Bab 47

166 13 3
                                    

"Finally, Its my turn ." gumam seseorang sambil menghirup air kopinya dengan santai. Pemandangan bangunan pencakar langit dipandang lama.

Dia melirik ke arah gambar dalam bingkai yang berada di atas meja. Wajah dirinya serta tiga orang lagi budak perempuan tersenyum gembira. Perlahan, dia mengukir  senyuman.

************************************

“Assalamualaikum, El~ Ira ada bawak kek batik favourite El ni.. But don't worry kali ni memang sedap punya. Ira guarantee , mesti El meleleh air liur nanti sedap punya pasal tau.” ujar Elfira dengan gembira. Elvira dipandang.

Apa lah yang dia suka sangat baca majalah tu.. rasanya dah lebih 3 kali dia baca majalah yang sama.

Sedangkan Elvira,

Alahai.. sweet nya Wang Yibo dengan Zhao Liying.. kyaaa! Tak sangka sedap jugak eh cerita Legend of Fei.. tak sia-sia aku tanya Mika. Hahahah..

Telefon nya disorok sedikit dengan menggunakan majalah yang berada di dalam wad itu. Maklumlah wad VIP macam macam boleh ada. Dah macam rasa dekat rumah pulak.

Dia sepatutnya dilarang bermain telefon katanya tak baik untuk kesihatan.

Tapi maklumlah Elvira memang kepala keras macam besi. Apa-apa nasihat yang diberikan, dia menganggap ia sebagai angin berlalu pergi.

“El!!” jerit Elfira geram.

“Iye, wahai Elfira. El dengar ni..” jawab Elvira tersenyum.

Elfira mengecilkan matanya.

“El... Main telefon ehhh. Ira mengadu dekat mak long. Maklong!! Hmphh”

“Ish.. Ira ni spoil betul lah. ” kata Elvira berdiri sambil menutup mulut kembarnya daripada menjerit.

Mata Elfira terbeliak.

“Hmmm...hmmph.. hmmm”

“Hah?? Bisu ke?”

Elfira terus memukul tangan Elvira.

“Eh? Hehehe.. sorry sorry.” kata Elvira lalu baring kembali di atas katilnya sambil makan kek batik yang dibawa oleh Elfira tadi.

“El boleh berjalan dah ke?”

Muka Elvira seakan tidak percaya soalan yang dilontarkan kepadanya soalan yang macam si**.

“El tak cacat atau lumpuh lagi setakat ni. Kaki El pun lengkap lagi El rasa. ” balas Elvira.

Elfira menggaru kepalanya.

Aik??

“Ta- tapi Aunty Lydia kata yang El tak boleh nak berjalan lagi katanya sebab ape entah. Ira tak ingat.” ujar Elfira.

Elvira meng'o'kan saja.

“Oh.. tak lah. El dah lama boleh berjalan dari minggu lepas. Aunty Lydia dengan maklong je yang tak percaya. Katanya El sok kuat. Terasa tau..” balas Elvira lalu kembali baring di atas katil setelah habis makan kek batik itu. Tangannya dikesat pada kain yang berada disitu.

Cepat betul kembar aku ni makan.. kebulur sangat ke tu..

Elfira mengangguk lalu dia mengambil tempat disebelah kembarnya itu.

“So, El macam mana? Okay dah ke? Ada rasa sakit dekat mana-mana ke?”

Elvira mengeleng.

“I'm completely healed now. ¿No lo crees? ¿El quiere probar con qué para que Ira crea? ¿Matar gente? ¿Cortar gente ? (Tak percaya juga ke? Nak El buktikan dengan apa supaya Ira percaya? Bunuh orang? Cincang orang?)”

Lu Gangster Gua MAFIAWhere stories live. Discover now