan di tepi telinga 'Elvira'. Dingin. Seram.
'Elvira' terus menjadi kaku.
Tiba-tiba dia merasakan sakit pada bahagian belakang nya. Dengan cepat menembus perutnya. Elvira yang berada dibelakangnya mengukir senyuman seram.
'Elvira' menyentuh perutnya yang berasa sakit yang teramat. Cecair merah pekat mulai membasahi pakaian nya.
YOU ARE READING
Lu Gangster Gua MAFIA
Action#book1 Mereka cantik, tapi berbahaya. Mereka baik, tapi itu hanya samaran. Membunuh? Sudah sebati dengannya. Elvisya, Elvira dan Elfira memilih untuk membalas kembali perbuatan yang dilakukan oleh 'dia' terhadap ibu bapa mereka . Sehingga kini, hi...