Bab 25

450 47 4
                                    

Di Crystal Highschool

"Wei, korang ade nampak tak budak kembar tu?" soal Afiq semasa mereka berada di bilik pengawas. Ketika itu mereka baru sahaja selesai mesyuarat untuk pengawas.

"Erm, tak. " balas Aniq bersahaja.

"Kenapa kau tanya? " tanya Daniel semula.

"Saja je. Tadi tengok Visya takde dekat kelas. El dengan Ira pun takde dekat kelas diaorang. " jawab Afiq.

Ingatan Daniel mulai mengimbas kembali tentang kejadian di kedai runcit. Dia mulai tersenyum.

Afiq dan Aniq yang melihat Daniel tersenyum berasa pelik. Tak pernah lagi Daniel tersenyum begitu macam orang yang dah jatuh cinta .

WAIT? JATUH CINTA?!

Mereka berdua memandang satu sama lain.

"Impossible "

"Apekah... "

Daniel yang sedar Aniq dan Afiq memerhati dia dengan riak terkejut terus berdehem.

"Ehem, korang tengok apa? " tanya Daniel.

"Kau dah fall in love dengan seseorang ke? " soal mereka serentak. Pertanyaan Daniel dibiarkan sepi.

Daniel tersentak.

"A.. Apa yang korang mengarut ni? Daripada korang fikir pasal aku, apa kata korang fikir pasal semalam ." balas Daniel yang cuba menukar topik .

Hal semalam juga membuatkan dia pening. Kata anak buah mereka, tiada yang hidup di kawasan rumah itu. Kawasan rumah itu sangat jauh daripada rumah orang lain jadi di situ kebanyakan nya hutan.

Menurut anak buahnya lagi, mayat yang ada disitu hanya beberapa orang, sedangkan yang mereka lawan ramai. Itu menimbulkan rasa pelik.

Pasal Puan Waridah dan Amy juga membuatkan dia bimbang. Takut terjadi apa-apa kepada mereka berdua.

"Kalau pasal semalam tu, aku dah letih fikir . But.... "

Percakapan Afiq berhenti apabila Daniel membuat isyarat yang ada seseorang sedang mendengar perbualan mereka.

"Pasal semalam pun aku tak tahu apa-apa. Wei, jom rehat. Aku lapar ah. " ajak Aniq. Suaranya sengaja di kuatkan.

"Jom ah, aku pun lapar. " balas Afiq pula. Mereka terus melangkah keluar dari bilik itu. Tetapi tiada sesiapa pun di situ. Mereka tetap berbual seperti biasa dan menuju ke kantin.

******************************
"Amy! Ooo, Amy! Mana lah budak ni menghilang. " ujar Felix yang bermain sorok-sorok bersama Amy.

Amy yang menyorok di sebalik pokok ketawa kecil melihat Felix mundar-mandir.

Felix yang terdengar Amy ketawa terus menuju ke arah dia.

"Dah budak. Kau keluar. " kata Felix tersenyum. Amy pun keluar dari tempat persembunyian dia sambil tersengih.

Puan Waridah yang melihat mereka bermain disamping hanya mengukir senyuman.

Elfira yang berjalan ke arah mereka, memanggil Puan Waridah untuk mengikutinya. Dia memberi isyarat kepada Felix untuk menjaga Amy lalu mereka menuju ke sebuah bilik.

"Makcik Idah masuk lah. " ujar Elfira ketika mereka sampai di hadapan bilik itu.

Elvira yang sedang duduk di atas kerusi mengukir senyuman kepada mereka. Elvisya pula duduk di atas meja sambil menyilangkan kakinya.

"Duduk lah Makcik Idah . " ajak Elvira.

Puan Waridah mengangguk lalu duduk di hadapan meja itu. Elfira pula duduk di atas sofa .

Lu Gangster Gua MAFIAWhere stories live. Discover now